Monday, January 23, 2012

bicara mahasiswa & kemenangan Ikhwan.

Bismillahirrahmanirrahim.

hari ini sy agak bahagia kerana :
1) jalan raya sunyi sepi kerana chinese new year. sy tak tahu adakah itu petanda bahawa hanya orang cina yang menggunakan jalan raya di kawasan tempat tinggal sy.sy benar2 xpasti. tapi tak perlulah memeningkan kepala memikirkan tentang persoalan ini, kerana orang2 cina pun tak pernah pening memikirkan tentang sy..apa yang pasti sy sgt riang gembira kerana tak perlu menunggu lama untuk melintas jalan pd hari ini.boleh cat walk lagi kat tengah2 jalan raya.
2)adik beradik pulang bercuti secara berjemaah. maka rumah yang sunyi sekian lama menjadi riuh kembali.
3) the happinest one, kemenangan Parti Islam di Mesir. ALLAHU AKBAR.
nota ringkas : sy sedang membancuh air anggur sewaktu berita dunia TV1 menyiarkan berita ini.

setelah lama sepi dari aktiviti meng'post entry', sy kira banyak isu panas sudah menjadi basi dan berkulat untuk dikongsi mahupun dikecoh2kan di sini.

isu yang sangat menarik perhatian sy sekarang ini ialah :
pertama : kebangkitan mahasiswa yang mula menjalar ke seluruh malaysia. dipanaskan oleh isu Adam Adli yang menurunkan bendera Perdana Menteri (merangkap suami Rosmah) dan menaikkan bendera mahasiswa, kemudian diikuti demontrasi di Tanjung Malim yang menyaksikan Timbalan presiden GAMIS, Saffuan Anang dibelasah sehingga cedera parah, penggantungan beberapa pelajar UPSI, dan isu penggantungan pelajar2 KUIN. perkembangan terkini yang sy dapat tahu, pelajar2 KUIN telah pun membawa isu ini ke mahkamah.



sy kira segala akhbar, khususnya akhbar alternatif berhaluan kiri sudah puas membicarakan tentang isu ini..dengan sumbangan mereka juga, kebangkitan mahasiswa mampu dilihat dari sisi yang positif.
ada yang berpendapat kebangkitan mahasiswa ini ada kaitannya dengan Arab Spring/ revolusi negara2 arab.
biar apa pun pendapat yang dilontarkan, sy cuma mahu katakan bahawa, mahasiswa adalah generasi penuntut ilmu. mentaliti bahawa golongan mahasiswa merupakan golongan berpendidikan dan bijak masih menebal di kalangan masyarakat, malah mahasiswa diharap dan disasarkan untuk menjadi pemimpin masa hadapan.
namun amat malang sekali bila taraf pemikiran dan intelektual mereka diperlekehkan. mereka hanya diajak berbincang untuk MENGIAKAN stand pihak2 tertentu.. seandainya wujud kelompok mahasiswa yang berani menyuarakan pandangan berbeza, maka mereka dilabel sebagai anak2 nakal suka memberontak. lebih malang mereka digelar kurang ajar, derhaka.agaknya kalaulah mereka(baca elit pemerintah) mampu, mahu disumbat anak2 muda ini ke dalam penjara.

slogan mahasiswa/anak muda bakal pemimpin negara hanya disenandungkan buat membodek mahasiswa dengan candu tanpa keikhlasan dlm mebuktikannya. kalau benar mahukan mahasiswa memimpin negara, kenapa disekat pemikiran mereka dengan kemarahan dan cacian? mentah sangatkah penuntut menara gading sehingga tak layak meluahkan buah fikiran masing2? kalau benar ikhlas mengimpikan mahasiswa meneruskan legasi memakmurkan negara, kenapa diikat kaki tangan mereka dengan akta mengongkong yang dikarang pemerintah maha sombong? stupid sangatkah mahasiswa mengatur hidup mereka hingga terpaksa 'dipandu' AUKU? kalau memang tujuan bergelar mahasiswa hanyalah untuk menghafal kitab-kitab tebal,bercermin mata power tinggi, dan memakai kad matrik universiti, maka misi dan visi universiti perlu ditukar kepada 'menghasilkan tenaga2 kerja di sektor profesional dan tidak profesional semata-mata'. haramkan saja slogan anak muda/mahasiswa bakal pemimpin masa depan negara.

memetik kata-kata Prof.Diraja Ungku Aziz: "kedudukan sebagai mahasiswa mewajibkan mereka memberi pandangan".

maka, kepada sekalian pemerintah, dari parti mana sekalipun, raikanlah pendapat dan semangat anak2 muda. penerus perjuangan kalian juga. sia-sia bergaduh dengan 'budak2 mentah', sebab nanti kalian yang dilihat tak berhikmah. relax la..cool je lah.
pilihlah cara yang paling bertepatan dengan syarak dlm menguruskan anak2 muda. kalau tepat cara menguruskannya, maka ummah akan menikmati hasilnya.

-lupakah kita tentang perjuangan mahasiswa menentang Sukarno (yang semakin lupa diri) sehingga nyawa mereka menjadi taruhan? akhirnya sukarno berjaya digulingkan.
-lupakah kita tentang peranan mahasiswa membantu rakyat susah di baling pada era 70-an dahulu (demontrasi Baling)?sehingga kesusahan rakyat Baling mendapat perhatian pemerintah berkat usaha para mahasiswa?
-lupakah kita bahawa anak mudalah yang memulakan kebangkitan dunia arab, sehingga menggulingkan regim diktator Hosni Mubarak dan pemimpin2 arab lain ?(yang buncit menelan duit kaum muslimin tapi membisu terhadap penderitaan Palestin).

justeru berhati-hatilah menguruskan kebangkitan anak muda/mahasiswa. anak-anak mentah di mata kalian, bisa menggoncang dunia dan menghapus segala daki-daki kezaliman. Insya ALLAH.

keduanya : kemenangan parti islam khususnya Ikhwan Muslimin secara bergaya di mesir. ALLAHU AKBAR! tak mampu sy huraikan panjang lebar.cukuplah kita membuka kembali kisah-kisah silam perjuangan gerakan Ikhwan..yang penuh air mata dan darah,diseksa sedasyat2nya, dibunuh, dihina..sy kira pemerintah Mesir telah menggunakan kezaliman peringkat tertinggi dalam usaha menghapuskan Ikhwan Muslimin di Mesir.



" Sungguh ALLAH telah meredhai orang2 mukmin ketika mereka berjanji setia kepadamu (Muhammad) di bawah pohon, DIA mengetahui apa yang ada dalam hati mereka,lalu DIA memberikan ketenangan atas mereka,dan memberi balasan dengan KEMENANGAN YANG DEKAT"- al-fath: 18

"mereka merancang, ALLAH juga merancang. ALLAH jualah sebaik-baik Yang Merancang"-adaptasi al-Quran.

semoga tersenyumlah para syuhada' ikhwan yang bersemadi di bumi mesir mendapat berita kemenangan yang dijanjikan Tuhan.

malam sudah tua.
mohon mengundur diri.
Salam~

Followers

About Me

My photo
penuntut institut pemikiran politik Ibnu Hussian.