Tuesday, June 12, 2012
DUNIA yang SFERA
Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan nama ALLAH, yang Maha Mulia, yang Maha kasih kepada hambaNYA
, maka sy berani untuk terus bernafas dan menghadapi hari demi hari dalam hitungan dunia.
dunia ini mempesona bagi manusia yang berada dalam fasa nikmat. dan dunia ini cukup perit,zalim dan menyeksakan bagi manusia yang berada dalam fasa derita. ataupun dia tidaklah menderita, tetapi kerana taksubnya pada dunia amat keterlaluan, maka dunia itu jadi punca keresahan hatinya setiap hari.
dunia itu apa? macam2 jawapan boleh diberi.
"bumi".
"bentuk sfera."
"tempat hidup sebelum kita mati"
"tempat untuk seronok2 pegi makan sate."(taktaulah kenape ada jugak jawapan mcm ni)..
terpulanglah pada interpretation masing2.post kali ini bukan bertujuan membahaskan definisi dunia.tetapi untuk bercakap tentang kepentingan membuang dunia dari hati kita.dan membiarkan dunia itu berpusing dan bergolek2 hanya di tapak tangan kita.
pada hari ini kita susah.susah itu terletak pada rasa yang kita tanggung. susah bagi nelayan dan susah bagi businessman mungkin berbeza.tapi keduanya 'merasa' perasaan susahnya hidup.
maka kita berjuang bagi mengubah kesusahan itu menjadi kesenangan. Kerana Pemilik Kesusahan dan kesenangan itu adalah ALLAH, maka akhirnya keadaan kita diubah ALLAH.kita jadi senang, dan tak susah lagi.
maka setelah senang itu apa?? apa lagi yang kita mahu?? kesenangan itu ada endingnya. dua possible ending. satu menjadi susah kembali. kedua mati.
kita meminati manusia. minat boleh bermaksud suka atau lebih dari itu. menjadi harapan kita agar suatu masa kita dapat 'memiliki' dia. atau kita harap dapat berada di samping insan yang kita suka itu. alangkah bestnya kalau kita boleh buat dia jadi 'hak milik kekal' kita.atau paling kurang kita diterima dia dalam hidupnya. atau paling kurang lagi dapat usha2 dia, supaya rasa dia dekat dengan kita.
dalam situasi sebegini, ada manusia yang mengejar dengan sehabis daya upaya untuk memiliki. ada yang hanya menyimpan rasa, dan menelan harapan kerana rasa tiada daya atau kemampuan untuk memiliki.
Oleh kerana Pemilik manusia paling hebat mahupun yang paling lemah itu sama, iaitu ALLAH Yang Maha Mulia, maka ramai insan yang beruntung mendapat cinta yang disanjung.tak kisahlah hanya dia yang menyanjung, atau dia antara ratusan manusia lain yang menyanjung.
maka kita berseronok dengan nikmat cinta yang seolah2 satu kemenangan buat kita. soalannya di sini ialah: seterusnya apa? kemudian nak apa lagi?
cinta juga ada endingnya. ada few possible ending : satu jemu. dua cinta bertukar jadi tak cinta lagi.yakni meluat. mungkin juga benci. ketiga mati.
kita bodoh. kasar? ok, kita tidak bijak. kita rasa hina kerana ketidakbijaksanaan kita berbanding orang lain.namun rezeki kita tidak ditentukan oleh kebijaksanaan kita, tetapi Tuhan Pemilik & Pemberi rezeki, maka akhirnya kita tetap dapat masuk universiti.dapat kerja.dapat survive untuk hidup. bahkan ada yang tak masuk universiti, lebih kaya melana berbanding yang masuk. yang masuk pusat serenti pun kaya jugak kalau dia usaha, dan ALLAH izinkan usaha dia berbuahkan hasil.
the question is, what's next? penamatnya jua adalah mati.
bukan tidak kita lihat di sekeliling kita, manusia yang miskin dulu, sekarang hidupnya selesa. manusia angkuh suatu masa dulu, sekarang jadi kecil dan hina. manusia tak dipandang suatu ketika dulu, sekarang digilai orang. manusia sihat walafiat kelmarin,hari ini terlantar. orang yang lahir sebagai OKU boleh bersukan dan pergi demo BERSIH (politik.politik.ish2), tapi insan yang lahirnya sempurna sekarang terlantar lumpuh..hampir semua anggota jadi kurang upaya.
saya mahu terus bertanya, apa semua ni??
inilah putaran dunia yang silih berganti."kalau kita tidak memandang dunia dari kaca mata akhirat,maka kita akan berputus asa dengan dunia".(kato2 oghe pasir mas)
sungguh. alangkah sedihnya bagi insan yang tidak memahami bahawa dunia ini hanya alat untuk akhirat. alat yang mesti digunakan semaksimum mungkin untuk mendapat kesenangan abadi di akhirat. kat akhirat, kalau masuk syurga, boleh makan tak henti2. boleh seronok non stop. boleh bercinta tahap kritikal. sebab kita tak perlu takut lagi untuk KEHILANGAN.kerana ia tidak fana.tapi abadan abada.
dunia ini berubah. perubahan yang paling agung adalah berubah dari sesat kepada hidayah.dari lupa diri kepada sedar diri bahawa kita ini hamba semata. dari seronok tak ketahuan lagu kepada menangis menginsafi diri. dari angkuh sombong kepada tunduk meminta ampun.
kejarlah dunia semahunya. kejarlah sampai letih.telan dunia sampai muntah! kejarlah kalau kita hanya mahu kenal erti putus asa.
tapi kalau kita mahu dunia ini rasa lebih luas.mahu bernafas lebih lancar, tak serabut,kejarlah Pencipta dunia dan segala kenikmatan dan ujian2 di dalamnya.
sembahlah dan pujalah hanya DIA.
luahkan segala2nya hanya pada DIA.
cari populariti di sisi DIA.
kejar perhatian DIA.
kata2 tentang iman, tiada effect bagi jiwa yang kosong dengan cinta Tuhan.
sekian.
"Dan betapa banyak umat yang telah kami binasakan sebelum mereka, (padahal) mereka lebih hebat kekuatnnya daripada mereka (umat yang sekarang ini). mereka pernah menjelajah ke beberapa negeri.Adakah tempat pelarian (dari kebinasaan bagi mereka)?
Sungguh pada yang demikian itu pasti terdapat peringatan bagi orang2 yang mempunyai hati atau yang menggunakan pendengarannya, sedang dia menyaksikannya: Az-zariyat : 36 & 37.
"Di sini sy belajar KEIKHLASAN kepada ALLAH. dari sini juga sy merasa sangat BERGANTUNG kpd ALLAH. takut dan benci kita harus kerana ALLAH.-Abdallah Syamil Salmanovich Basayev, mujahid Chechnya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment