mcm adik bongsu aku, cita2 dia sewaktu belum menjejakkan kaki ke skolah rendah adalah untuk menjadi driver lori yg tugasnya menghantar sayur ke siam..aku pun xpaham mana dia dapat cita2 yg sgt spesifik itu..dan sekarang setelah meningkat umur,belajar makin tinggi(nak masuk form5: kira tinggi la tu) cita2 dia adalah untuk menjadi seorg jurutera automotif.nampak gempak kan?bunyi tu dengar mcm hebat...
samalah mcm aku..kalau nak diceritakan sejarah cita2 aku,maka mungkin cerita itu lebih tebal dari mu'jam marbawi..(alah, kamus bahasa arab yg beli tp xberape nak guna tu..)
maka,bg memendekkan cerita ,maka kita bahagikan kisah cita2 ini kepada 4 bahagian:
bahagian 1: cita2 aku
kalau perasan,cita2 masyarakat kebanyakan terdiri drpd 3pilihan sahaja..doktor,engineer ataupun lawyer..se-olah2 itu sahajalah kerjaya yg hebat di seantero dunia ni..aku sebagai insan biasa sudah pastilah tak dapat lari dr terkena pengaruh ciri2 masyarakat kebanyakan ini..
aku pernah bercita-cita nak jadi lawyer,doktor dan engineer...cita2 tu datang bergantung pada mood dan sikap 'perasan' aku pada waktu itu..
contohnya sewaktu aku darjah 5,bila aku berjaya menjawab soalan cikgu Munir dgn penuh keyakinan diri tahap maksima dan tangan yg diayunkan seperti karam singh walia:aku merasa yakin pada waktu itu bahawa aku memang dilahirkan untuk menjadi seorang lawyer...
dan penglibatan aku dlm debat dan pidato diraja memang xdapat dinafikan menjadi faktor yg besar terhadap cita2 aku nak jadi lawyer ni..( di samping menyembunyikan hakikat yg aku memang xminat dan xterer subjek aliran sains..so, ni cara tebaik nak mengelak dr terus terseksa blajar sains..hehehe..mari kita gelakkan sikap kepura-puraan ini)..
aku juga pernah bercita-cita nak jadi doktor(pakar sakit puan)..
cita2 ni datang sewaktu roll call di waktu pagi yg hening di sm sains pasir puteh...cikgu wan(bukan nama sebenar) telah memberi ceramah dgn penuh semangat waja supaya pelajar2 perempuan menyimpan azam untuk menjadi doktor pakar sakit puan bg mengatasi masalah kekurangan doktor wanita di bidang ini..alkisahnya cikgu wan telah membaca suatu artikel tentang perkara ini di salah sebuah surat khabar aliran kiri,ditambah kurang selesa dgn doktor lelaki yg menyambut kelahiran anaknya...dia sgt syangkan isterinya,jadi xgembira dgn situasi ini...
maka aku pun tanpa segan silu menyimpan cita2 murni nak jadi doktor.. sebenarnya di saat aku berani bercita-cita nak jadi doktor ni,aku terlupa hakikat bahawa aku xcukup rajin untuk ambil medic...kesian betul dgn ke-naif-an ku di waktu itu...
aku sekali sekala saja sebut cita2 aku nak jadi engineer...biasanya kalau aku cakap cita2 aku nak jadi engineer ni, minda aku di luar paras sedar atau boeh dikatakan kurang normal..sebab aku pun xtau sebab apa aku nak jd engineer...mungkin sebab tu je cita2 yg aku tau..
arkitek: aku sebenarnya pernah bermonolog dalaman iaitu..."kalaulah aku ada bakat melukis,aku akan amek architechture"~jd arkitek..bg aku jd arkitek xpayah penat2 belajar..cukuplah melukis..tapi hasrat aku ni cepat2 mati dan x timbul2 lg bila melihat ada segolongan manusia yg gemar tersenyum sinis bila melihat lukisan aku..ada kalanya mereka membuat tekaan bijak bila mengatakan:"eh adik awak yg darjah 1 ek yg lukis?" aku xmrah mendengar komen sbegitu...aku biasanya akan menganggap org yg komen lukisan aku sebagai org yg gemar bergurau..jd xlah kecik hati sgt...cuma cukuplah komen tu untuk mematikan cita2 aku nak jd arkitek..
bahagian 2: harapan mak..
mak aku nak salah seorang anaknya jd doktor...memandangkan aku amek aliran sains,maka akulah mangsa terbaik terhadap harapan mak..mak seolah-olah lupa bahawa aku menghidap sakit kepala yg agak kritikal...jd mustahil aku akan ambil risiko belajar menda2 yg susah seperti medic..alasan ni nampak cool untuk mengelak.. tapi sebenarnya aku xminat lansung untuk jd doktor..tengok organ dalaman manusia dlm gambar pun aku geli,apatah lg la nak bergelumang dlm bidang ni..aku ingat lg sewaktu kwn2 aku sibuk 'derma'kan darah dorg untuk tengok sel darah merah dlm kelas biologi,aku lebih suka menjadi pemerhati di samping cikgu Chang...sambil gelak gembira bila kwn2 aku buat komen mengatakan sel darah kartini xsama dgn dorg kerana dia berbangsa india..haha..sgt perkauman kwn2 ku...
kenyataannya:amek medic kena minat+pandai..aku pulak memiliki ciri2 yg berlawanan..dlm bahasa inggeris berlawanan dikatakan opposite..(ape kaitan ni?)
bahagian 3:kemahuan ayah..
ayah nak aku jd jurutera elektrik..ayah kata sampai bila2 pun org memerlukan elektrik..jd peluang kerja sentiasa cerah..ayah sebenarnya kurang senang dgn cita2ku nak jd lawyer.(walaupun sekarang ayah dah merestui pilihan aku se-mata2 sebab aku amek syariah..mungkin bunyi kos yg kedengaran islamik tu menyejukkan hati ayah..tp sebenarnya aku tau ayah nak aku tau bezakan antara undang2 ciptaan ALLAH dan rekaan manusia)
aku teringat dialog dgn ayah dlm kereta waktu br abes spm paper fizik..
ayah :dikyah nak sambung bidang apa nanti?(xtau dah kali ke-berapa ditanya)
aku: dikyah nak amek law.(seperti biasa bukan jawapan yg diharapkan ayah)
ayah:kalau mcm tu campaklah semua buku2 fizik tu...
aku:diam...(dlm hati:cita2ku tetap utuh..yeah!)
akhirnya: ditakdirkan ALLAH aku berjaya amek law di uia seperti di-cita2kan..aku pun gembira(ayat standard bila rasa berjaya)..Alhamdulillah..
tapi masalah besar melanda bila aku xtau sama ada aku betul2 nak jadi lawyer atau melupakan hasrat itu...dlm erti kata yg lain jadi apa2 sahaja yg berkaitan dgn undang2 tp xpractice menjadi lawyer...kekeliruan aku bertambah bila teringatkan perbualan dgn tok(nenek) aku yg memiliki daya firasat yg tinggi...
tok: nanti dikyah jadi loya la no?
aku:ya jd loya..(gelak)..jd loya kaya tok...
tok:berapa gaji dia?
aku:boleh sampai RM5000 tok.(memandai je ni)
tok:uih banyak sungguh no..(walaupun tok sebenarnya xmenguasai kemahiran 3M iaitu membaca,menulis,MENGIRA..tapi tok aku pandai baca jawi,masak sedap,rajin ngaji..banyak lg la kebaikan tok aku ni)
aku:tapi tok,jd loya sibuk...
tok:yaka?dah tu,jd loya ni sibuk.satgi kita dok sibuk,org kat rumah nu kesian..lagipun pempuan ni dok bercakap-cakap sgt xelok..
aku:abes,tok nak dikyah jadi apa?
tok:jadi pesyarah la elok.
aku:mana tok tau jadi pensyarah elok,tok?
tok:xtaula..org kata elok,tok pun katala elok..
aku:hehehe..
terjemah:loya=lawyer ikut loghat kedah org2 tua.
org kat rumah nu=suami
aku walaupun belum cukup umur nak kawen sudah mula memikirkan secara serius pesanan tok..lihatlah betapa besar impak seorang tok pada cucunya ini...
jd setelah berfikir separuh masak,aku telah berjumpa dgn kesimpulannya iaitu:
walau apa pun yg aku jadi,pekerjaan itu mestilah ada sumbangan kepada Islam dan umat Islam(org ramai)..
bak kata Mr Yusri Mohamad,pensyarah consti aku merangkap mantan Presiden ABIM:(lebih kurang begini bunyinya)
"kita ni nak harapkan msuk syurga dgn amal ibadah kita susahlah...tahajud nak bangun pun susah..jd kalau boleh ,kita jadikan kerja kita sebagai ibadah.."
kalau aku jd lawyer aku nak jadi macam:
-hanipa maidin:peguam yg komited dan konsisten dgn perjuangan menegakkan Islam.pernah menang kes saman daily mirror yg menfitnah Dato' Seri Hj Abdul Hadi Awang di UK.
-ahmad Michdan: ketua TIM peguam Muslim Indonesia yg sangup mengenepikan keuntungan dan kemewahan demi membela pejuang2 islam indonesia yg teraniaya. glamour di peringkat international,tapi hidup sempoi...
-banyak lg...lawyer yg komited membela golongan yg tertindas bg mendaptkan hak yg sama di sisi undang2..siapa pun mereka,mereka tetap saudara kita..membela atas dasar keadilan tanpa mengira tebal atau nipisnya poket mereka...
:"berlaku adil lah.Itu lebih hampir kepada taqwa"-
kalau jadi lecturer aku nak jadi mcm:
kombinasi semua lecturers aku yg hebat2 di uia..campur2 maka jd lah aku...pensyarah yg mengajar ilmu+mendidik mahasiswanya bahawa hidup bukan sekadar mahu graduate,seterusnya cari kerja,seterusnya kawen dan ada anak2..itu sahaja,abes,selesai!....tapi hidup kita perlu ada misi dan visi yg jelas untuk menyumbang kpd tertegaknya agama ALLAH di muka bumi ini...(kalau aku jd pensyarah aku akan benarkan students aku bawa nasi lemak atau roti canai ke kelas supaya students aku tidak kelaparan sewaktu menuntut ilmu..aku akan bg extra mark pd sesiapa yg boleh menjamu aku capati di hujung minggu)
kalau aku jadi legal adviser HPA industries~kopi radix.(owner company ni kwn ayah aku.jd aku dah terpikir nak buat Hj Ismail ni serba salah disebabkan persahabatannya dgn ayah aku, iaitu dgn cara memaksanya menerima aku bekerja dgn nya...dan memegang posisi dlm syarikatnya yg aku pilih sendiri...aku dah berkira-kira untuk mengungkit jasa ayah aku kalau Hj Ismail ni bertindak berani mereject permohonanku... )
aku akan bekerja dgn gigih bg membantu pak long e'(Hj Ismail) mendapat untung yg lebih dan halal di sisi syariat.fuh!
maka selesailah cita2ku....tiba2 baru kusedari bahawa aku baru 3rd year 1st sem..dan masih lg di awal sem plak tu..makanya lambat lg nak grade...lalu aku pun rasa lebih baik aku study dari dok merepek kat laman blog ni..