Wednesday, February 10, 2010

Travelog Dakwah: Meniti Hari Esok...

Bismillah.Dengan nama ALLAH Yg Maha Pemurah lg Maha Mengasihani.

Aku baru je abes baca buku tulisan Prof. Kamil Ibrahim. tajuk die Travelog Dakwah Meniti Hari Esok..apa yg syahdunya ialah buku ni aku baca setelah aku beli menggunakan duit sendiri. harga dia Rm17.(ikut harga semenanjung malaysia)
selalunya aku akan memenuhi hasrat membaca aku menggunakan cara2 yg agak kurang sopan: seperti membaca di kedai buku sehingga habis(dah taubat insya ALLAH), meminjam dr org-renew pinjaman tu sehingga habis baca,mohon belas kasih org belanja-dgn ada sedikit unsur2 ugutan..begitulah cara kotor yg berlaku selama ini.Namun insya ALLAH cara yg aku gunakan tu masih lg halal di sisi syarak.

Berbalik pd buku Travelog dakwah ni, aku 'terserempak' dgn buku ni waktu pc fair kat CAC. selalunya aku belek2 je,bila menyedari kedaan kewangan yg gawat,aku akan pendamkan je hasrat tu(apsal ayat ni sedih..) tapi yg mengagumkan buku ni,bila aku tengok sinopsis die,baca satu dua muka surat,terus aku tertarik. dengan yakinnya aku keluarkan duit aku RM17 untuk bayar dan sgt excited nak baca kat bilik.

Dan sesungguhnya aku memang xmenyesal beli buku ni..ALLAH telah mendorong hati aku untuk membeli buku yg bagus..kalau aku mampu(sedih lg), aku nak beli buku ni dalam beberapa kontena-maksudnya banyakla-dan aku nak hadiahkan pd semua org yg hampir dgn aku..supaya semua org boleh share kisah seorang hamba yg mencari jalan pulang menuju Tuhannya.

Basically buku ni berkisar tentang kisah benar penulisnya...apa yg buat aku tertarik ialah,penulis ni dulu adalah seorang yg sgt jauh dr ALLAH..Dia seorang yg berjaya:best student time diploma,dapat PhD dan jd Profesor dlm usia yg muda..tapi satu kekurangan-yg semestinya kekurangan yg sgt besar aku kira-ialah hati dan cara hidupnya sgt jauh dr Pemberi nikmat itu,ALLAH..Dlm usianya linkungan 40 tahun,dia masih xtau baca al-Quran!Dasyat!

Tapi hidayah ALLAH itu diberi pd sesiapa sj yg Dia kehendaki..dipendekkan cerita,penulis ni diberi hidayah oleh ALLAH sewaktu mengerjakan haji di Mekah..Yg mengagumkan aku ialah kesungguhan dia untuk berubah..dan juga tranformasi yg begitu hebat berlaku pd diri dia..antaranya selepas dia berubah,demi menebus balik kelalaian dia pd ALLAH:
1)belajar membaca al-Quran,dan berjaya menguasainya dlm masa 6bulan
2)solat berjemaah di masjid setiap kali waktu solat fardhu..
3)puasa setiap isnin dan khamis.
4)Qimullail di masjid setiap hari.
5)mengajak staff bawahannya untuk mengikuti jejak langkah dia.

aku terpikir juga mungkin perubahan ini hanya di awal2 saja..tapi Alhamdulillah aku percaya setakat ini dia masih istiqomah dgn taubatnya..dan aku xrasa dia tulis buku ni utk menunjuk-nunuk/riak..tp aku percaya dia adalah seseorang sgt bersyukur,terharu dgn pemberian hidayah dr ALLAH setelah dia lemas,sesat dlm kehidupan nafsu-nafsinya...so dia nak share semua tu dgn seramai mungkin hamba ALLAH yg teringin nak mengecap manisnya hidayah milik DIA.

aku tersentuh membaca buku ni sebab ada sedikit persamaan dgn perjalanan hidup aku..cuma perjalanan itu mungkin tidaklah terlalu berliku seperti Prof. Kamil ni.at least aku tau la baca Quran.apabila anda rasa teringin nak dekat dgn Tuhan,anda teringin nak hidup mengikut cara yg Tuhan gariskan,anda teringin nak rasa manisnya iman-tp malangnya anda belum berjumpa platform untu memulakan perubahan itu..persekitaran anda,cara hidup anda,ilmu anda dan sebagainya bukan medium yg menggalakkan atau membantu anda untuk capai tujuan anda itu.

tapi tiba2,di saat anda rasa hidup anda dah kosong,ALLAH menghulurkan rahmatNYA-seolah-olah anda disuluh cahaya di terowong yg gelap pekat..maka anda ikuti cahaya itu untuk tiba ke destinasi:iaitu cara hidup sebagai seorang mukmin sejati. saat yg paling indah dlm hidup ini adalah sewaktu anda mula mengenal Pencipta diri sendiri,yg mencipta denyut nadi dan nafas yg tidak terhenti. yg mengabulkan permohonan saat kita meminta,yg sudi mendengar saat kita mengadu.....yg sudi melayan esak tangis dan air mata..yg memujuk saat kita kecewa...ada ke yg lebih baik dr DIA?????????

aku rasa memang buku ni sgt sesuai untuk org yg teringin nak berubah-tp xde keyakinan diri bahawa dosanya akan diampunkan ALLAH,xyakin yg dia masih ada masa untuk ubah jalan hidup dia...bacalah buku ni:walaupun anda jahat giler,xtau baca quran,maksiat berbakul-bakul-tiada siapa dapat nafikan bahawa ALLAH sayangkan hambaNYA.
actually penulis buku penah buat 1 lg buku:Travelog Hji mengubah sempadan Iman-dan buku ni tercatat sebagai The National Bestseller.

Aku juga ada dapat hadiah buku dr my senior kat skolah asrama dulu:buku motivasi Merancang Kejayaan oleh Dr.Fadzilah Kamsah..siap pos laju..huhu..hmm..insya ALLAH akan cuba dibaca dgn sabar..[kan best kalau dpt buku sejarah dunia ke,politik ke,agama ke..hehehe..xbaiknye..apapun aku tetap menghargainya]

~aku harap dapat melelapkan mata lebih awal..giler semalam tidor 2 jam je(4am-6am).pasai siapkan keja untuk presentation medic,before that exam company,pas abes exam meeting..seharian ni plak ada program,time program curi-curi masa edit and print, then jumpa madam pasai PbL..Gila ah..mata aku dah mcm hantu yg bermata lebam..xsangka badan manusia boleh bertahan dgn kuantiti tidor sesikit itu..

berdasarkan kelemahan aku untuk bertahan ini,aku xrasa aku layak mohon jd pak guard di kedai emas[ish merepek plak!] wassalam.

No comments:

Post a Comment

Followers

About Me

My photo
penuntut institut pemikiran politik Ibnu Hussian.