Friday, February 19, 2010

Adakah best kena tegur?

Bismillah..
Dengan nama ALLAH tempat aku bersandar..
jari jemari ini bergerak dengan izinNYA,
ilham itu anugerah DIA..
moga aku hanya menulis sesuatu yg diredhaiNYA,
tidak selain itu..amin..

Kadang2 kita memerlukan teguran untuk berubah..tanpa teguran kita hanya kekal berada di takuk lama,tanpa sebarang transformasi..

teguran boleh datang dalam pelbagai bentuk,secara terus dari org sekeliling atau melalui keadaan yg kita lalui sehari-hari..keadaan=melalui suratan takdir yg kita 'terpaksa' tempuhi..(aku katakan 'terpaksa' kerana kita tiada kuasa untuk mengatur takdir..)..kadang2 takdir menegur kekhilafan yg kita lakukan supaya kita mengakui kesalahan kita,insaf dan berubah.

contohnya:
1)kita xtahu menghargai kewujudan seseorang yg ALLAH kurniakan dlm hidup kita..(menda ni aku selalu ulang..aku xkan ulang sesaje tanpa sebab)..hmmm, mungkin kita sayang,tapi kita x tunjukkan sayang tu..ego,malu,malas,takut nampak poyo,dendam-macam2 lah alasan untuk menghalalkan tindakan kita..
Islam mengajar kita supaya menyayangi dan menunjukkan sayang tu pada org sekeliling,haiwan2,tumbuh-tumbuhan..semuanya...manusia yg paling aula untuk disayangi dan ditunjukkan kasih sayang tu adalah keluarga[setelah manusia agung iaitu Rasulullah s.a.w]...seterusnya org lain lah..kita tangguh-tangguhkan permintaan yg mereka minta(directly or indirectly),yg xsebesar mana,sebab rasa xpenting,atau "nanti-nantilah".."ade masa lagi"..
-kemudian kita ditegur oleh takdir dengan kehilangan salah seorang anggota keluarga(or sesiapa shj)..masa tu barulah terduduk,terjelepuk...hilanglah segala mcm harapan dan janji2 manis yg kita rancang untuk tunaikan,tapi kita tangguhkan dgn kalimah "nanti-nantilah"..
memang kita sedih,kita rasa berat nak tanggung.
tapi bila kita renungkan kesan takdir tu pada kita,kita akan nampak hikmahnya..kita insaf dan lebih menghargai semua insan yg berhak untuk disayangi.kita kehilangan seorang,hasilnya memberikan kebaikan untuk seribu org..itulah hikmahnya..kadang2 ALLAH menegur kita dengan musibah..
aku sendiri pernah melalui situasi ni..perlu ditegur dengan kehilangan insan yg disayangi,barulah tahu untuk membuktikan sayang pada org sekeliling sebelum mereka atau aku sendiri pergi mengadap Ilahi.
tapi sejujurnya,sanggup ke kita menempuh teguran itu?sanggup kita menghadapi beratnya menanggung sesal sepanjang hidup kerana mensia-siakan seorang manusia sewaktu dia masih bernyawa??kalau xsanggup,berubahlah sebelum ditegur oleh takdir.

2)kita x ambil berat tentang kesihatan..xjaga makan,minum..dan sebarang bentuk pengabaian terhadap tuntutan untuk menjaga fizikal dan dalaman yg sihat.
tiba2 kena attack dengan masalah kesihatan yg xdijangka(atau memang dah dapat agak)
barulah menyesal xsudah..xboleh makan sedap2 dah sebab xlalu,xboleh main dan bersuka ria,xboleh bersiar-siar..paling teruk terlantar je kat katil..waaaa(nangislah puas2..tangisan xboleh menghilangkan ujian pun).
memang sakit tu ujian ALLAH..tapi semua perkara ada sebab musabab..kita berusahalah jaga kesihatan semampu mungkin(susahnya org muda nak berwaspada...leceh sebenarnya)

application principle di atas terhadap present case iaitu diri aku: aku malas minum air kosong..ayah aku org yg paling suka marah sebab aku malas minum air..sekali terlantar dekat katil klinik (matrik UIA) sebab suhu tinggi=panasssss...Doktor kata sikit je lagi suhu tu nak capai tahap denggi...nangislah sampai doktor cuak,xbleh nak buat pape dah..nak bercakap pun susah,sakit tekak..makan xlalu,silakan hidang chicken chop terbaik skali pun,bubur pulut hitam ke,aku cuma mampu telan air liur je..padan muka la masa tu...siap tangan kena suntik untuk masukkan air!sekali lg ditegaskan padan muka..padahal bukan xpenah kena kejadian yg sama sebelum tu..tapi xamek pengajaran..buat lagi..tanggunglah akibatnya buat kali kedua..Tuhan,moga tiada yg ke-3..seksa...

setiap sebulan,atau dua bulan sekali mesti kena ulser..ni pun kesan suhu panas berfaktorkan malas minum air kosong..aku rasa nak pegi mekah sekarang,berdoa di Baitullah minta selamat dr ulser sampai mati..[tuuuu dia impian]..kadang2 aku selalu pujuk diri sendiri bahawa org beriman selalu diuji..tp dlm hati sebenarnya aku sedih sebab aku sedar,aku sedang cuba menipu diri sendiri..

3) xserious belajar.
ni effect die senang je,result yg teruk...exeption untuk bebudak genius di mana semakin mereka xbelajar,semakin mereka menjadi pandai...(pelik la hipotesis ni)
himahnya:kita tersedar dr lena yg sentiasa panjang..bangun dan belajar dlm keadaan terpaksa atau rela..hasilnya:kita pun berjaya dgn cemerlang..(menda ntah!)
Alhamdulillahi a'la kulli hal..atas nikmat ilmu,atas nikmat kejayaan,atas hikmah teguran.dan atas segala nikmat xterhitung dek kiraan..

4)teguran oleh org terdekat..
ni memang xboleh nak buat ape dah..tadah telinga je lah apabila anda menerima serangan machine gun dr org2 yg menyayangi anda=membebel.
seperti teguran mak yg aku ingat sampai sekarang..pesanan sewaktu aku menjejakkan kaki ke matrik UIa yg menjadi azimat berharga sampai bila2:
mak:"dikyah dengar mak nak pesan ni"
aku :"ye mak(tadah telinga..bersedia untuk dengar kata2 syahdu perpisahan)
mak:"dikyah jangan asyik tidur ja..lepas tu jangan asyik dengar radio kuat2 selalu.."
aku:"ye mak"..(bedebuk!xsyahdu lansung..hikmat pedang samurai menikam jantung!giler pedas..waaaa)

walau apa sekalipun yg menimpa kita,mari kita cuba untuk bersabar..memohon pd ALLAH supaya kita mampu tenang dlm kesabaran.kita petik hikmah dari teguran sama ada melalui keadaan mahupun org perseorangan,dan kita bina tapak baru untuk perubahan...

"Bersabarlah (hai Muhammad) dan tiadalah kesabaranmu itu melainkan dengan pertolongan ALLAH" (Al-Nahl:127)

memetik juga kata2 Umar al-Khattab r.a: 'Dengan kesabaran, kita tahu makna kehidupan yg baik'.

susah...semua perkara ada kesusahan tersendiri termasuklah kawen(ape plak ni?)..mari kita mencuba.selamat mencuba~

No comments:

Post a Comment

Followers

About Me

My photo
penuntut institut pemikiran politik Ibnu Hussian.