Wednesday, April 27, 2011

CUTI...ce citer.ce citer sket buat apa.

assalamualaikum.

"2 nikmat yang selalu dilupakan oleh kebanyakan manusia: nikmat sihat dan nikmat masa lapang"-adaptasi hadith.

hari ni masuk hari ke-3 saya bersenang lenang di rumah.walaupun cuti rasanya dah hampir dua minggu start,tapi memandangkan ada program penting yang perlu dihadiri,terpaksalah saya delay cuti saya lebih kurang seminggu.mak ayah nampaknya memberi restu.hehehe.

ada beberapa amalan terpuji yang telah saya lakukan sepanjang 3 hari ni(terpujikah?haha).
1)minta kerja jadi cikgu.entah dapat entah tidak.
2)masak gulai ikan,bubur kacang dan cucur ikan bilis.hari ni nak try masak lomak cili padi tapi ada rampasan kuasa oleh tukang masak lain,terpaksa saya berundur.adeh.


3)habiskan 3novel dalam masa 2hari: Ma Yan(kisah tentang susah payah rakyat miskin China mendapatkan hak pendidikan), Contengan Jalanan(kisah tentang remaja 'fanatik muzik' mencari jalan pulang kpd Tuhan), dan baju melayu hijau serindit(kisah tentang lelaki dan perempuan menyamar jadi bf-gf).
saya bagi 5bintang utk Ma Yan, 3 1/2 bintang utk contengan jalanan dan 0 bintang utk baju melayu hijau serindit. alasannya,sy xsuka novel cinta picisan.yang x mengembangkan minda, x memberi sesuatu yg baru dan lebih malang hanya membawa kita ke alam fantasi buta realiti-dlm erti kata yg lain sia2.opsss..jangan marah peminat2 novel tu-this is my personal view.

sy baca juga love story,tapi sy hanya akan interested kalau cerita itu tidak sterotaip.x copy paste or ulang tayang semula cerita2 cinta novel/drama melayu yg terdahulu.sekian.

hanya Ma Yan yg sy beli guna duit sendiri.harganya cuma RM13.60 after discount.lain2 my sister punya..menumpang baca sekejap.huhuhu.

by the way,sy rasa kita patut baca kisah Ma Yan ni.ni kisah benar,bukan rekaan atau cobaannn.sy insaf mengenangkan masih ada manusia di dunia ini yang terperangkap dlm penjara kemiskinan dan terpaksa berjuang bermati-matian hanya untuk mendapatkan hak2 asas seorang manusia seperti makanan dan pendidikan.watak utama dlm novel ni lahir pd tahun 1988,maknanya dia sebaya sy.owh tidak!sy tertanya2 bagaimanakah nasib rakyat termiskin di pedalaman China itu sekarang memandangkan endingnya tergantung.cuma dapat sy simpulkan bahawa ada sinar baru dlm kehidupan Ma Yan dan rakan2 seangkatannya.









ok,apa lagi yang akan dibuat pada hari2 seterusnya?ada lagi berbaki 4bulan lebih.sama2lah kita lihat dan nantikan.hu3.sy berdoa dan berdoa moga2 ALLAH izinkan cuti ini dimanfaatkan sebaiknya.moga2 dapat buat sesuatu yg bermanfaat untuk ummah.moga2.AMIN.[anda yg membaca,tolongla aminkan skali,xkan baca je?hehehe].

p/s: petang ni nak buat bubur cacar pulak.

Followers

About Me

My photo
penuntut institut pemikiran politik Ibnu Hussian.