kerana aku tidak hanya mencinta krn sempurna,
aku akan cuba menerima seadanya,
cuba sesungguh-sungguh mencuba,
cuba memberi cinta yg x sesempurna mana..
cuba renung org sekeliling kita,ada x yg 100% memuaskan hati kita?hanya org dilamun cinta akan memberi jawapan 'ya'..itupun aku yakin jawapan tu akan bertukar setelah makin lama bercinta..org2 lain pada frasa pemikiran normal akan memberi jawapan 'tidak'...tanpa lapik2 lg..tanpa pikir2 lg..sebab manusia itu memang tiada yg sempurna..
sebagai manusia (yg juga x sempurna) kita cenderung menghukum bila melihat kelemahan org lain..terasa hati,kecil hati,pedas sampai ulu hati,apa lg lah kalimah yg menggambarkan hati kite terguris..(cewah)..kalau diikutkan hati tanpa kawalan akal,mungkin kita dah lama simbah air sirap tanpa gula pada setiap org yg berani mencabar kesabaran kita..
ade org yg berjaya kawal diri,namun xkurang yg terlajak mulut,kaki tangan dan sebagainya..maka silaturrahim terputus,ukhwah sekian lama dipertahan terlerai,mulut yg selama ini tersenyum bila berjumpa-menjadi muncung sedepa...
bak kata HAMKA,"perkara yg buat kita marah sebenarnya berlaku setiap hari, jd kalau diikutkan hati,berapa kali sehari kita harus marah2?"-sungguh kata berhikmah yg menyedarkan jiwa.
maka aku ingin menasihati diri sendiri(dan org lain kalau ada-mcm izinkan je org len baca), supaya sentiasa cool dan berlapang dada..xde papelah kelemahan org tu..kita sendiri memiliki 1001 kelemahan...kalau kita nak berkira sgt dgn org,cuba bayangkan kalau ALLAH berkira dgn kita..tarik nikmat bila kita buat salah..ha,camne? kalau kita nak kenang2 sgt kelemahan org,cuba bayangkan kalau ALLAH 'kenang' jugak+ xnak padamkan dosa2 kisah silam kita-ha,sape nak jawab?memilih untuk xmemaafkan kesalahan org tu gambaran hati yg ego..kata seorang ulama,buang sikap marah dan kedekut tu antara cara membersihkan roh..memaafkan lebih susah dr meminta maaf..so pd yg mampu memaafkan seikhlas hati,anda memang memiliki hati semulia para solihin..
teringat kisah sendiri,ade org penah pinjam notes aku..bila dah dekat nak exam,aku tunggu dan tunggu die pulangkan, xjugak dipulangkan..so,aku minta secara baik..malangnya die sudah menghilangkan notes aku tu..sedangkan esok ke lusa dah nak final exam subjek tu..memang aku ada notes spare,tp notes tu tetap penting untuk direfer..hmm..kalau aku marah2 pun notes tu tetap dah hilang..agaknya kalau aku ngamuk confirm aku ngan sahabat aku tu dah x bertegur sapa skang nih..tapi Alhamdulillah,ALLAH beri aku kesabaran dan kekuatan untuk memaafkannya..hasilnya,result untuk subjek tu,Alhamdulillah bolehlah..dan relationship aku ngan dia pun mcm biasa je,xde gaduh2..len kali aku yg mesti ber-hati2..
~pengajaran betapa pentingnya kawal perasaan di saat situasi berlaku sungguh menguji kesabaran..
org sekeliling kita memang xsempurna,keluarga,kawan2,peniaga2,jiran tetangga-tapi tu bukan alasan untuk kita memusuhi semuanya atas alasan 'tidak sempurna'..
bila kita semaikan dlm hati kita perasaan sayang dan cinta pada mereka di sekeliling kita,pada saat itu juga kita akan merasakan bahagia..sayang dan cinta krn ALLAH...(susah sebenarnya,tp aku akan cuba sedaya-upaya)
~kerana aku tidak hanya mencinta kerana sempurna.......
Sunday, January 24, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment