Thursday, February 11, 2010

sepotong pizza dan secawan kopi...

Bismillah..
hari jumaat datang dgn menyaksikan seorang aku yg bangun selepas pukul sembilan..
bangun,terkebil-kebil mata menatap siling:masih menimbang-nimbang adakah bangun tidor itu pilihan yg terbaik...akhirnya tanpa perlu memberi jawapan yg konkrit,aku bangun jugak dr tidor..

sambil melihat seantero dunia hanya melalui skrin laptop(rase mcm modern sgt plak),aku tercari-cari atas meja study aku ni bahan2 yg boleh disumbat ke mulut utk dibuat breakfeast..
tiba2 aku teringat semalam para roomate berpakat membuat delivery pizza..&bahagian aku masih lg tersisa sedikit..
aku amek pizza yg tersimpan di tempat yg kukuh dan selamat dr sebarang anasir jahat[aku simpan dlm locker pakaian..],sumbat sekeping..dah telan terlekat la plak..tetibe nampak air kopi atas meja-dengan senyuman kerana merasakan rezeki aku dimudahkan,aku telan je la..sakit perut ke ape pasni pikir kemudian ok..ahak3

ada apa dgn sepotong pizza dan secawan air kopi???
mari kita timbang-timbangkan menggunakan pemikiran yg jauh,waras dan manusiawi..
pada pagi ini,aku mempunyai sesuatu untuk aku sumbat ke mulut tanpa perlu bersusah payah bekerja untuk cari duit terlebih dahulu-dan duit tu kemudiannya akan digunakan untuk beli makanan..tidak:aku xmengalami situasi itu..
berapa ramai rakyat malaysia(atau seluruh dunia) pada pg ini yg makan sampai xmuat dah kapasiti perut nak tampung kuantiti makanan yg disumbat???
mesti ramai..adakah kita terpikir bahawa di saat kita menyuap makanan tu,ada segolongan manusia yg menahan kelaparan,terliur melihat org lain menyantap hidangan serba lazat...

aku teringat suasana masyarakat indonesia sewaktu menjejakkan kaki ke sana beberapa kali..aku suka pegi tempat2 yg suasana dia boleh mencetuskan idea untuk berfikir dan memuhasabah diri..aku suka merenung dan melihat suasana masyarakat yg boleh jadi perbandingan untuk menilai keadaan umat..
kat sana,org yg kaya tersangatlah kaya..tetapi org yg susah,memang seperti fakir miskin/pengemis..mungkin aku keterlaluan dlm membuat penilaian..ramai budak2 dlm linkungan sekolah rendah dah terpaksa bersusah payah mencari duit untuk sesuap rezeki..aku memang kesian,simpati bila anak2 ni akan menghampiri meja makan,menyanyikan lagu..menunggu sehingga kita berikan sekeping dua duit kertas seribu rupiah..
kerja ni bukan dilakukan oleh kanak2 shj,tapi jugak org dewasa..

aku melihat suasana ini sebagai sesuatu yg malang untuk kemajuan sesuatu masyarakat..masyarakat yg susah tidak sepatutnya dibiarkan selama-lamanya dlm lingkaran kemiskinan tu..pemimpin seharusnya memberi mereka alternatif untuk mengubah kefakiran yg diwarisi turun-temurun..cara yg terbaik adalah memberi mereka peluang pendidikan..dgn ilmu sekurang-kurangnya mereka ada bekal nak menempuh dunia..
memang xdapat dinafikan,kemiskinan rakyat indonesia ada kaitan dgn corruption pemimpin mereka..sama saja di mana2 tempat pun di dunia,pemimpin akan membutakan mata mereka pada rakyat yg papa kedana-pengecualian waktu menjelang pilihan raya shj.

ini sebenarnya adalah nasib yg meimpa kebanyakan negara2 Islam khususnya di Asia..aku xbrapa pasti keadaan di wilayah2 dunia yg lain..
cuba bayangkan kalau negara2 islam arab yg kaya dgn minyak tu,membantu memantapkan ekonomi umat2 islam rantau asia tenggara dan negara2 islam lain di seluruh dunia..[bukan sedekah se-mata2,buat perdagangan la:bg peluang kerja]...ditambah pemimpin2 negara tu sendiri bersih dr suapan duit2 haram...aku rasa israel hanya mampu jd pengemis di bumi palestin..US hanya layak melutut di kaki OIC..tp malangnya:semua ni hanya jd mimpi yg xtau bila mampu jd realiti..

di malaysia pun,hakikatnya peratus kemiskinan masih di paras tinggi..
aku tahu bukan sekadar sebab aku baca paper or magazines,tp sebab aku tengok dgn mata kepala aku sendiri..aku bersyukur penah hidup dlm kelompok masyarakat kampung yg majoritinya adalah petani(tanam padi)..hidup dorg susah..sebab aku bersyukur adalah,pergaulan dgn masyarakat dr latar belakang sebegini membuka mata aku sampai sekarang -bahawa di puncak mana pun aku,tolonglah ingat dan sudi untuk menoleh ke bawah..membantu org2 susah..mak ayah aku bukan petani,ayah aku kerja sendiri dan mak aku pegawai kerajaan:status keluarga kami sudah dipandang cukup tinggi dan berada nak dibandingkan dgn org lain..sedangkan aku rasa keluarga aku biasa2 saja,sederhana,ditambah bilangan adik beradik aku yg ramai..tapi itulah pandangan masyarakat kampung yg hanya mampu menunggu hasil padi 2 tahun sekali..

aku masih ingat dlm kelas aku(skolah rendah)-konon kelas paling pandai la dlm hiraki-hanya 3 orang saja pelajar yg ayah dia bekas graduan IPT...jd memang mereka semua adalah harapan untuk ubah nasib keluarga..Alhamdulillah,mengikuti perkembangan mereka semua kawan2 aku waktu skolah kat kampung dulu,ramai yg dah masuk IPT,jd tentera laut,masuk maktab..bg aku oklah pencapaian kawan2 aku ni..sejujurnya aku bangga dgn mereka dan percaya bahawa setiap org mesti diberi hak untuk mendapatkan pendidikan..
kalau boleh biasiswa di IPT memberikan keutamaan yg lebih kepada golongan susah..ni aku tengok ada sesetengah students terpaksa guna duit PTPTN untuk bantu mak ayah dan adik2 di kampung..kesian..[yg berjoli guna duit PTPTN tu,lantaklah..malas nak komen]

meletakkan diri kita dlm kelompok mereka yg susah ni boleh mematikan hati yg ujub dan meninggi diri..dan berkawan dgn org2 sebegini kadang2 lebih mudah menemui keikhlasan,sebab mereka xberkawan atas dasar duit,tapi pengorbanan..

merenung balik pizza di atas meja dan kopi yg masih berbaki,aku mengharapkan ada sinar baru terhadap nasib golongan miskin di seluruh dunia...ALLAH mentakdirkan ada golongan susah dan senang,supaya yg senang membantu yg susah..bukan membiarkan mereka meratap,merempat tanpa perasaan kemanusiaan..ALLAH akan menyoal kita tentang nasib mereka yg xdipedulikan,sedang kita berkemampuan...

sepotong pizza dan secawan kopi boleh memberi nyawa kalau dikongsi bersama..

No comments:

Post a Comment

Followers

About Me

My photo
penuntut institut pemikiran politik Ibnu Hussian.