Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh~
Alhamdulillah, akhirnya dapat juga menulis kembali.dah lama xdapat nak conteng2 blog ni sebab masalah teknikal.sebab musabab sebenarnya x pula sy ketahui.maklumlah sy memang teramatlah 'celik IT'. :-)
cuti 5 bulan. bermula april.tamat september. sekarang sudah bulan 6. hmm cuti berbaki lagi 2bulan lebih.(menurut kiraan org 'pandai math' seperti sy). merenungi,menginsafi,memikirkan,menimbangkan-manfaat apakah yg telah sy perolehi sepanjang cuti yg sy lalui setakat ini=nikmat lapang yg ALLAH anugerahkan.
sy bahagikan kepada beberapa bahagian. kalau ada bahagian yg mcm overlap sesame sendiri tu,abaikan je lah ye.
1) Tukang masak.
sebagai tukang masak semestinya sy sudah berjaya membiasakan diri dgn tugas asasi seorang wanita.dah x kesah kena masak untuk makan tengah hari dan malam.kalau dulu MALAS kot.selalu jadi pejuang hak2 asasi wanita bila time kena masak (atau tugas2 yg seangkatan dengannya). "eh,apsal plak pempuan yg kena masak???owh bestnye jadi laki,relaxxxxx je tunggu makanan siap.bla bla bla"..dan semestinya luahan xpuas hati itu hanya bergema di hati..berani nak cakap direct depan big boss in the house???hmmmm.....jawapannya tiada berani.sekian.
sy juga dah tahu (nak kata pandai tu xtergamak la plak nak puji diri sendiri) masak beberapa jenis resipi.kira kalau nak suruh kawen esok bolehla..opssssssssssssssss....terlepas cakap plak..xde2,tarik balik ye..[siaran tergendala sementara.tetttttt].
2) down to earth.
turun ke bumi. dlm bahasa swedish dipanggil jordnära. sy bersyukur sbb ALLAH izinkan sy terlibat dgn aktiviti2 kemasyarakatan sebegini walaupun sy kira agak terlambat kalau nak dibandingkan dengan org lain. bukan sebarang down to earth.tapi turun atas kapasiti dakwah. kerja2 yg bertujuan menyumbang kpd penyebaran & penegakan Islam.
susah nak mendidik anak2 remaja yg sudah belasan tahun namun XTAHU APA2 tentang solat. sedih nak mengenalkan solat pada anak2 remaja yg 70% dari mereka dibesarkan oleh ibu ayah yg XSOLAT. lidah mereka keras,liat dgn sebutan arab walaupun yg simple2. mereka terlibat dgn kegiatan2 yg berbahaya & xbermoral. tp saat melihat air mata mereka tumpah-bila 'dikenalkan' dgn ALLAH Yg Menciptakan mereka, air mata sy juga tumpah..makna di sebalik air mata ini hanya DIA Yg Maha Tahu.
ada kisah di sebalik penglibatan sy dgn xtvt2 ini..hmmm..sy teringin bercerita tentang kemanisannya, juga tentang manusia2 yg berjasa membimbing sy....malangnya sy xpandai menyampaikan cerita...xtahu mana nak mula..mana nak sambung..mana nak stop.
hm...apapun sy nak ucapkan terima kasih xterhingga buat mereka yg xjemu2 mendekati sy-pesan demi pesan supaya xdipersiakan usia muda dgn sia2..duduk saja xbuat apa2. yg kalau ditakdirkan ALLAH mati pada saat ini, tiada apa yg dapat dibanggakan untuk disebut di hadapan Tuhan saat diperiksa amalan.hmmm......
pada mulanya sy angkuh,sombong..tebal betul tembok yg membaluti hati. ajakan 'dia' disambut seribu alasan.. kalau dikenang2 semula alasan tu-sy tersenyum sendiri. xlogik. sekadar escapism. namun 'dia' sabar...dia layan keras hatiku. dia layan alasan bodohku. dia layan sikap acuh x acuhku. lebih menyeksakan bila dikenang, dia empati & simpati tentang masalahku..di luar sedarku,masalah dia jauh lebih berat. jauh lebih layak untuk disimpati. namun dia xpernah bercerita tentang masalahnya yg berat itu.sebab sy juga xpernah peduli untuk ambil tahu.
lambat sy tersedar tentang kewujudan 'dia'. lambat sy sedar tentang ikhlasnya kasih sayang dia. lambat......setelah 'dia' perlu pergi jauh, baru sy TERSEDAR DARI LENA YG PANJANG.
nasihat2 dia yg sy campak ke belakang sebelum ini, sy 'kutip' semula. kenangan2 indah yg sy pandang sebelah mata sebelum ini, sy renung semula.
HASILNYA CUMA PENYESALAN DAN AIR MATA. .betullah kata madah pujangga "manusia hanya tahu menghargai sesuatu setelah kehilangannya". dan salah seorang mangsa kebenaran madah pujangga ini adalah sy. hmmm,adakah sy keterlaluan???
rasanya tidak.hanya yg merasa tahu seksanya.
ampunkan aku Ya ALLAH.maafkan aku...terima kasih Tuhan kerana menghadiahkan aku murabbi dan daie sebaik dia. walau aku terlambat menghargainya, aku percaya KAU Maha Melihat kebaikan dia.cukuplah KAU yg mengganjarinya.
sekarang sy sedang berusaha mengikuti nasihat dia. berusaha juga menjadi seprti dia. ya, sukar.bagai kereta sorong mahu menjadi ferrari. tp biarlah. tugas sy cuma berusaha. ALLAH tidak melihat pada hasilnya, namun usaha dan amalan kita.
sy merasa KEMANISAN yg sukar digambarkan. dengan pertambahan sahabat2 yg mempunyai matlamat hidup yg sama, yg sentiasa berusaha menjaga ukhwah yg dibina,yg mempamerkan kasih sayang xkira masa(hahaha), yg baik tingkah lakunya, yg gila2 dan mereng juga seketika(baca: setiap ketika)..sy rasa sudah menemui hampir separuh dari apa yg sy mahukan dlm hidup.insya ALLAH.
*terima kasih untuk dia yg merintis jalan. anda akan kukenang sbg pendidik no.1 di dunia(kata2 hiperbola ini dipinjam dr penulis andrea hirata.hu3.menunjukkan betapa hebatnya seseorang di mata kita.)
dan 'dia' adalah....cukuplah ALLAH Yg Maha Tahu siapa dia. :-)
3)sy belum dapat kerja lagi. maksud sy kerja tetap.yg kena pegi kerja pagi2,balik petang.belum dapat lagi.
jadi sy kerja2 sambilan sahaja.gaji sy sangatlah sikit.tapi bolehlah setakat nak menampung sy ber'cuti2' malaysia.huhuhu.seronok jugak.wiwiwiwiwi~
ok, setakat ni je lah kot luahan perasaan pada malam ini.kalau berkesempatan, tahun 2020 sy update lagi blog ni ye.jaga diri baik2. kirim salam kat mak ayah masing2.
wassalam.
"sampaikanlah dariku walau sekadar sepotong ayat"- adaptasi hadis Rasulullah s.a.w.
Assalamualaikum adik,
ReplyDeleteDulu saya pelajar uia. Saya banyak sia-siakan masa. Masa cuti semester saya habiskan dengan hidup tanpa arah tujuan. Tak ada satu persatuan pun yang saya masuk, dengan alasan, saya tak suka komitmen. Tetapi, tamat belajar, kemudian bekerja. Hati jadi tandus. Bila mahu kembali ke jalanNya, kebenaran di cari melalui Al-Quran dan Tafsir, melalui ceramah-ceramah online, melalui buku-buku. Ada juga cuba berjemaah di masjid, dalam hati mengharapkan ada kuliah maghrib, tetapi setiap kali saya singgah di masjid itu, tiada pula kuliahnya. Saya tercari-cari makanan jiwa. Saya berdoa setiap hari supaya Allah jumpakan saya si alim dan si abid. Dan masih berdoa hingga ke hari ini. Hargailah insan itu yang menjadi murabbi dan daie kepada adik, dan harhailah 5 sebelum 5, anda memiliki ke5-5 nikmat itu....
waalaikumussalam.
ReplyDeletepertama sekali,sy mohon maaf banyak2 sbb lambat baca komen ni.[lama sangat xbuka blog].maaf sangat2. syukur ALLAH bagi hidayah pd saudara utk kembali mencari agama.ALLAH sayangkan saudara.tersentuh hati sy membaca kesungguhan saudara mencari ilmu agama(sy patut contohi ni).apapun,jgn sesekali putus asa dgn rahmat ALLAH. boleh hubungi org2 yg komited dgn dakwah utk minta bimbingan.plg penting doa pd ALLAH,DIA pasti xkan hampakan saudara.sy doakan saudara jumpa cahaya yg saudara impikan.amin.