Monday, September 5, 2011

alkisah sejarah.

Salamullahi alaik.
cuti yang panjang sepatutnya menambah bilangan entry yg ditulis di blog ini,namun seperti waktu2 sibuk sebelumnya,entry hanya ditulis paling kerap 2bulan sekali.sadis2..anggap saja sy tetap sibuk walaupun bercuti.boleh juga menganggap laptop sy yg rosak membantutkan kerajinan sy menulis.paling baik anda menganggap sy tidak bersungguh2 untuk mengasah bakat menulis.apa2 sahaja anggapan anda,sy tetap akan menulis entry baru sekarang.hehehe.jom kita teroka perkara yg tiba2 menjengah otak sy.

1) zaman sekolah dulu,sy adalah peminat tegar subjek sejarah.sy hanya rajin belajar subjek sejarah. boleh katakan i learnt history by heart la.bukan sekadar sejarah malaysia,malah sejarah indonesia,india dan negara2 lain juga menarik minat sy.sewaktu melancong ke medan,indonesia sy asyik membaca segala cerita sejarah yg tercatat di muzium di sana.bayangkan buku tebal tentang sejarah indonesia habis sy baca di sana hanya dlm masa beberapa jam..sy kagum dengan keberanian rakyat indonesia berjuang melawan belanda hanya dengan senjata buluh runcing. sy tertanya2 kenapa malaysia mendapatkan kemerdekaan dgn cara kurang gentleman iaitu melalui perjanjian,bukan perjuangan habis-habisan.kenapa tidak british dihalau secara hina seperti belanda melangkah sebagai orang kalah di indonesia. adakah malaysia tiada tokoh2 tempatan yg berani berjuang seperti terlakar dlm sejarah negara2 lain. (oh tidak2.mesti ada.negara kita bukan lekeh sangat).

dalam buku teks sejarah form 5,kalau anda perasan-part penceritaan tentang sumbangan Kaum Muda dalam membangkitkan kesedaran kemerdekaan di kalangan rakyat Tanah melayu ketika itu- tercatat nama 3 tokoh kaum muda iaitu sheikh tahir jalaluddin,syed sheikh al hadi dan Burhanuddin al-Helmy. memang nama sheikh tahir dan syed sheikh al hadi di'bold'kan tetapi tidak nama Burhanuddin al-Helmy. bold=penting. adakah sumbangan dr.Burhanuddin tidak diiktiraf kepentingannya?
persoalan ini bermain2 di minda sy. kemudian sy sedar bahawa Burhanuddin al-Helmy merupakan pemimpin berjaluan kiri,bukan pemimpin dari parti pemerintah.




2) sy jugak hairan kenapa leftenan adnan diiktiraf sbg wira sedangkan beliau berkhidmat di bawah british. bagaimana seorang anak tempatan boleh berkhidmat di bawah penjajah.

cuba baca ni -"Dalam pertempuran dengan askar Jepun, Askar Melayu menunjukkan keberanian dan semangat keperwiraan yang hebat di mana seramai 152 anggota Askar Melayu, termasuk 7 pegawai Melayu dan 6 orang pegawai British yang dipinjamkan ke Rejimen Askar Melayu terkorban [Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya penulis novel sejarah prolifik Abdul Latip Talib]...mcm mana orang melayu boleh bekerjasama dgn british pulak.yg sedih 152 orang melayu terkorban,namun cuma 6orang british menemui ajal.

sy betul2 kehairanan dgn sejarah negara sy sendiri. sebab bila sy bandingkan dgn sejarah negara lain,indonesia contohnya( sbb indonesia banyak persamaan dgn kita), mereka tak pernah bagi muka pada belanda, apatah lagi nak bekerjasama dgn belanda. sehingga pada akhir penjajahan, belanda offer kemerdekaan pada indonesia di bawah ratu juliana(mcm british offer kemerdekaan pada malaysia di bawah ratu elizabeth), tapi indonesia menolak.mereka mahu merdeka SEPENUHNYA tanpa ada kaitan sebesar zarah lagi dgn belanda. tapi malaysia merdeka-masih ada penglibatan british dlm pemerintahan negara kita.

baru2 ini (sebelum 31 ogos), sy terdengar di corong radio kisah pejuang2 kemerdekaan, di mana bekas2 tentera yang pernah berkhidmat pada era sebelum merdeka diberi peluang bercerita kisah2 mereka. mereka dianggap pejuang kemerdekaan. sy terdengar seorang bekas askar bercerita dengan bangga kehebatan beliau berkhidmat dgn askar british. kehairanan sy bertambah 17kilogram lagi, "eh,bukankah british tu penjajah??apa nak bangganya berkhidmat bawah penjajah??bukankah tujuan nak merdeka tu sebab nak bebas dari penjajah????"






OK,INI APA YG TERLINTAS DI FIKIRAN SY.mohon maaf pada yg xselesa membacanya.sy rasa tak ada sebarang undang2 yg menghalang kebebasan berfikir,mahupun kebebasan lintasan fikiran.dah memang sy suka fikir luar alam nak buat mcm mana kan.

3)tiba2 baru ni timbul isu mat indera. automatically sy cakap "ha! ni la yg aku dok konfius selalu tu"... kenapa polis yang mempertahankan bukit kepong (sah2 la mereka berkhidmat bawah british) dikatakan wira,tetapi masyarakat tempatan yg berbangsa melayu dan beragama islam-dikatakan pengkhianat??????
sy tidak mengatakan fakta yg dikemukakan seorang pemimpin pakatan rakyat itu totally right, sy juga tidak mengatakan fakta yg dipertahankan pemerintah umno sbg totally wrong jugak. sebab sy bukan pakar sejarah,sy cuma peminat sejarah, yg berminat berfikir tentang sejarah, sehingga banyak keraguan tentang sejarah bermain2 di minda sy.

cuba baca ni jugak :
"Adakah Mat Indera seorang petualang atau pejuang? Mat Indera adalah seorang yang berani berjuang secara terbuka melibatkan jasmaninya, rohaninya, inteleknya, dan emosinya demi bangsa dan negara. Dia tidak mempunyai kepentingan peribadi. Dia juga tidak mempunyai niat jahat terhadap bangsa dan negaranya. Dia rela mempertaruhkan nyawanya demi memperjuangkan hak kedaulatan sebuah negara yang terbelenggu oleh rantai penjajahan. Justeru Mat Indera sewajarnya diabadikan namanya sebagai seorang pejuang, bukan seorang petualang".[buku Pengukir Nama Johor, diterbitkan Yayasan Warisan Johor yg dinaungi oleh Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman]


(mat indera seorang guru agama dan hafiz al-Quran)

"Sementara itu, walaupun Mat Indera dikaitkan dengan peristiwa serangan Rumah Pasung Bukit Kepong, namun menurut saksi, seorang anggota polis marin bernama Abu Bakar yang terselamat dalam serangan, Mat Indera tidak menyerang.Beliau sebaliknya melindungi dan menyelamatkan keluarga anggota polis.Mat Indera memang bertanggungjawab mengarahkan serangan tetapi arahan yang diberikan ialah untuk menangkap beberapa orang anggota polis yang berjudi dan mabuk pada malam Tahun Baru Cina."(harakahdaily).

4)sejauh mana kebenaran fakta2 ini,ALLAH jualah yang Maha Tahu. tujuan entry ini ditulis bukanlah untuk mengesahkan mana2 fakta,sebab sy bukan orang yg layak untuk mengesahkannya, tapi lebih sekadar MENGETUK MINDA kita supaya berfikir. mempersoalkan mana yg patut dipersoalkan, tak masuk campur mana yg di luar pengetahuan, tetapi dlm masa yg sama mencari dan terus mencari kebenaran.

kenapa mesti mencari kebenaran??? kerana kita mengecap kedamaian hasil sebuah negara yg merdeka- dan merdeka itu bukan percuma harganya. merdeka itu tukaran dari darah dan air mata pejuang2 terdahulu. siapa pun mereka, hatta berbeza ideologi politik, layak mendapat penghormatan dan pengiktirafan.

marlah kita jadi warganegara yang matang, yang memberi hak kepada yg berhak. yg tidak melatah hanya kerana berbeza hujjah. yang tidak menafikan sumbangan hanya kerana berbeza kefahaman. seperti sy tidak menafikan kehebatan dato' onn dan kebijaksanaan tunku abdul rahman,moga kiranya sudilah warga2 malaysia seperti sy yg lainnya mengiktiraf keberanian burhanuddin al-helmy,tok janggut,abdul rahman limbong dan sebagainya.

kalau sekiranya shamsiah fakeh juga ada sumbangan dalam melawan penjajah, apa salah kiranya kita mengiktiraf sumbangan beliau. (sila baca memoir shamsiah fakeh untuk kefahaman lebih jelas).

sekali lagi sy tegaskan, tulisan ini bukan mahu mencetus kontroversi kerana tiada fakta baru yang datang dari sy personally, sy hanya mengemukakan fakta2 sedia ada bertujuan mengetuk minda supaya kita berfikir sedalam2nya.

a) pernah dengar x kata2 :"sejarah ditulis oleh orang2 yg menang"?
b) US & israel menggelar pejuang Islam sebagai pengganas. british pula menggelar pejuang yang xsehaluan dgn mereka sbg komunis. so kena kaji betul2, yg dapat tilte komunis tu betul2 komunis atau sebaliknya. moga kita xtersalah menghukum.

"Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan." [al-Maidah; 8]
~jangan kerana benci, x iktiraf sumbangan seseorang.


p/s: kepada silent readers yang sering membaca dan memberi komen tentang blog ini,terima kasih diucapkan. sy tahu ada antara anda yg berbeza pemikiran dgn sy, namun sy hormati sikap yg diamalkan sekian lama-menghormati perbezaan pandangan+baca tanpa prejudis.dan sy berbesar hati bila anda sudi mengakui mana yg benar dari apa yg tertulis.hehehe. terima kasih dan selamat mengetuk minda lg untuk entry ini. sebarang pembetulan fakta dialu2kan.MAAF ZAHIR BATIN.

-salam aidilfitri dari budak kodiang-

Followers

About Me

My photo
penuntut institut pemikiran politik Ibnu Hussian.