Tuesday, July 3, 2012
rindu.
Bismillahirrahmanirrahim.
di tengah ketenangan kampung batu 7, baling ini sy bersyukur diizinkan ALLAH melayari internet.sy mungkin memerlukan rawatan psikatri jika dihalang berhubung dgn dunia luar terlalu lama. kerana sy perlu tahu khabar dunia walau di cerok mana sekalipun sy tercampak.
[kalaulah banduan penjara dibenarkan access internet,mesti dorang tak tension].
sy merindui zaman seorang insan naif mencari Tuhan. kelelahan dalam pencarian. dalam kerendahan diri dan ketidak upayaan, dia meneruskan langkah dengan penuh malu pada Tuhan.
jiwa yang bersih.hati yang insya ALLAH ikhlas.air mata dan aduan yang hanya ALLAH memahami.kemanisan menghambakan diri.tidak peduli dan mahu apa lagi kecuali TuhanNYA.
“Katakanlah wahai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (As-Zumar: 53)
“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat nasuha, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai.” (At-Tahrim: 8)
takkan pernah ada kelebihan diri ini.takkan pernah baik rasanya.tapi akan terus mengharapkan keampunan dan belas kasih ALLAH.
-taubat is cool-
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment