Monday, January 14, 2013

dipaksa menjadi dewasa.

Dengan nama Tuhan merancang dengan sempurna,
 akan kutulis nikmat2 Tuhanku.

 Bismillahirrahmanirrahim.

 Imam Syatibi rahimahullah berkata : di dunia ini,tiada maslahah yang mutlak &tiada mafsadah yang mutlak.

 sy mahu pinjam kata2 ulama' yg mulia ini beserta sedikit edition : tiada bahagia yang mutlak di dunia ini, jua tiada derita yg mutlak. dalam bahagia, ada jugak yg tak kena di mana-mana. dalam derita Tuhan selitkan juga bahagia. 

 banyak kisah kalau nak diluah. tapi cukuplah yang sekadarnya sahaja. buat peluah rasa yang terbuku di dada. flashback 6 1/2 tahun yang lepas, sy melangkahkan kaki ke matrikulasi UIA dlm bidang undang-undang. seronoknya bukan main lg. memandangkan itu cita2 sy, itu aim sy, yg sy nekadkan di hati sejak tingkatan 4 lagi. jadi tawaran tu macam bagi bantal kat orang mengantuk, mcm bagi susu kat bayi, mcm bagi pizza kat orang lapar.seronok sangat.noktah. 

 ayah yang pada mulanya mengisytiharkan ketidakpuasan hati dgn keputusan sy memilih bidang undang-undang (dan bukannya kejuruteraan seperti cadangannya), tiba-tiba mendapat info bahawasanya pelajar undang2 di uia berpeluang juga untuk belajar undang-undang shariah. dengan sepantas kilat (kilat yang kategori laju sangat )terus berubah sekelip mata ( mata yang kategori tertutup dengan pantas)!terus berubah! dari tak setuju jadi setuju. jadi suka sangat. kerana ayah seorang yang cintakan agama, maka hatinya gembira bila anaknya berpeluang belajar agama. tidaklah ayah tahu betapa belajar arab itu susah bagi sy. betapa perlu merangkak belajar arab bermula level 1 hingga level 4 itu perit bagi sy. betapa sy harap2 dlm hati ayah akan cancel kemahuannya nak tengok sy ambil shariah. tapi memandangkan itu sahaja cara buat ayah redha dengan minat sy nak sambung belajar dlm bidang undang2, sy gagahkan diri tersenyum dengan berani.lantas sy berpencak silat melawan segala keboringan & kebosanan & keazaban & kerendah dirian belajar bahasa arab. dengan kekurangan diri yang berasal dari sekolah beraliran sekular, ditakdirkan pula bergaul dengan bekas2 pelajar sekolah agama, belajar bahasa arab bersama2.

 semester demi semester, tahun demi tahun berlalu. sy masih meneruskan rutin sebagai pelajar LLBS dengan rasa kekurangan. tidak yakin diri. kalau kelas2 sivil (LLB) sy pilih tempat paling depan,kelas2 shariah(LLBS) pula sy cuba pilih tempat agak terselindung dari lecturer. takut kalau ditanya apa2, sy 'dimalukan' dengan kekurangan bahasa. walaupun hakikatnya keputusan periksa ALHAMDULILLAH tak pernah rasa kecewa. tamat LLB, sy berkira-kira mahu berbincang dengan keluarga untuk tidak menyambung pengajian LLBS sy. sy beri cadangan berani untuk buat DSLP.lebih mudah fikir sy (kerana DSLP bukan menggunakan medium bahasa arab).dan sy jangka keluarga pasti bersetuju dengan mudah. dan jangkaan sy meleset dengan mudah juga. tanpa basa basi, keluarga buat tak peduli. mereka tetap mahukan sy sambung LLBS. maka, dengan takdir ALLAH Yang Maha Penyayang, sy teruskan langkah kaki dengan tawakkal pada ILAHI. 

tak terbayang bagaimana mahu sy tempuh cabaran yang hebat dengan kudrat yang terhad. teman, mari sy khabarkan tentang betapa hebatnya Tuhan. betapa Agungnya ALLAH. betapa baiknya DIA. DIA paling faham saat hati sy bergoncang hebat. DIA Maha Tahu betapa diri ini rendah diri. DIA belas kasihan dengan pandangan mata yg tertunduk ke tanah kerana terasa lemah. tapi DIA tak biarkan kekurangan diri jadi penghalang sy belajar ilmu-ilmu agamaNYA. tetap DIA mahu sy faham shariat Islam & segala hukum2 Tuhan. sekurang2nya sy tidak berkekalan dalam kejahilan dan kedunguan. pasti ALLAH belas kasihan saat DIA melihat sy belajar undang2 jenayah Islam (Islamic Criminal Law II) dengan air mata berjuraian. sambil belajar, sambil kesat air mata. 

 ALLAH takdirkan budak kodiang bekas pelajar sekolah beraliran sekular ini belajar tentang Al-Quran & sunnah. belajar tentang ijma' dan qiyas. belajar tentang khilaf para ulama' dalam berijtihad. belajar betapa Islam itu sempurna. apa-apa yang sy kagumi tentang undang-undang british, dileburkan dengan penemuan ilmu2 baru. sy jadi terkagum-kagum tanpa henti bila menemukan perbahasan ulama' lebih ratusan tahun dahulu tentang perkara yg sama. sy jadi tunduk pada keMaha Bijaksanaan Tuhan. 4tahun mendapat tarbiah undang2 british, sy jadi lembik dan surrender pd kesyumulan shariat islam dengan hanya 1 tahun tarbiah undang2 Islam. juga sy tersentuh dengan baiknya akhlak pensyarah & rakan2. terhibur dengan keletah kawan2.sungguh setahun yang manis. 

 sekarang, bahagia tadi sudah mengucapkan selamat tinggal.fasa pengajian LLBS dah tamat. calar-calar jugak hati ini memandang sahabat2 yang nak ditinggalkan. bukan sy sengaja toreh hati supaya pedih dan sedih. tidak. rasa tu hadir sendiri. selagi tak hilang, jarang kita sedar kita sayang. dan sekarang sayunya bertimpa-timpa. bila lawak dah tak terasa lagi kelakarnya. bila nak bergurau hilang idea. bila memandang kiri kanan, mula terbayang2 semuanya akan tinggal kenangan. aduh, pedihnya hati. dalam perit & ngilu hati, sy hanya mampu melafazkan ALLAH ALLAH & ALLAH buat meredakan perasaan yg berombak naik tak keruan. air mata tak keluar di hadapan manusia, di belakang mereka tertumpah jua. 

 ALHAMDULILLAH, segala puji bagi ALLAH atas ni'mat peluang menuntut ilmu agama. atas peluang merasa biah suasana beragama. atas ni'mat ukhwah dan berkasih sayang dgn teman2. atas segala kelebihan yang terlalu banyak untuk sy sebutkan. sy kembalikan segala puji bagi ALLAH, Hanya DIA yang berhak mendapat semua pujian yg sempurna. maafkan teman2, segala salah silap sepanjang pertemuan. jangan sedih, kita bukan berpisah alam, sekadar berpisah 'makan' seiring peredaran 'zaman'. 

 sy perlu pulang sekarang. sy terpaksa jadi dewasa. kerana sunnatullah tak mengizinkan kita berada pada fasa yang sama selama-lamanya.sy perlu berani menghadapi dunia. kerana mustahil sy mampu berselimut berselubung untuk lari dari kenyataan.doa'kan teman sy kuat buat berjuang. kalau tak mampu kita bermesra sepuasnya di dunia yang fana, mari pasakkan azam memanjangkan kemanisan ukhwah kita ke syurga. kerana akhirat itu kekal.dan dunia perlu ditinggal. 


 -budak kodiang- 
(sambil membetulkan cermin mata.melepaskan keluhan-berat terasa.sungguh sy dipaksa menjadi dewasa.)

Monday, August 6, 2012

pertembungan fikrah di rumah sewa tok chen.

Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Segala puji-pujian hanya bagi ALLAH.

pagi yang tenang dalam bulan ramadhan yang mulia.
 ada 3 khabar kematian sepanjang bulan ramadhan ini.pertama, kematian tukang masak rumah anak2 yatim, tempat wajib kunjung sy dan rakan2 apabila cuti. kedua, kematian seorang pakcik berbaju biru yang sy lihat terlantar di jalan raya setelah kemalangan. dia terlantar dalam keadaan panas terik dan jalan raya yang sesak. ketiga, kematian anak kucing tiada bernama yang tumpang menetap di rumah sy tanpa dikenakan sebarang caj perkhidmatan .kerana terlalu banyak kucing yang datang dan pergi, seringkali kami kehabisan idea untuk memberi nama yg menarik kepada mereka. anak kucing yang baru meninggal ini kami gelar 'macam bulat' kerana corak bulunya yang sama dengan 'kakaknya' bernama Bulat. 

semalam,ALLAH mahu sy melihat bagaimana saat nazak makhlukNYA serta fasa penarikan roh dari jasad. cerita ringkasnya begini. sy membuka pintu rumah kerana mahu memastikan suara azan zohor. dan sy lihat 'macam bulat' itu terbaring dihurungi lalat. masih bergerak dalam kelemahan dan kepayahan.sy hanya mampu menghalau lalat menggunakan surat khabar. beberapa kali kepalanya seolah ditarik ke belakang. dan secara obvious,dua kali kepalanya 'ditarik' ke belakang sehingga hampir menyentuh bahagian belakang badannya. dalam situasi biasa, sudah pasti anak kucing yang sememangnya lemah sejak lahir itu tak akan mampu membuat aksi hebat 'membengkokkan' kepala ke belakang sebegitu. tetap sy percaya itu adalah fasa roh beliau keluar dr jasad. ibrah yg besar di bulan ramadhan. sehingga terdetik di hati "kucing pun sampai macam tu 'sakaratul mautnya', aku yg manusia ni macam manalah?".

sebenarnya entry kali sy nak bercerita tentang sesuatu. flashback 12 years ago.
dalam pekan kodiang, terdapat sebuah 'perkampungan' rumah sewa' yang dinamakan rumah sewa haji tokchen. seingat sy,di dalam kawasan tersebut terdapat 7 buah rumah sewa. setelah kematian haji tokchen, isterinya, tok piah mengambil alih tampung pemerintahan. kuasanya begitu luas. tidak seperti lazimnya rumah sewa, tuan rumah sekadar mengutip sewa. tetapi tok piah meluaskan bidang kuasa beliau secara sesuka hati. contoh :beliau memerintahkan penyewa menyapu sampah sekitar kawasan rumah sewa. beliau juga pernah meminta penyewa menyuruh anak memakai baju. pelbagai lagi contoh arahan2 pelik sebenarnya, tetapi tempoh 12 tahun agak menghakis memori.

lebih malang, tok piah sangatlah cerewet. arahan yang pertama terkadang berlawanan dengan arahan beliau yang kedua. contoh : beliau akan meminta penyewa menyapu daun2 pokok yang keguguran. setelah disapu, beliau complaint "janganlah sapu sampai nampak tanah". 
apabila tok piah keluar dari kediaman rasminya, beliau akan membebel itu dan ini. seringkali kalau terperasan kelibat tok piah lebih awal, kebanyakan dari penyewa akan bergegas masuk ke dalam rumah menyelamatkan diri..kalau tak sempat- kerana tok piah sudah awal2 nampak dan melarang kami melarikan diri, kami bersedia penuh redha mendengar ceramahnya. pernah sekali, dia membebel di bawah pokok nangka. sambil2 beliau membuat ulasan tentang buah nangka, beliau terus berceramah.sy yang masih kecil berharap sesuatu berlaku supaya tok piah diam. doa anak kecil sememangnya diberi perhatian oleh Tuhan seluruh alam. buah nangka yang besar tiba2 jatuh sewaktu tok piah mendongak!!! bedebuk!kena hidung! "yes!!!" hatiku rasa sgt best. tok piah dalam keadaan malu-malu kucing meminta diri untuk pulang sambil memegang hidung. apabila dia berlalu, seluruh penyewa yang ada di situ gelak berdekah-dekah. betapa gembiranya jiwa raga masing-masing.

dalam mendepani tok piah, penghuni rumah sewa haji tokchen terbahagi kepada beberapa kategori.
kategori Pertama: menentang sikap tok piah dalam memerintah secara terang-terangan. contoh: memboikot sebarang majlis yang dibuat di rumah beliau. kadang-kadang terjadi pertelingkahan mulut antara tok piah dan golongan kategori pertama.
[oh perhatian, tok piah akan menjemput semua penyewa hadir jika beliau membuat sebarang majlis makan2 dan sebagainya.tetapi jemputan itu seperti arahan yang mandatori untuk diikut, kerana sesiapa yg gagal hadir, akan berdepan rintangan demi rintangan dari tok piah bagi meneruskan kehidupan anda di rumah sewa haji tokchen. seolah2 tok piah mencontohi presiden Bush bushuk yg berpegang dengan prinsip "you are with me or against me". yang tak bestnya, kalau pergi majlis tu mesti nak kena tolong2 sekali.bukan boleh pergi dan balik sesuka hati.]
kategori kedua : silent protestor. mereka ini sememangnya tak puas hati dengan tok piah.mereka juga suka mengutuk tok piah.mereka akan berkumpul dan mengutuk. tetapi sudah pasti hanya di belakang. kerana apabila sahaja tok piah berada di hadapan mereka, mereka akan memberikan senyuman termanis .mereka akan mentaati arahan tok piah, mengiakan kata2 tok piah dan sabar dengan segala karenah tok piah.
kategori ketiga:  ini adalah kelompok manusia yang dilihat bersekongkol dengan tok piah. tidak mengkritik, tidak menunjukkan sebarang sikap tidak puas hati. mereka mengikuti semua rentak tok piah seolah2 mereka tidak punya hati perasaan sendiri untuk dijaga, bahkan mungkin tidak punya otak untuk mempertimbangkan ketidakwajaran perlakuan tok piah terhadap mereka. sungguh menjelikkan.

sewaktu kecil sy hanyalah pemerhati. dan sy mengikuti orang dewasa kategori pertama.setelah besar sy menganalisis kembali. sy nilai setiap kategori begini.
kategori pertama: golongan berpendidikan universiti. ataupun tidak berpendidikan, tetap mereka bergaul dengan golongan berpendidikan. mereka mempunyai kesedaran yg tinggi tentang benar dan salahnya sesuatu tindakan.dan mereka mengambil berat tentang hak mereka yg mesti dihormati sebagai penyewa rumah yang membayar sewa. mereka tidak takut dengan risiko yang bakal dihadapi seandainya tok piah marah.
kategori kedua : umumnya,mereka adalah golongan suri rumah. suami bekerja sebagai nelayan, pemandu teksi atau tidak bekerja.(mereka dan suami mereka sekali masuk kategori ini). kedudukan ekonomi tidak berapa kukuh. mereka juga tidak berapa jelas kenapa mereka tak suka tok piah.mereka hanya membenci 'kezaliman2' tok piah yang bersifat nampak di mata. seperti tok piah membebel, dan menyuruh itu dan ini. tetapi kebencian kepada pokok utama 'kezaliman' tok piah yang fundamental tidaklah mereka miliki. mereka benci bukan kerana tindakan tok piah dilihat menyalahi akhlak islam, atau menyalahi nilai2 kemanusiaan, atau menyalahi hak2 asasi mereka,  tetapi mengikut hati mereka. kalau tok piah buat sesuatu yang menganggu hidup mereka, baru mereka marah. kalau tak, takdelah rase marah. dan mereka takut dengan risiko kalau tok piah marah. susah kalau tak mampu bayar sewa on time. juga susah mahu mencari rumah sewa lain yang hanya berharga bawah RM100 sebulan di tempat lain sekiranya apa2 berlaku antara mereka dan tok piah. jadi mereka jadi silent protestor.
kategori ketiga : rumah golongan kategori ini agak jauh dari rumah orang lain. secara faktanya, paling dekat dengan rumah tok piah. mereka gagal mendapatkan maklumat panas yang cepat sekali beredar di kalangan penghuni yang lain. mereka duduk terperap dalam rumah mereka.sekali sekala sahaja berjumpa orang lain.sekali-sekala diberitahu tentang kezaliman tok piah, mereka bersikap tidak kisah. biarlah dilihat bodoh dan diperbodohkan, mereka tetap setia menyanjung & menghormati & mentaati tok piah secara meembuta tuli. kerana bagi mereka tok piah berhak melakukannya, kerana dialah pemerintah rumah sewa haji tokchen.dan tok piah kaya. kalau takde tok piah, takdelah kami dapat rumah sewa.

inilah analisis sy setelah meninggalkan zaman kanak2. seringkali apabila lalu di hadapan rumah sewa itu sekarang, sy melontarkan pandangan mengenang kisah silam yang lucu.
mengenang sy dan beberapa kanak-kanak lain lagi yang melakukan beberapa siri penentangan terhadap tok piah. kami tidak fikir tentang halal haramnya perbuatan kami. bagi kami tok piah jahat, maka dia patut menerima pembalasan sewajarnya. kami membaling mercun dalam rumah tok piah dalam keadaan sedar tok piah menghidap sakit jantung. hehehe.

berada dalam mana2 kategori pun dilihat remeh sahaja. tetapi satu kejadian yang agak menginsafkan berlaku. di sini terserlahlah kategori manakah yg baik, dan kategori manakah yg tidak baik.
ceritanya begini. tok piah ada seorang orang gaji indonesia. orang gaji itu secara curi2 berjumpa dengan kami, para penghuni rumah sewa haji tokchen. dia mengadu dikasari oleh anak tok piah. tok piah sendiri melayannya secara buruk. dengar cerita dialah. dia menangis. mungkin mahu mengadu.mungkin mengharap pembelaan.
pada suatu hari, tok piah tiada di rumah. orang gaji beliau keluar menangis2. yang tinggal dalam kawasan rumah sewa pada masa itu hanyalah golongan kategori kedua dan ketiga. orang gaji indon tersebut meminta tolong untuk membawa beliau lari dari kawasan itu.beliau sudah tidak tahan dengan layanan tok piah. sy masih ingat situasi itu. golongan kategori pertama tiada di rumah kerana bekerja. seorang pakcik (kategori kedua) yang bekerja sebagai pemandu teksi diminta tolong membawa orang gaji tersebut cepat2 sebelum tok piah pulang. tetapi dia tak mahu. kerana TAKUT pada tok piah. semua orang terus mengutuk2 tok piah. tetapi orang gaji tersebut dibiar tanpa pertolongan sehinggalah dia masuk ke rumah semula dan tok piah pun pulang.

sehingga kemudian setelah golongan pertama pulang dari bekerja, berita pantas tersebar. mereka pun bersimpati, marah dengan kezaliman tok piah lalu memberi bantuan secara senyap. sy sudah tidak ingat bentuk pertolongan yg diberikan.
golongan kategori pertama takkan dapat hidup dengan tenang di bawah pemerintahan tok piah. tetapi,mereka tidak mahu keluar kerana mereka adalah pembayar sewa yang paling baik, on time. jadi tok piah tiada hak menghalau mereka.namun tok piah sudah lama tidak suka dengan golongan kategori pertama. lantas akhirnya beliau menggunakan kuasa yang ada di tangannya tanpa memikirkan apakah tindaknnya itu diredhai Tuhan ataupun tidak. beliau meminta seorang anaknya yang bekerja sebagai peguam menulis surat rasmi menghalau golongan kategori pertama daripada rumah sewa haji tokchen. masih jelas di ingatan sy yang masih kanak2, surat itu tertulis "kerana kami mahukan kembali rumah itu". itu sahaja alasan yang mampu diberi oleh orang sombong yang bongkak. tiada undang2 yang dilanggar. maka alasan tak masuk akal digunakan buat 'mengajar' penentangnya.
golongan kategori kedua dan ketiga selamat. 

itulah kisah benar di rumah sewa haji tokchen.kisah masyarakat yang kelakar sebenarnya. kelihatan serius pulak melalui cerita sy. tetapi itulah kisah yg memberi ibrah jika otak kita sudi diperah. berfikir dan menilai. sy tak tahu adakah tok piah masih hidup atau sudah mati. kebanyakan penghuni sudah berpindah dari kawasan itu. semoga ALLAH mengampuni dan memaafkan tok piah. 

mengaplikasikan teori kisah rumah sewa tokchen ke dalam kehidupan masyarakat kita hari ini, sama sahaja. masyarakat kita sama ada menentang kemungkaran yang dilakukan pemerintah secara terang-terangan, dan mengajak kepada kebenaran juga secara terang-terangan. kerana mereka faham. kerana mereka cintakan kebenaran. kerana tertanam rasa cintakan risalah Tuhan.
 " Dan di antara orang-orang yang telah kami ciptakan ada umat yang memberi petunjuk dengan (dasar) kebenaran, dan dengan itu (pula) mereka berlaku adil". : Al-A'raf: 181" 
"Dan hendaklah ada satu golongan di antara kamu, yang menyeru kepada yang ma'ruf dan mencegah kemungkaran": ali-Imran: 104.
dan mereka pasti menghadapi cabaran yang memedihkan.

manakala masyarakat yang termasuk kategori kedua, bagus juga kerana sekurang2nya mereka membenci tindakan yang zalim.
" jika kamu melihat kemungkaran, ubahlah dengan tangan kamu. jika tak mampu dengan lidah, jika tak mampu dengan hati.itu selemah2 iman"-adaptasi hadith. 
tetapi takkanlah selamanya kita mahu berada dalam list selemah2 iman.

manakala golongan kategori ketiga paling tak terpakai sekali. mereka selesa dalam kejahilan dan kedunguan mereka. otak yang diberikan ALLAH digunakan untuk untuk perkara2 tak mencabar seperti memikirkan tentang makan minum, kereta, tempat tinggal sahaja. kalau perkara itu menguji minda, seperti berfikir tentang yang hak dan batil, mereka segera migrain. tidak mahu terus berfikir. secepat mungkin mereka mahu makan panadol dan tidur.  kejahilan dan kedunguan mereka boleh dimaafkan kalau natijahnya hanya menimpa mereka, tetapi malangnya, ia menimpa orang lain yang tidak bersalah juga. kerana tunduknya mereka pada kezaliman, menambah kekuatan pada si zalim untuk terus berbuat kerosakan.

tiba2 sy rasa malas nak terus menulis. fikirlah sendiri pengajaran dan kesimpulannya.

p/s 1: tok piah dan tok chen bukanlah nama sebenar.edit sket. tak baik kot bagitau nama sebenar.
p/s 2: entry kali ni panjang, sebab tak tahu berapa bulan lagi sy akan update.
p/s 3: sy selalu cari pasal dengan cucu tok piah yang tak puasa di bulan ramadhan (umur cucu dia 6tahun pada masa tu).

sekian. assalamualaikum.



Tuesday, July 3, 2012

rindu.

Bismillahirrahmanirrahim. di tengah ketenangan kampung batu 7, baling ini sy bersyukur diizinkan ALLAH melayari internet.sy mungkin memerlukan rawatan psikatri jika dihalang berhubung dgn dunia luar terlalu lama. kerana sy perlu tahu khabar dunia walau di cerok mana sekalipun sy tercampak. [kalaulah banduan penjara dibenarkan access internet,mesti dorang tak tension]. sy merindui zaman seorang insan naif mencari Tuhan. kelelahan dalam pencarian. dalam kerendahan diri dan ketidak upayaan, dia meneruskan langkah dengan penuh malu pada Tuhan. jiwa yang bersih.hati yang insya ALLAH ikhlas.air mata dan aduan yang hanya ALLAH memahami.kemanisan menghambakan diri.tidak peduli dan mahu apa lagi kecuali TuhanNYA. “Katakanlah wahai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (As-Zumar: 53) “Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat nasuha, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai.” (At-Tahrim: 8) takkan pernah ada kelebihan diri ini.takkan pernah baik rasanya.tapi akan terus mengharapkan keampunan dan belas kasih ALLAH. -taubat is cool-

Tuesday, June 12, 2012

DUNIA yang SFERA

Bismillahirrahmanirrahim. Dengan nama ALLAH, yang Maha Mulia, yang Maha kasih kepada hambaNYA , maka sy berani untuk terus bernafas dan menghadapi hari demi hari dalam hitungan dunia. dunia ini mempesona bagi manusia yang berada dalam fasa nikmat. dan dunia ini cukup perit,zalim dan menyeksakan bagi manusia yang berada dalam fasa derita. ataupun dia tidaklah menderita, tetapi kerana taksubnya pada dunia amat keterlaluan, maka dunia itu jadi punca keresahan hatinya setiap hari. dunia itu apa? macam2 jawapan boleh diberi. "bumi". "bentuk sfera." "tempat hidup sebelum kita mati" "tempat untuk seronok2 pegi makan sate."(taktaulah kenape ada jugak jawapan mcm ni).. terpulanglah pada interpretation masing2.post kali ini bukan bertujuan membahaskan definisi dunia.tetapi untuk bercakap tentang kepentingan membuang dunia dari hati kita.dan membiarkan dunia itu berpusing dan bergolek2 hanya di tapak tangan kita. pada hari ini kita susah.susah itu terletak pada rasa yang kita tanggung. susah bagi nelayan dan susah bagi businessman mungkin berbeza.tapi keduanya 'merasa' perasaan susahnya hidup. maka kita berjuang bagi mengubah kesusahan itu menjadi kesenangan. Kerana Pemilik Kesusahan dan kesenangan itu adalah ALLAH, maka akhirnya keadaan kita diubah ALLAH.kita jadi senang, dan tak susah lagi. maka setelah senang itu apa?? apa lagi yang kita mahu?? kesenangan itu ada endingnya. dua possible ending. satu menjadi susah kembali. kedua mati. kita meminati manusia. minat boleh bermaksud suka atau lebih dari itu. menjadi harapan kita agar suatu masa kita dapat 'memiliki' dia. atau kita harap dapat berada di samping insan yang kita suka itu. alangkah bestnya kalau kita boleh buat dia jadi 'hak milik kekal' kita.atau paling kurang kita diterima dia dalam hidupnya. atau paling kurang lagi dapat usha2 dia, supaya rasa dia dekat dengan kita. dalam situasi sebegini, ada manusia yang mengejar dengan sehabis daya upaya untuk memiliki. ada yang hanya menyimpan rasa, dan menelan harapan kerana rasa tiada daya atau kemampuan untuk memiliki. Oleh kerana Pemilik manusia paling hebat mahupun yang paling lemah itu sama, iaitu ALLAH Yang Maha Mulia, maka ramai insan yang beruntung mendapat cinta yang disanjung.tak kisahlah hanya dia yang menyanjung, atau dia antara ratusan manusia lain yang menyanjung. maka kita berseronok dengan nikmat cinta yang seolah2 satu kemenangan buat kita. soalannya di sini ialah: seterusnya apa? kemudian nak apa lagi? cinta juga ada endingnya. ada few possible ending : satu jemu. dua cinta bertukar jadi tak cinta lagi.yakni meluat. mungkin juga benci. ketiga mati. kita bodoh. kasar? ok, kita tidak bijak. kita rasa hina kerana ketidakbijaksanaan kita berbanding orang lain.namun rezeki kita tidak ditentukan oleh kebijaksanaan kita, tetapi Tuhan Pemilik & Pemberi rezeki, maka akhirnya kita tetap dapat masuk universiti.dapat kerja.dapat survive untuk hidup. bahkan ada yang tak masuk universiti, lebih kaya melana berbanding yang masuk. yang masuk pusat serenti pun kaya jugak kalau dia usaha, dan ALLAH izinkan usaha dia berbuahkan hasil. the question is, what's next? penamatnya jua adalah mati. bukan tidak kita lihat di sekeliling kita, manusia yang miskin dulu, sekarang hidupnya selesa. manusia angkuh suatu masa dulu, sekarang jadi kecil dan hina. manusia tak dipandang suatu ketika dulu, sekarang digilai orang. manusia sihat walafiat kelmarin,hari ini terlantar. orang yang lahir sebagai OKU boleh bersukan dan pergi demo BERSIH (politik.politik.ish2), tapi insan yang lahirnya sempurna sekarang terlantar lumpuh..hampir semua anggota jadi kurang upaya. saya mahu terus bertanya, apa semua ni?? inilah putaran dunia yang silih berganti."kalau kita tidak memandang dunia dari kaca mata akhirat,maka kita akan berputus asa dengan dunia".(kato2 oghe pasir mas) sungguh. alangkah sedihnya bagi insan yang tidak memahami bahawa dunia ini hanya alat untuk akhirat. alat yang mesti digunakan semaksimum mungkin untuk mendapat kesenangan abadi di akhirat. kat akhirat, kalau masuk syurga, boleh makan tak henti2. boleh seronok non stop. boleh bercinta tahap kritikal. sebab kita tak perlu takut lagi untuk KEHILANGAN.kerana ia tidak fana.tapi abadan abada. dunia ini berubah. perubahan yang paling agung adalah berubah dari sesat kepada hidayah.dari lupa diri kepada sedar diri bahawa kita ini hamba semata. dari seronok tak ketahuan lagu kepada menangis menginsafi diri. dari angkuh sombong kepada tunduk meminta ampun. kejarlah dunia semahunya. kejarlah sampai letih.telan dunia sampai muntah! kejarlah kalau kita hanya mahu kenal erti putus asa. tapi kalau kita mahu dunia ini rasa lebih luas.mahu bernafas lebih lancar, tak serabut,kejarlah Pencipta dunia dan segala kenikmatan dan ujian2 di dalamnya. sembahlah dan pujalah hanya DIA. luahkan segala2nya hanya pada DIA. cari populariti di sisi DIA. kejar perhatian DIA. kata2 tentang iman, tiada effect bagi jiwa yang kosong dengan cinta Tuhan. sekian. "Dan betapa banyak umat yang telah kami binasakan sebelum mereka, (padahal) mereka lebih hebat kekuatnnya daripada mereka (umat yang sekarang ini). mereka pernah menjelajah ke beberapa negeri.Adakah tempat pelarian (dari kebinasaan bagi mereka)? Sungguh pada yang demikian itu pasti terdapat peringatan bagi orang2 yang mempunyai hati atau yang menggunakan pendengarannya, sedang dia menyaksikannya: Az-zariyat : 36 & 37. "Di sini sy belajar KEIKHLASAN kepada ALLAH. dari sini juga sy merasa sangat BERGANTUNG kpd ALLAH. takut dan benci kita harus kerana ALLAH.-Abdallah Syamil Salmanovich Basayev, mujahid Chechnya.

Saturday, April 7, 2012

selipar dan penyakit yahudi.

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

hari ini hari sabtu. jam di laptop menunjukkan pukul 3.42 pm waktu malaysia.setelah minum secawan air coklat menggunakan cawan hijau bercap Vono, sy tiba-tiba terasa bertenaga untuk menulis semula setelah sepurnama menghilangkan diri tanpa khabar berita.

ada banyak perkara mahu dikongsi kalau diikutkan hati.tetapi otak dan jari jemari sy, serta tahap kerajinan sy jelas tidak memberikan kerjasama terhadap kemahuan hati.maka tinggallah segala 'banyak perkara' itu menjadi basi sendiri2,tanpa manfaatnya buat orang lain.terasa amat ruginya.

sy telah pun menamatkan pengajian ilmu hukum sy pada januari 2012 baru2 ini.setelah hampir 5 tahun setengah bergelut dengan kitab undang-undang, akhirnya ALHAMDULILLAH selesailah satu fasa ijazah sarjana muda. walaupun tok sy tidak merestui cita-cita untuk menjadi peguam kerana ditakuti terlibat dengan masalah korupsi, tetapi insya ALLAH ibu bapa,keluarga dan ramai lagi rakan-rakan merestui cita-cita ini. dan sy sangat berharap ada sesuatu yang dapat sy sumbangkan kepada perjuangan dinul islam yang suci dgn platform bidang guaman ini,insya ALLAH.moga2 pada masa itu tok tidak akan risau lagi.amin.

begini ceritanya, sepanjang tempoh sy bergelut dengan pengajian undang-undang, Tuhan telah memasukkan rasa resah dalam hati sy terhadap penyelewengan dan ketidak adilan dalam sistem keadilan negara kita. (nama sistem keadilan itu jelas sekali tidak menjamin terlaksananya sebuah keadilan).

saban masa sy membaca ratusan kes2 mahkamah, hati sy terasa amat jengkel dengan hukuman berat sebelah yang diputuskan hakim terhadap pihak2 (parties) yang terlibat. kalau sekiranya party yg terlibat org besar (contohnya kerajaan atau menteri) maka seringkali mereka terlepas hukuman salah. ataupun hukuman yg sangat ringan dikenakan. kalau kes itu, yang didakwanya (defendant) adalah kerajaan malaysia, maka susah nak jumpa hakim menjatuhkan hukuman bahawa defendant bersalah/ kalah.
kecuali pada masa tun salleh abbas menjadi hakim, barulah dihukum salah si kerajaan yg bersalah. lalu dipecatlah beliau pada tahun 1988 atas nasihat si ketua kerajaan.

lihat kes penyelewengan perwaja, eric chia terlepas begitu sahaja.dato' seri khir toyo hanya dipenjarakan 12bulan sedangkan jumlah wang yang dirasuahkan menjangkau jutaan ringgit. ini baru dua kes.kalau nak dituliskan semua, mungkin boleh krem jari ni menaip.biarlah malaikat atid saja yang mencatat untuk perbicaraan di mahkamat qiamat nanti.

manakala rakyat marhaen, yang mencuri sepaket nescafe, susu bayi, shampoo turut dipenjarakan juga. tak setanding sungguh kesalahan mereka mencuri barangan yang jumlahnya cuma beberapa belas ringgit dengan hukuman penjara berbulan-bulan. sedang si kaya yang mengsonglap duit berjuta juga dipenjarakan dgn tempoh masa yg lebih kurang sama, malah lebih ringan. bahkan seringkali kalau si kaya mampu membayar wang denda, hukuman penjara dihazafkan begitu saja.sedang yang mencuri sepaket nescafe mungkin mencuri kerana kelaparan(walaupun dengar cerita dasar ekonomi baru menjanjikan kekayaan buat bumiputra khabarnya), sudah pasti takkan mampu membayar denda.

pensyarah sy pernah bercerita di dalam kelas:
" ada seorang lelaki didakwa kerana mencuri susu baby sebab tak ada duit nak beli susu baby. sy rasa DPP tu tak ade keje dah nak buat sampai kes mcm ni pun nak dakwa". (DPP=deputy public prosecutor/ timbalan pendakwa raya).

sejujurnya sy benci dan sedih pada sebarang bentuk ketidak adilan yang berlaku.sy sedih dan simpati pada rakyat bawahan yang merasa tidak percaya bahawa hak mereka akan dibela.

ketidakpercayaan ini terbukti melalui tindakan seorang imam mencampak selipar kepada hakim (laporan akhbar2 arus perdana).ini bukan isu tiada adab, bukan isu menghina mahkamah.tetapi ada isu yang lebih besar untuk dibincangkan iaitu betapa hilang rasa hormat dan percaya pada sistem kehakiman negara.
juga membuktikan layanan yang tidak adil kepada rakyat marhaen masih berlaku : beliau dihukum penjara setahun untuk kesalahan itu. sedangkan kesalahan menghina mahkamah (contempt of court) paling serius selalunya hanya dihukum penjara beberapa minggu (peguam ahmad kerdee & berdasarkan apa yg sy pelajari). sy terbayang kalau imam hoslan ni seorang menteri atau dato', sy percaya hakim takkan menjatuhkan hukuman seberat itu.lihatlah kedegilan seorang pemimpin negara yang sepatutnya hadir ke mahkamah untuk menjadi saksi, tapi buat slumber tenuk je tak datang.permohonan oleh peguam untuk disapina(memanggil beliau ke mahkamah) tak dilayan.

sy menangisi barah2 penyakit yahudi yang menjalar dalam masyarakat kita. ingatlah sabda Rasulullah s.a.w
"Wahai manusia! Sesungguhnya yang membinasakan umat-umat sebelum kamu ialah, apabila seorang yang terhormat di antara mereka mencuri, maka mereka membiarkannya. Namun apabila seorang yang lemah di antara mereka mencuri, maka mereka akan melaksanakan hukum hudud atas dirinya. Demi Allah, sekiranya Fatimah puteri Muhammad mencuri, niscaya akan aku potong tangannya". [Hadis riwayat Aisyah r.a]

tidak ingatkah kita tentang kisah2 tamadun dunia yang memiliki set hukum yang berlainan pada golongan bawahan dan bangsawan. golongan yahudi memang dikutuk Rasul s.a.w dengan ketidak adilan mereka dalam menghukum di kalangan mereka (rujuk kisah yahudi di zaman Rasulullah s.a.w).

tidakkah apa yang berlaku dalam masyarakat kita sekarang menyamai apa yang dilarang islam?

ingatlah kisah saidina Ali r.a yang kalah kes beliau di mahkamah sedangkan beliau merupakan amirul mukminin/ perdana menteri sebuah negara ketika itu. inilah keadilan Islam.

ingatlah pesanan ALLAH di dalam surah al-Nisa' :135, " wahai orang2 yang beriman! jadilah kamu penegak keadilan....."
sudah pasti bukan suatu keadilan jika sang miskin dihukum belasah sampai lembik, sedang si kaya hanya dicubit sedikit.

sy merindui kelahiran pengikut jejak Abdul qader Awdah (hakim yang digantung mati kerana mempertahankan islam-buku tokoh2 gerakan islam abad moden), hakim hassan al-hudaibi, dan juga tun salleh abbas di bumi malaysia. juga merindui peguam2 yang tulus ikhlas membantu masyarakat mendapatkan hak mereka, sehingga sama rata bahkan tiada beza rakyat biasa mahupun yang berkuasa.

hanya mereka yang punya kesedaran bahawa setiap tindakan pasti dipersoalkan Tuhan saja bisa berlaku adil kepada makhluk2 ciptaan Tuhan.
"berlaku adillah, itu lebih hampir kepada taqwa" [ayat al-Quran]
taqwa itu terhasil pada kefahaman islam yang jitu.pada iman yang padu. rasa takut kepada ALLAH.selagi mana kita tidak kembali pada islam dan iman, selamanya kita takkan mampu berlaku adil dengan sebenar2nya secara konsisten.

sy meratapi kitaran ketidak adilan yang masih membarah dalam negara kita. semoga akan tiba masanya lahir generasi hakim & peguam penjunjung islam yg akan membersih segala penyakit yahudi yang merajai kita berzaman lamanya.

ALLAHU A'LAM.

pemerhati bebas,
yg telah tamat belajar undang-undang sekular.
dan sedang belajar undang2 islam.
(pernah menuntut ilmu selama 6tahun di kodiang).

Monday, January 23, 2012

bicara mahasiswa & kemenangan Ikhwan.

Bismillahirrahmanirrahim.

hari ini sy agak bahagia kerana :
1) jalan raya sunyi sepi kerana chinese new year. sy tak tahu adakah itu petanda bahawa hanya orang cina yang menggunakan jalan raya di kawasan tempat tinggal sy.sy benar2 xpasti. tapi tak perlulah memeningkan kepala memikirkan tentang persoalan ini, kerana orang2 cina pun tak pernah pening memikirkan tentang sy..apa yang pasti sy sgt riang gembira kerana tak perlu menunggu lama untuk melintas jalan pd hari ini.boleh cat walk lagi kat tengah2 jalan raya.
2)adik beradik pulang bercuti secara berjemaah. maka rumah yang sunyi sekian lama menjadi riuh kembali.
3) the happinest one, kemenangan Parti Islam di Mesir. ALLAHU AKBAR.
nota ringkas : sy sedang membancuh air anggur sewaktu berita dunia TV1 menyiarkan berita ini.

setelah lama sepi dari aktiviti meng'post entry', sy kira banyak isu panas sudah menjadi basi dan berkulat untuk dikongsi mahupun dikecoh2kan di sini.

isu yang sangat menarik perhatian sy sekarang ini ialah :
pertama : kebangkitan mahasiswa yang mula menjalar ke seluruh malaysia. dipanaskan oleh isu Adam Adli yang menurunkan bendera Perdana Menteri (merangkap suami Rosmah) dan menaikkan bendera mahasiswa, kemudian diikuti demontrasi di Tanjung Malim yang menyaksikan Timbalan presiden GAMIS, Saffuan Anang dibelasah sehingga cedera parah, penggantungan beberapa pelajar UPSI, dan isu penggantungan pelajar2 KUIN. perkembangan terkini yang sy dapat tahu, pelajar2 KUIN telah pun membawa isu ini ke mahkamah.



sy kira segala akhbar, khususnya akhbar alternatif berhaluan kiri sudah puas membicarakan tentang isu ini..dengan sumbangan mereka juga, kebangkitan mahasiswa mampu dilihat dari sisi yang positif.
ada yang berpendapat kebangkitan mahasiswa ini ada kaitannya dengan Arab Spring/ revolusi negara2 arab.
biar apa pun pendapat yang dilontarkan, sy cuma mahu katakan bahawa, mahasiswa adalah generasi penuntut ilmu. mentaliti bahawa golongan mahasiswa merupakan golongan berpendidikan dan bijak masih menebal di kalangan masyarakat, malah mahasiswa diharap dan disasarkan untuk menjadi pemimpin masa hadapan.
namun amat malang sekali bila taraf pemikiran dan intelektual mereka diperlekehkan. mereka hanya diajak berbincang untuk MENGIAKAN stand pihak2 tertentu.. seandainya wujud kelompok mahasiswa yang berani menyuarakan pandangan berbeza, maka mereka dilabel sebagai anak2 nakal suka memberontak. lebih malang mereka digelar kurang ajar, derhaka.agaknya kalaulah mereka(baca elit pemerintah) mampu, mahu disumbat anak2 muda ini ke dalam penjara.

slogan mahasiswa/anak muda bakal pemimpin negara hanya disenandungkan buat membodek mahasiswa dengan candu tanpa keikhlasan dlm mebuktikannya. kalau benar mahukan mahasiswa memimpin negara, kenapa disekat pemikiran mereka dengan kemarahan dan cacian? mentah sangatkah penuntut menara gading sehingga tak layak meluahkan buah fikiran masing2? kalau benar ikhlas mengimpikan mahasiswa meneruskan legasi memakmurkan negara, kenapa diikat kaki tangan mereka dengan akta mengongkong yang dikarang pemerintah maha sombong? stupid sangatkah mahasiswa mengatur hidup mereka hingga terpaksa 'dipandu' AUKU? kalau memang tujuan bergelar mahasiswa hanyalah untuk menghafal kitab-kitab tebal,bercermin mata power tinggi, dan memakai kad matrik universiti, maka misi dan visi universiti perlu ditukar kepada 'menghasilkan tenaga2 kerja di sektor profesional dan tidak profesional semata-mata'. haramkan saja slogan anak muda/mahasiswa bakal pemimpin masa depan negara.

memetik kata-kata Prof.Diraja Ungku Aziz: "kedudukan sebagai mahasiswa mewajibkan mereka memberi pandangan".

maka, kepada sekalian pemerintah, dari parti mana sekalipun, raikanlah pendapat dan semangat anak2 muda. penerus perjuangan kalian juga. sia-sia bergaduh dengan 'budak2 mentah', sebab nanti kalian yang dilihat tak berhikmah. relax la..cool je lah.
pilihlah cara yang paling bertepatan dengan syarak dlm menguruskan anak2 muda. kalau tepat cara menguruskannya, maka ummah akan menikmati hasilnya.

-lupakah kita tentang perjuangan mahasiswa menentang Sukarno (yang semakin lupa diri) sehingga nyawa mereka menjadi taruhan? akhirnya sukarno berjaya digulingkan.
-lupakah kita tentang peranan mahasiswa membantu rakyat susah di baling pada era 70-an dahulu (demontrasi Baling)?sehingga kesusahan rakyat Baling mendapat perhatian pemerintah berkat usaha para mahasiswa?
-lupakah kita bahawa anak mudalah yang memulakan kebangkitan dunia arab, sehingga menggulingkan regim diktator Hosni Mubarak dan pemimpin2 arab lain ?(yang buncit menelan duit kaum muslimin tapi membisu terhadap penderitaan Palestin).

justeru berhati-hatilah menguruskan kebangkitan anak muda/mahasiswa. anak-anak mentah di mata kalian, bisa menggoncang dunia dan menghapus segala daki-daki kezaliman. Insya ALLAH.

keduanya : kemenangan parti islam khususnya Ikhwan Muslimin secara bergaya di mesir. ALLAHU AKBAR! tak mampu sy huraikan panjang lebar.cukuplah kita membuka kembali kisah-kisah silam perjuangan gerakan Ikhwan..yang penuh air mata dan darah,diseksa sedasyat2nya, dibunuh, dihina..sy kira pemerintah Mesir telah menggunakan kezaliman peringkat tertinggi dalam usaha menghapuskan Ikhwan Muslimin di Mesir.



" Sungguh ALLAH telah meredhai orang2 mukmin ketika mereka berjanji setia kepadamu (Muhammad) di bawah pohon, DIA mengetahui apa yang ada dalam hati mereka,lalu DIA memberikan ketenangan atas mereka,dan memberi balasan dengan KEMENANGAN YANG DEKAT"- al-fath: 18

"mereka merancang, ALLAH juga merancang. ALLAH jualah sebaik-baik Yang Merancang"-adaptasi al-Quran.

semoga tersenyumlah para syuhada' ikhwan yang bersemadi di bumi mesir mendapat berita kemenangan yang dijanjikan Tuhan.

malam sudah tua.
mohon mengundur diri.
Salam~

Sunday, December 11, 2011

turning point.

Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan nama DIA dan kerana DIA, otak yang beku,jemari yang kaku tetap dipaksa menulis sesuatu.moga benar2 ikhlas hati itu demi DIA Yang Maha Satu.

setiap manusia, akan ada masa yang dinamakan 'turning point' dalam hidupnya. satu moment di mana dia memilih atau terpaksa memilih untuk berubah 90 @ 180 @ mungkin 360 darjah sekaligus.

saya mahu kongsikan beberapa kisah BENAR buat renungan bersama.
1)ada seorang pakcik, anda boleh panggil dia pakcik danny iskandar (bukan nama sebenar). dia sangat panas baran. hidup dia cuma kenal marah dan maki hamun.aktiviti lasak seperti memukul seakan jadi hobi.anak2 tidak pernah dengar lafaz sayang,sebab sering dihidang pelempang..keluarga yang malang kerana memiliki ketua yang gagal mengemudi emosi.gersang kasih sayang.kontang perhatian.tandus.

satu hari, anak lelakinya yang menuntut dalam tingkatan 5 pada masa itu, terlibat dalam kemalangan jalan raya.pakcik danny melihat darah yang memercik dari tubuh anaknya.melihat tubuh kaku anak lelakinya. air mata mengalir."jangan tinggalkan ayah,nak.ayah sayangkan kamu"....pernyataan itu tidak berguna lagi.hibanya sebuah pemergian,hiba lagi menanggung sesalan.anak itu pergi dalam keadaan ayahnya menunjukkan kasih sayang melalui kemarahan dan maki hamun.

sejak itu pakcik danny menjadi seorang ketua keluarga yang sangat baik dan penyayang. sampai sy betul2 kagum dgn sikap 'family man' yang ada pada beliau. itulah turning point dalam hidup seorang pakcik danny = kematian anaknya. dia boleh memilih untuk berubah sebelum ini.bukan tidak ada yang menegur.bukan tiada hati nurani.tapi dia 'memilih' turning point yang tragis untuk menukar cara hidup.

2) hang nadim (juga bukan anam sebenar) merupakan seorang pelajar sebuah IPTA yang agak terkemuka di lembah klang.memasuki U tersebut dgn result matrik yang agak bergaya, dia rasa selesa. ibu dan ayah memanjakan semanja-manjanya. nak motor dapat.nak baju,seluar branded dapat.nak duit ratus ratusan dapat.nak kaler luna dapat.(tak taulah kenapa die nak kaler luna).

kerana rasa selesa dengan apa yang dimiliki, hang nadim lupa dengan amanah sebagai seorang pelajar yang dia pikul. hidup dia cuma tahu main game dan enjoy.berseronok tanpa hala tuju..berbakul-nakul nasihat yang diberikan, dia pekakkan telinga, butakan mata.

tak perlu tunggu lama, naik 3rd year dia kena dismiss secara bergaya sekali. dia terpaksa bekerja bagi menampung hutang ptptn, hidup tanpa arah.tak kira cemuhan dari jiran-jiran lagi.(desis hati hang nadim :"jiran-jiran sibuk nak mengata anak orang kena dismiss U, lupa anak dorang dapat offer U pun tidak").

lepas tu dipendekkan cerita, hang nadim sambung belajar kat IPTA lain dan dia berubah menjadi seorang yang lebih bertanggungjawab.dia berjaya skor setiap semester dgn CGPA yang cemerlang.(tahniah diucapkan).
itulah turning point dalam hidup hang nadim : kena dismiss universiti.

3) ada seorang manusia ni,hidupnya tidak pernah memikirkan tentang agama..Islam baginya hanya puasa dan hari raya.part tu je nampak Islam die. tapi sekali ALLAH menghadirkan turning point sebuah penyakit yang bernama kanser tulang, cara hidupnya berubah 360 darjah.itu pilihan dia,berubah sewaktu sudah nampak bayang2 maut semakin dekat menghampiri.

4)'seronok' cerita buruk pasal orang,meh cerita buruk pasal diri sendiri plak.saya seorang yang sukar meng'ekspresi'kan rasa kasih & sayang. tidak kira pada keluarga, rakan2 atau sesiapa sahaja. sy suka anda, sy layan anda baik2.sy x suka anda, sy stay away. dan mungkin character ini sgt menyakitkan pada sesetengah manusia.
character ni ok pada masa itu. tapi tidak jadi ok abadan abada. ada masa ombak takdir menghempas, dan character yang tak berguna itu lenyap ditelan ombak.

sy ada seorang maklong.sy pernah tulis entry pasal maklong suatu masa dulu.tulisan luahan seseorang yang menanggung penyesalan yang amat mendalam.tekanan yang menyeksakan.sehingga mata tidak mampu lagi mengalirkan mutiara.sehingga mulut diam seribu bahasa setiap kali topik tentang maklong dibicarakan.

diringkaskan cerita, maklong kakak emak. sudah tua. tidak pernah berkahwin.hidup sendirian di rumah pusaka arwah atuk dan nenek.hidupnya berbakti pada ibu bapa yang sudah tua (tanpa sy menafikan sumbangan anak2 atok & nenek yang lain) sehingga kedua2nya dipanggil mengadap Yang Maha Esa.

bila sy berpindah sekolah,maklong selalu pujuk sy datang ke rumah.kadang2 minta tinggal dengan dia.sebab dia sunyi,saya tahu..dan permintaan itu bukan mudah.banyak halangannya:faktor bas,faktor masa, faktor kesibukan..dan permintaan itu jadi lebih susah untuk orang yang selalu beralasan-seperti sy. "nanti2lah". bukan tak sayang, bukan tak kesian dengan maklong yang menanggung kesunyian, tapi tak bersungguh-sungguh membuktikan kasih sayang dan menunjukkan perhatian.

sekali-sekala melawat maklong dengan keluarga, maklong memerli. dan sy jadi tidak selesa. hanya satu ayat maklong buat sy tersedar semula, bahawa sy tak berhak untuk rasa tak selesa "maklong tak ada anak.anak2 maklong kamu semua lah". she needs us badly. really2 in need.maafkan sy maklong.sy cuba usahakan untuk selalu melawat maklong lepas ni.azam di hati. tak disuarakan di lisan..azam tinggal azam.manusia yang keras hati dan zalim tidak akan mampu peduli pada jeritan nurani supaya membuktikan sebuah kesedaran.sedar tak patut dibiarkan hanya tinggal sedar.tapi dibuktikan dgn tindakan. tapi...sy gagal ujian pembuktian itu.

suatu hari, pulang dari sekolah (form 5). sy sedang berbuka puasa. mak bercakap dengan sy baik2.namun berita itu bukanlah perkhabaran yang baik. "maklong meninggal dalam sujud sewaktu solat subuh".
lidah sy rasa berpasir. makanan tak mampu sy habiskan.sy diam sahaja. sy bangun ke toilet, dan menangis semahu-mahunya.sakitnya pemergian itu.

apa gunanya sebuah tangisan bila insan tersayang sudah terpisah nyawa dari badan. menangislah air mata darah sekalipun,maklong takkan pulang semula. "dikyah sayang maklong.dikyah minta maaf jarang melawat maklong.dikyah minta maaf tak pernah cakap sayang maklong"..apa guna semua ni?useless!

Demi Tuhan, sy terlalu merana dengan kehilangan arwah maklong.sehingga sekarang...penyesalan itu tak pernah hilang.
that was my turning point. menjadi seorang yg lebih tahu menghargai insan tersayang, menunjukkan kasih sayang seikhlas hati dan sesungguh hati, pada sesiapa sahaja yang ALLAH izinkan hadir dalam hidup ini.tapi sangat perit turning point yang dipilih: kehilangan seorang maklong.

sy takkan putus berdoa buat arwah maklong di sana.doakan sy dapat mengungkapkan kembali rasa cinta bila berjumpa di syurga yang kekal abadan abada. amin.

cukup 3 cerita.tiba2 terlintas di minda.diluahkan begitu saja.moga2 ada manfaatnya. berbagai-bagai turning point ALLAH bagi dalam hidup setiap insan.ada turning pint yang bahagia.ada banyak turning point yang derita. justeru,sewaktu panggilan untuk berubah hadir dalam hidup anda,sewaktu panggilan untuk meninggalkan kezaliman, dosa,maksiat,kejahatan memujuk-mujuk anda, SAHUTLAH. tolonglah sahut kerana ALLAH.sebab kalau anda berdegil, takut2 panggilan sebuah turning point menyentap anda untuk berubah secara terpaksa.dan berubah secara terpaksa bukanlah sesuatu yang menyeronokkan.sebab harganya ialah derita dan air mata.

namun kasih sayang Tuhan ada di mana-mana.bersyukurlah kalau kita masih dipilih untuk ditegur ALLAH walaupun apa sekali bentuk turning pointnya. lagi malang bagi manusia yang dibiarkan ALLAH teraba-raba dalam kesesatan dan kesilapan.tak jumpa arah tuju.buta bisu selama2nya.hanya terjaga di alam barzakh sana.

"sesungguhnya manusia itu tidur. hanya terjaga setelah mati"-adaptasi kata2 saidina Ali karramallahu wajhah.

"Sesungguhnya yang buta bukanlah mata, tetapi hati yang ada di dalam dada"-adaptasi al-Quran.

“Maka pernahkah kamu melihat orang yg menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmuNya dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya? Maka siapakah yg akan memberinya petunjuk sesudah Allah . Maka mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?” -adaptasi al-Quran.

nafsu memang akan memilih untuk selesa dengan kesilapan.dan seorang mukmin perlu bermujahadah melawan & membuktikan sebuah taubat dan kesedaran.cukuplah ALLAH sebagai motivasi.

sekian.
take care.
babai.
wassalam.

p/s: xde gambar.malas nak letak.tunggu turning point ke? :) :)

Followers

About Me

My photo
penuntut institut pemikiran politik Ibnu Hussian.