Monday, August 6, 2012

pertembungan fikrah di rumah sewa tok chen.

Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Segala puji-pujian hanya bagi ALLAH.

pagi yang tenang dalam bulan ramadhan yang mulia.
 ada 3 khabar kematian sepanjang bulan ramadhan ini.pertama, kematian tukang masak rumah anak2 yatim, tempat wajib kunjung sy dan rakan2 apabila cuti. kedua, kematian seorang pakcik berbaju biru yang sy lihat terlantar di jalan raya setelah kemalangan. dia terlantar dalam keadaan panas terik dan jalan raya yang sesak. ketiga, kematian anak kucing tiada bernama yang tumpang menetap di rumah sy tanpa dikenakan sebarang caj perkhidmatan .kerana terlalu banyak kucing yang datang dan pergi, seringkali kami kehabisan idea untuk memberi nama yg menarik kepada mereka. anak kucing yang baru meninggal ini kami gelar 'macam bulat' kerana corak bulunya yang sama dengan 'kakaknya' bernama Bulat. 

semalam,ALLAH mahu sy melihat bagaimana saat nazak makhlukNYA serta fasa penarikan roh dari jasad. cerita ringkasnya begini. sy membuka pintu rumah kerana mahu memastikan suara azan zohor. dan sy lihat 'macam bulat' itu terbaring dihurungi lalat. masih bergerak dalam kelemahan dan kepayahan.sy hanya mampu menghalau lalat menggunakan surat khabar. beberapa kali kepalanya seolah ditarik ke belakang. dan secara obvious,dua kali kepalanya 'ditarik' ke belakang sehingga hampir menyentuh bahagian belakang badannya. dalam situasi biasa, sudah pasti anak kucing yang sememangnya lemah sejak lahir itu tak akan mampu membuat aksi hebat 'membengkokkan' kepala ke belakang sebegitu. tetap sy percaya itu adalah fasa roh beliau keluar dr jasad. ibrah yg besar di bulan ramadhan. sehingga terdetik di hati "kucing pun sampai macam tu 'sakaratul mautnya', aku yg manusia ni macam manalah?".

sebenarnya entry kali sy nak bercerita tentang sesuatu. flashback 12 years ago.
dalam pekan kodiang, terdapat sebuah 'perkampungan' rumah sewa' yang dinamakan rumah sewa haji tokchen. seingat sy,di dalam kawasan tersebut terdapat 7 buah rumah sewa. setelah kematian haji tokchen, isterinya, tok piah mengambil alih tampung pemerintahan. kuasanya begitu luas. tidak seperti lazimnya rumah sewa, tuan rumah sekadar mengutip sewa. tetapi tok piah meluaskan bidang kuasa beliau secara sesuka hati. contoh :beliau memerintahkan penyewa menyapu sampah sekitar kawasan rumah sewa. beliau juga pernah meminta penyewa menyuruh anak memakai baju. pelbagai lagi contoh arahan2 pelik sebenarnya, tetapi tempoh 12 tahun agak menghakis memori.

lebih malang, tok piah sangatlah cerewet. arahan yang pertama terkadang berlawanan dengan arahan beliau yang kedua. contoh : beliau akan meminta penyewa menyapu daun2 pokok yang keguguran. setelah disapu, beliau complaint "janganlah sapu sampai nampak tanah". 
apabila tok piah keluar dari kediaman rasminya, beliau akan membebel itu dan ini. seringkali kalau terperasan kelibat tok piah lebih awal, kebanyakan dari penyewa akan bergegas masuk ke dalam rumah menyelamatkan diri..kalau tak sempat- kerana tok piah sudah awal2 nampak dan melarang kami melarikan diri, kami bersedia penuh redha mendengar ceramahnya. pernah sekali, dia membebel di bawah pokok nangka. sambil2 beliau membuat ulasan tentang buah nangka, beliau terus berceramah.sy yang masih kecil berharap sesuatu berlaku supaya tok piah diam. doa anak kecil sememangnya diberi perhatian oleh Tuhan seluruh alam. buah nangka yang besar tiba2 jatuh sewaktu tok piah mendongak!!! bedebuk!kena hidung! "yes!!!" hatiku rasa sgt best. tok piah dalam keadaan malu-malu kucing meminta diri untuk pulang sambil memegang hidung. apabila dia berlalu, seluruh penyewa yang ada di situ gelak berdekah-dekah. betapa gembiranya jiwa raga masing-masing.

dalam mendepani tok piah, penghuni rumah sewa haji tokchen terbahagi kepada beberapa kategori.
kategori Pertama: menentang sikap tok piah dalam memerintah secara terang-terangan. contoh: memboikot sebarang majlis yang dibuat di rumah beliau. kadang-kadang terjadi pertelingkahan mulut antara tok piah dan golongan kategori pertama.
[oh perhatian, tok piah akan menjemput semua penyewa hadir jika beliau membuat sebarang majlis makan2 dan sebagainya.tetapi jemputan itu seperti arahan yang mandatori untuk diikut, kerana sesiapa yg gagal hadir, akan berdepan rintangan demi rintangan dari tok piah bagi meneruskan kehidupan anda di rumah sewa haji tokchen. seolah2 tok piah mencontohi presiden Bush bushuk yg berpegang dengan prinsip "you are with me or against me". yang tak bestnya, kalau pergi majlis tu mesti nak kena tolong2 sekali.bukan boleh pergi dan balik sesuka hati.]
kategori kedua : silent protestor. mereka ini sememangnya tak puas hati dengan tok piah.mereka juga suka mengutuk tok piah.mereka akan berkumpul dan mengutuk. tetapi sudah pasti hanya di belakang. kerana apabila sahaja tok piah berada di hadapan mereka, mereka akan memberikan senyuman termanis .mereka akan mentaati arahan tok piah, mengiakan kata2 tok piah dan sabar dengan segala karenah tok piah.
kategori ketiga:  ini adalah kelompok manusia yang dilihat bersekongkol dengan tok piah. tidak mengkritik, tidak menunjukkan sebarang sikap tidak puas hati. mereka mengikuti semua rentak tok piah seolah2 mereka tidak punya hati perasaan sendiri untuk dijaga, bahkan mungkin tidak punya otak untuk mempertimbangkan ketidakwajaran perlakuan tok piah terhadap mereka. sungguh menjelikkan.

sewaktu kecil sy hanyalah pemerhati. dan sy mengikuti orang dewasa kategori pertama.setelah besar sy menganalisis kembali. sy nilai setiap kategori begini.
kategori pertama: golongan berpendidikan universiti. ataupun tidak berpendidikan, tetap mereka bergaul dengan golongan berpendidikan. mereka mempunyai kesedaran yg tinggi tentang benar dan salahnya sesuatu tindakan.dan mereka mengambil berat tentang hak mereka yg mesti dihormati sebagai penyewa rumah yang membayar sewa. mereka tidak takut dengan risiko yang bakal dihadapi seandainya tok piah marah.
kategori kedua : umumnya,mereka adalah golongan suri rumah. suami bekerja sebagai nelayan, pemandu teksi atau tidak bekerja.(mereka dan suami mereka sekali masuk kategori ini). kedudukan ekonomi tidak berapa kukuh. mereka juga tidak berapa jelas kenapa mereka tak suka tok piah.mereka hanya membenci 'kezaliman2' tok piah yang bersifat nampak di mata. seperti tok piah membebel, dan menyuruh itu dan ini. tetapi kebencian kepada pokok utama 'kezaliman' tok piah yang fundamental tidaklah mereka miliki. mereka benci bukan kerana tindakan tok piah dilihat menyalahi akhlak islam, atau menyalahi nilai2 kemanusiaan, atau menyalahi hak2 asasi mereka,  tetapi mengikut hati mereka. kalau tok piah buat sesuatu yang menganggu hidup mereka, baru mereka marah. kalau tak, takdelah rase marah. dan mereka takut dengan risiko kalau tok piah marah. susah kalau tak mampu bayar sewa on time. juga susah mahu mencari rumah sewa lain yang hanya berharga bawah RM100 sebulan di tempat lain sekiranya apa2 berlaku antara mereka dan tok piah. jadi mereka jadi silent protestor.
kategori ketiga : rumah golongan kategori ini agak jauh dari rumah orang lain. secara faktanya, paling dekat dengan rumah tok piah. mereka gagal mendapatkan maklumat panas yang cepat sekali beredar di kalangan penghuni yang lain. mereka duduk terperap dalam rumah mereka.sekali sekala sahaja berjumpa orang lain.sekali-sekala diberitahu tentang kezaliman tok piah, mereka bersikap tidak kisah. biarlah dilihat bodoh dan diperbodohkan, mereka tetap setia menyanjung & menghormati & mentaati tok piah secara meembuta tuli. kerana bagi mereka tok piah berhak melakukannya, kerana dialah pemerintah rumah sewa haji tokchen.dan tok piah kaya. kalau takde tok piah, takdelah kami dapat rumah sewa.

inilah analisis sy setelah meninggalkan zaman kanak2. seringkali apabila lalu di hadapan rumah sewa itu sekarang, sy melontarkan pandangan mengenang kisah silam yang lucu.
mengenang sy dan beberapa kanak-kanak lain lagi yang melakukan beberapa siri penentangan terhadap tok piah. kami tidak fikir tentang halal haramnya perbuatan kami. bagi kami tok piah jahat, maka dia patut menerima pembalasan sewajarnya. kami membaling mercun dalam rumah tok piah dalam keadaan sedar tok piah menghidap sakit jantung. hehehe.

berada dalam mana2 kategori pun dilihat remeh sahaja. tetapi satu kejadian yang agak menginsafkan berlaku. di sini terserlahlah kategori manakah yg baik, dan kategori manakah yg tidak baik.
ceritanya begini. tok piah ada seorang orang gaji indonesia. orang gaji itu secara curi2 berjumpa dengan kami, para penghuni rumah sewa haji tokchen. dia mengadu dikasari oleh anak tok piah. tok piah sendiri melayannya secara buruk. dengar cerita dialah. dia menangis. mungkin mahu mengadu.mungkin mengharap pembelaan.
pada suatu hari, tok piah tiada di rumah. orang gaji beliau keluar menangis2. yang tinggal dalam kawasan rumah sewa pada masa itu hanyalah golongan kategori kedua dan ketiga. orang gaji indon tersebut meminta tolong untuk membawa beliau lari dari kawasan itu.beliau sudah tidak tahan dengan layanan tok piah. sy masih ingat situasi itu. golongan kategori pertama tiada di rumah kerana bekerja. seorang pakcik (kategori kedua) yang bekerja sebagai pemandu teksi diminta tolong membawa orang gaji tersebut cepat2 sebelum tok piah pulang. tetapi dia tak mahu. kerana TAKUT pada tok piah. semua orang terus mengutuk2 tok piah. tetapi orang gaji tersebut dibiar tanpa pertolongan sehinggalah dia masuk ke rumah semula dan tok piah pun pulang.

sehingga kemudian setelah golongan pertama pulang dari bekerja, berita pantas tersebar. mereka pun bersimpati, marah dengan kezaliman tok piah lalu memberi bantuan secara senyap. sy sudah tidak ingat bentuk pertolongan yg diberikan.
golongan kategori pertama takkan dapat hidup dengan tenang di bawah pemerintahan tok piah. tetapi,mereka tidak mahu keluar kerana mereka adalah pembayar sewa yang paling baik, on time. jadi tok piah tiada hak menghalau mereka.namun tok piah sudah lama tidak suka dengan golongan kategori pertama. lantas akhirnya beliau menggunakan kuasa yang ada di tangannya tanpa memikirkan apakah tindaknnya itu diredhai Tuhan ataupun tidak. beliau meminta seorang anaknya yang bekerja sebagai peguam menulis surat rasmi menghalau golongan kategori pertama daripada rumah sewa haji tokchen. masih jelas di ingatan sy yang masih kanak2, surat itu tertulis "kerana kami mahukan kembali rumah itu". itu sahaja alasan yang mampu diberi oleh orang sombong yang bongkak. tiada undang2 yang dilanggar. maka alasan tak masuk akal digunakan buat 'mengajar' penentangnya.
golongan kategori kedua dan ketiga selamat. 

itulah kisah benar di rumah sewa haji tokchen.kisah masyarakat yang kelakar sebenarnya. kelihatan serius pulak melalui cerita sy. tetapi itulah kisah yg memberi ibrah jika otak kita sudi diperah. berfikir dan menilai. sy tak tahu adakah tok piah masih hidup atau sudah mati. kebanyakan penghuni sudah berpindah dari kawasan itu. semoga ALLAH mengampuni dan memaafkan tok piah. 

mengaplikasikan teori kisah rumah sewa tokchen ke dalam kehidupan masyarakat kita hari ini, sama sahaja. masyarakat kita sama ada menentang kemungkaran yang dilakukan pemerintah secara terang-terangan, dan mengajak kepada kebenaran juga secara terang-terangan. kerana mereka faham. kerana mereka cintakan kebenaran. kerana tertanam rasa cintakan risalah Tuhan.
 " Dan di antara orang-orang yang telah kami ciptakan ada umat yang memberi petunjuk dengan (dasar) kebenaran, dan dengan itu (pula) mereka berlaku adil". : Al-A'raf: 181" 
"Dan hendaklah ada satu golongan di antara kamu, yang menyeru kepada yang ma'ruf dan mencegah kemungkaran": ali-Imran: 104.
dan mereka pasti menghadapi cabaran yang memedihkan.

manakala masyarakat yang termasuk kategori kedua, bagus juga kerana sekurang2nya mereka membenci tindakan yang zalim.
" jika kamu melihat kemungkaran, ubahlah dengan tangan kamu. jika tak mampu dengan lidah, jika tak mampu dengan hati.itu selemah2 iman"-adaptasi hadith. 
tetapi takkanlah selamanya kita mahu berada dalam list selemah2 iman.

manakala golongan kategori ketiga paling tak terpakai sekali. mereka selesa dalam kejahilan dan kedunguan mereka. otak yang diberikan ALLAH digunakan untuk untuk perkara2 tak mencabar seperti memikirkan tentang makan minum, kereta, tempat tinggal sahaja. kalau perkara itu menguji minda, seperti berfikir tentang yang hak dan batil, mereka segera migrain. tidak mahu terus berfikir. secepat mungkin mereka mahu makan panadol dan tidur.  kejahilan dan kedunguan mereka boleh dimaafkan kalau natijahnya hanya menimpa mereka, tetapi malangnya, ia menimpa orang lain yang tidak bersalah juga. kerana tunduknya mereka pada kezaliman, menambah kekuatan pada si zalim untuk terus berbuat kerosakan.

tiba2 sy rasa malas nak terus menulis. fikirlah sendiri pengajaran dan kesimpulannya.

p/s 1: tok piah dan tok chen bukanlah nama sebenar.edit sket. tak baik kot bagitau nama sebenar.
p/s 2: entry kali ni panjang, sebab tak tahu berapa bulan lagi sy akan update.
p/s 3: sy selalu cari pasal dengan cucu tok piah yang tak puasa di bulan ramadhan (umur cucu dia 6tahun pada masa tu).

sekian. assalamualaikum.



No comments:

Post a Comment

Followers

About Me

My photo
penuntut institut pemikiran politik Ibnu Hussian.