Friday, March 5, 2010

aku budak tipikal melayu..

kandungan asal post ni terpaksa aku delete kerana mengandungi unsur2 riak yg keterlaluan..walaupun aku xberniat spt itu..huhu..

apa yg aku ingin katakan ialah aku memiliki kelemahan-kelemahan yg dimiliki oleh kebanyakan org2 melayu..kelemahan yg walaupun aku cuba berkali-kali untuk mengubahnya,namun masih tetap gagal berkali-kali juga..mungkin kerana memang kelemahan itu xdapat diubah,atau kerana sememangnya aku sendiri tidak bersungguh-sungguh untuk berubah.. aku hidup atas kepercayaan itu:aku memang dilahirkan sebagai budak tipikal melayu..tapi aku xrasa boleh jadi gila pun dgn kelemahan ini..kerana aku juga diciptakan TUHAN dgn kepercayaan bahawa TUHAN itu adil dlm setiap pemberian..

dan kepada mereka2 yg memiliki sebarang kelemahan,xperlu rasa rendah diri..sebab aku dah 'berjumpa' banyak org yg hebat sebenarnya muncul dari kisah silam yg punya kelemahan..dan kita x perlu meniru identiti org lain.(kecuali sikap yg baik utk dicontohi..dr segi sikap 'semulajadi'-percayalah sebenarnya setiap org ada kelebihan.xperlu susah2 paksa diri berubah.)

mari kita lihat kisah2 org berjaya yg sebenarnya ada kelemahan yg org xsangka-sangka..ALLAH munculkan kelebihan lain yg mengagumkan di samping kelemahan yg azali diciptakanNYA..

1)kawan baik aku sejak skolah menengah:Kamila sebenarnya adalah seorang yg gagap..dia xmampu bercakap dgn lancar..sikap ini diwarisi secara genetik dr ayahnya..mereka berusaha mengatasi kelemahan itu..dgn izin ALLAH,kemahuan yg tinggi untuk mengatasi kelemahan tu menimbulkan kelebihan yg baru-pandai brcakap..ayah Kamila,walaupun agak lewat sembuh dr 'penyakit' gagapnya itu mampu menjadi seorang motivator dan ada syarikat consultant sendiri-buat business motivasi..kamila pula boleh je lepas temuduga untuk ke US..

2)Ahmad Lutfi:editor sebuah akhbar dan beberapa majalah -yg mengagumkan org dgn tulisannya(termasuk aku) sebenarnya juga adalah sorang yg gagap.kerana tidak mampu meluahkan pendapatnya dia memilih untuk menulis..sehingga pernah satu ketika dia menang pertandingan MPP UTM melalui tulisan,bukan ucapan seperti calon2 lain..

3)aku ada baca kat sebuah paper..seorang pelajat UiTM menang 1 pertandingan melukis yg sgt berprestij..tau x ilham lukisan tersebut dtg dr mana? dari tekanan yg dia perolehi sejak kecik..sejak kecil dia di cop mohorkan oleh guru2 sebagai "BODOH"..tekanan2 itu telah menjadikan dia pendiam dan meluahkan perasaan melalui lukisan..

4) Aidaikata Dostoyevsky dan Leo Tolstoy tidak mengalami kehidupan yg pahit,keduanya tidak akan berhasil menulis memoir dan novel2 yg mengagumkan dan abadi hingga saat ini..hidup yg buta,terasing dan miskin kadang2 menjadi penyebab keunggulan,kemampuan luar biasa dan kemajuan dan karya nyata-La Tahzan,Aidh al-Qarni.

5) Zaid Ibrahim,seorang peguam yg kaya raya sebenarnya bekas palajar aliran sains yg mengalami masalah dlm subjek sains..pernah guru fiziknya berkata :"dlm kepala kamu ni ada otak ke air kelapa" bertujuan menghina kelemahannya..(dapat dr buku Saya Pun Melayu:Zaid Ibrahim)..kesannya dia bertukar ke aliran sastera dan mendapat peluang menjadi peguam..

6)Ustaz Hasrizal bercerita tentang kisah ayahnya( xsilap aku dapat dr buku 'aku terima nikahnya'..).ayah dia dulu lemah matematik..pernah cikgu sekolah mencampak bukunya kerana lemah matematik..tetapi setelah dewasa ayahnya diberi amanah menjaga akaun pejabat..(ada kaitan dgn matematik kan?..huhu)

~p/s:semuanya dgn izin ALLAH..

lihatlah kemurahan ALLAH,yg memberikan setiap org kelebihan dan kelemahan..

Firman ALLAH s.w.t : Sesungguhnya usaha kamu memang berbeza-beza"-(al-Lail:4)

Angelo Battero telah menulis 30 buah buku dan artikel tentang mendidik anak telah berkata:
"Tidak ada org yg paling menderita melebihi org yg tumbuh tidak menjadi dirinya sendiri,tumbuh tidak menjadi jasadnya sendiri,dan tidak menjadi fikirannya sendiri."

oklah,banyak pula menulis hari ni..hmm..sebenarnya aku terfikir nak tulis pasal ni bila mendengar luahan perasaan seseorang mengenai kelemahan diri dia..sedih..rasa rendah diri dan xpandai..

kesimpulannya kepada org2 semacam ini,lihatlah sesuatu dr sisi yg positif..bak kata Dr.Samuel Johnson:" kebiasaan melihat sisi baik dlm semua peristiwa lebih baik dr mendapat penghasilan 1000 pound sterling dm setahun".hehe

maka-jangan sedih2..sayangi diri kita..hargai kelebihan kita..terima kelemahan kita..
dengan kelebihan dan kekurangan yg ada,ALLAH memberi kemampuan yg sama untuk menyampaikan risalah yg diwahyukan kepada RasulNYA(s.a.w).

sekian.

Followers

About Me

My photo
penuntut institut pemikiran politik Ibnu Hussian.