Monday, January 14, 2013

dipaksa menjadi dewasa.

Dengan nama Tuhan merancang dengan sempurna,
 akan kutulis nikmat2 Tuhanku.

 Bismillahirrahmanirrahim.

 Imam Syatibi rahimahullah berkata : di dunia ini,tiada maslahah yang mutlak &tiada mafsadah yang mutlak.

 sy mahu pinjam kata2 ulama' yg mulia ini beserta sedikit edition : tiada bahagia yang mutlak di dunia ini, jua tiada derita yg mutlak. dalam bahagia, ada jugak yg tak kena di mana-mana. dalam derita Tuhan selitkan juga bahagia. 

 banyak kisah kalau nak diluah. tapi cukuplah yang sekadarnya sahaja. buat peluah rasa yang terbuku di dada. flashback 6 1/2 tahun yang lepas, sy melangkahkan kaki ke matrikulasi UIA dlm bidang undang-undang. seronoknya bukan main lg. memandangkan itu cita2 sy, itu aim sy, yg sy nekadkan di hati sejak tingkatan 4 lagi. jadi tawaran tu macam bagi bantal kat orang mengantuk, mcm bagi susu kat bayi, mcm bagi pizza kat orang lapar.seronok sangat.noktah. 

 ayah yang pada mulanya mengisytiharkan ketidakpuasan hati dgn keputusan sy memilih bidang undang-undang (dan bukannya kejuruteraan seperti cadangannya), tiba-tiba mendapat info bahawasanya pelajar undang2 di uia berpeluang juga untuk belajar undang-undang shariah. dengan sepantas kilat (kilat yang kategori laju sangat )terus berubah sekelip mata ( mata yang kategori tertutup dengan pantas)!terus berubah! dari tak setuju jadi setuju. jadi suka sangat. kerana ayah seorang yang cintakan agama, maka hatinya gembira bila anaknya berpeluang belajar agama. tidaklah ayah tahu betapa belajar arab itu susah bagi sy. betapa perlu merangkak belajar arab bermula level 1 hingga level 4 itu perit bagi sy. betapa sy harap2 dlm hati ayah akan cancel kemahuannya nak tengok sy ambil shariah. tapi memandangkan itu sahaja cara buat ayah redha dengan minat sy nak sambung belajar dlm bidang undang2, sy gagahkan diri tersenyum dengan berani.lantas sy berpencak silat melawan segala keboringan & kebosanan & keazaban & kerendah dirian belajar bahasa arab. dengan kekurangan diri yang berasal dari sekolah beraliran sekular, ditakdirkan pula bergaul dengan bekas2 pelajar sekolah agama, belajar bahasa arab bersama2.

 semester demi semester, tahun demi tahun berlalu. sy masih meneruskan rutin sebagai pelajar LLBS dengan rasa kekurangan. tidak yakin diri. kalau kelas2 sivil (LLB) sy pilih tempat paling depan,kelas2 shariah(LLBS) pula sy cuba pilih tempat agak terselindung dari lecturer. takut kalau ditanya apa2, sy 'dimalukan' dengan kekurangan bahasa. walaupun hakikatnya keputusan periksa ALHAMDULILLAH tak pernah rasa kecewa. tamat LLB, sy berkira-kira mahu berbincang dengan keluarga untuk tidak menyambung pengajian LLBS sy. sy beri cadangan berani untuk buat DSLP.lebih mudah fikir sy (kerana DSLP bukan menggunakan medium bahasa arab).dan sy jangka keluarga pasti bersetuju dengan mudah. dan jangkaan sy meleset dengan mudah juga. tanpa basa basi, keluarga buat tak peduli. mereka tetap mahukan sy sambung LLBS. maka, dengan takdir ALLAH Yang Maha Penyayang, sy teruskan langkah kaki dengan tawakkal pada ILAHI. 

tak terbayang bagaimana mahu sy tempuh cabaran yang hebat dengan kudrat yang terhad. teman, mari sy khabarkan tentang betapa hebatnya Tuhan. betapa Agungnya ALLAH. betapa baiknya DIA. DIA paling faham saat hati sy bergoncang hebat. DIA Maha Tahu betapa diri ini rendah diri. DIA belas kasihan dengan pandangan mata yg tertunduk ke tanah kerana terasa lemah. tapi DIA tak biarkan kekurangan diri jadi penghalang sy belajar ilmu-ilmu agamaNYA. tetap DIA mahu sy faham shariat Islam & segala hukum2 Tuhan. sekurang2nya sy tidak berkekalan dalam kejahilan dan kedunguan. pasti ALLAH belas kasihan saat DIA melihat sy belajar undang2 jenayah Islam (Islamic Criminal Law II) dengan air mata berjuraian. sambil belajar, sambil kesat air mata. 

 ALLAH takdirkan budak kodiang bekas pelajar sekolah beraliran sekular ini belajar tentang Al-Quran & sunnah. belajar tentang ijma' dan qiyas. belajar tentang khilaf para ulama' dalam berijtihad. belajar betapa Islam itu sempurna. apa-apa yang sy kagumi tentang undang-undang british, dileburkan dengan penemuan ilmu2 baru. sy jadi terkagum-kagum tanpa henti bila menemukan perbahasan ulama' lebih ratusan tahun dahulu tentang perkara yg sama. sy jadi tunduk pada keMaha Bijaksanaan Tuhan. 4tahun mendapat tarbiah undang2 british, sy jadi lembik dan surrender pd kesyumulan shariat islam dengan hanya 1 tahun tarbiah undang2 Islam. juga sy tersentuh dengan baiknya akhlak pensyarah & rakan2. terhibur dengan keletah kawan2.sungguh setahun yang manis. 

 sekarang, bahagia tadi sudah mengucapkan selamat tinggal.fasa pengajian LLBS dah tamat. calar-calar jugak hati ini memandang sahabat2 yang nak ditinggalkan. bukan sy sengaja toreh hati supaya pedih dan sedih. tidak. rasa tu hadir sendiri. selagi tak hilang, jarang kita sedar kita sayang. dan sekarang sayunya bertimpa-timpa. bila lawak dah tak terasa lagi kelakarnya. bila nak bergurau hilang idea. bila memandang kiri kanan, mula terbayang2 semuanya akan tinggal kenangan. aduh, pedihnya hati. dalam perit & ngilu hati, sy hanya mampu melafazkan ALLAH ALLAH & ALLAH buat meredakan perasaan yg berombak naik tak keruan. air mata tak keluar di hadapan manusia, di belakang mereka tertumpah jua. 

 ALHAMDULILLAH, segala puji bagi ALLAH atas ni'mat peluang menuntut ilmu agama. atas peluang merasa biah suasana beragama. atas ni'mat ukhwah dan berkasih sayang dgn teman2. atas segala kelebihan yang terlalu banyak untuk sy sebutkan. sy kembalikan segala puji bagi ALLAH, Hanya DIA yang berhak mendapat semua pujian yg sempurna. maafkan teman2, segala salah silap sepanjang pertemuan. jangan sedih, kita bukan berpisah alam, sekadar berpisah 'makan' seiring peredaran 'zaman'. 

 sy perlu pulang sekarang. sy terpaksa jadi dewasa. kerana sunnatullah tak mengizinkan kita berada pada fasa yang sama selama-lamanya.sy perlu berani menghadapi dunia. kerana mustahil sy mampu berselimut berselubung untuk lari dari kenyataan.doa'kan teman sy kuat buat berjuang. kalau tak mampu kita bermesra sepuasnya di dunia yang fana, mari pasakkan azam memanjangkan kemanisan ukhwah kita ke syurga. kerana akhirat itu kekal.dan dunia perlu ditinggal. 


 -budak kodiang- 
(sambil membetulkan cermin mata.melepaskan keluhan-berat terasa.sungguh sy dipaksa menjadi dewasa.)

2 comments:

  1. segala puji bagi ALLAH. salam penghargaan buat keluarga tercinta. jua sahabat istimewa yg menyokong dgn setia. dan semua teman2 yg buat sy rasa bahagia. moga ALLAH redha.:)

    ReplyDelete
  2. bila budak kodiang nak buat entri baru ni? ;)
    rindu nak dgr n baca contengan die :)

    ReplyDelete

Followers

About Me

My photo
penuntut institut pemikiran politik Ibnu Hussian.