Tuesday, February 23, 2010

bicara soal jodoh...

Lepas habis kelas pukul 10am(kelas equity cancel), aku pergi ke econs atas permintaan adik merangkap teman membesar aku iaitu cik..dia menyambut aku dengan paksaan membeli paper I LUV ISLAM yg dorg jual..atas dasar kasihan pada mulanya,aku beli jugak...dlm masa yg sama aku rasa xsalah menolong mereka yg terlibat dgn kerja2 pembangunan Islam..sgt digalakkan..hmmm rase bersetuju plak dgn tindakan yg aku ambil..:-)

membelek-belek paper I LUV ISLAM yg agak unik content nya ini,aku ternampak 1 ruangan bertemu jodoh..(actually banyak betul part citer bab2 kawen ni...apesal ek?) dorg hantar gambar bersama butir2 peribadi dan ciri2 pasangan yg dorg nak..hmmmm antara ciri2 yg buat aku nak tergelak ialah :mahu mencari wanita yg berdarah campuran dan kaya..hahaha..

aku terfikir,kalaulah perempuan tu lawa(mix katakan), kaya pulak,buat ape die nak dgn mamat ni.mestilah dia pun demand lelaki hensem dan kaya jugak(walaupun xsemestinya)..awal2 lg dah ade intention nak beristerikan pempuan kaya..apekah motifnya..sedangkan tanggungjawab memberi nafkah tu kan ke di pihak lelaki...hadoi,buntu aku menganalisis citer ni..nak je aku suggest kat mamat tu supaya pegi kawen misyar je lah.(aku rasa boleh kot dia jumpa dgn perempuan mix dan kaya yg sudi bersuamikan dia:tapi janda umur 76 taun..hahaha) ape ntah faedah mengkritik mamat ni..mengkritik kenyataan dia je..bukan peribadi die..

ape yg nak dihuraikan di sini ialah kriteria2 yg diletakkan oleh kebanyakan org dlm mencari pasangan hidup..standard mesti nak yg lawa,rajin,berbudi bahasa,bijak...ape lg ye..kalau perempuan,nak yg hensem,kaya,beriman..hmmm.nampak simple kemahuan tu,tapi ingat senang nak jumpa- fulfill semua requirements yg kita nak tu..kalau senang,agaknya susah nak jumpa org bujang skang ni..(termasuk kakak aku yg blom kawen2 lg..oh,tolonglah.. aku sudah teringin nak main dgn anak sedare nih)

aku pun xberani nak cakap lebih2 sebab aku sendiri pun belum melangkah ke frasa berumah tangga..tapi sedikit sebanyak melalui pembacaan,tau lah jugak ilmu2 kekeluargaan nih..
berdasarkan apa yg aku tau,antara faktor perempuan lambat kahwin ialah kerana sesetengah perempuan meletakkan syarat yg tinggi untuk dipenuhi sang lelaki..dlm kata lain meninggikan kriteria..dah datang yg soleh,tolak sebab xkaya..datang yg kaya ,tolak sebab xhensem..datang yg hensem,tolak sebab bukan org senegeri,datang yg senegeri,tolak sebab senyuman xcukup manis..(ade ke?)..begitulah lebih kurang..

kat sini aku nak letak sket komen dr beberapa kawan dan org2 terdekat dgn aku berkaitan ciri2 yg dorg nak dr bakal pasangan hidup masing2..komen yg menarik@pelik je lah..yg biasa2 tu semua org dah dapat agak..mari kita pertimbangkan sama2,logik atau x kemahuan mereka ni.
(silakan nak beristighfar ke atau ape2 respon sekali pun dgn kisah benar yg disiarkan,aku xbersalah dlm hal ini.kerana aku hanya menulis tanpa sebarang malafide.)

p/s:nama yg diletakkan bukan nama sebenar ye:

S: xnaklah lelaki berjerawat.nanti xde tempat nak cium..

M: sy suka lelaki rendah.

K: sy nak budak engineering sebab ramai pempuan nak kawen dgn doktor, sy nak lari dr kebiasaan.

A: nak kawen dgn arkitek,sebab dorg sibuk.jd xde mase nak cari perempuan lain.

R: nak kawen dgn lelaki yg Xnampak sikhah(baik,warak) sgt..nak yg macam Benz aliff dlm novel Aa+Bb(Hlovate)

N: nak kawen dgn org duduk dekat2 rumah je supaya boleh jaga mak dan ayah..bila raya, sy balik rumah mak ayah sy ,suami balik rumah mak ayah dia..

Y: nak yg hensem sebab nanti hidup xbahagia kalau tengok muka pun xlalu.

Q: nak kawen bila dah berumur 37tahun..nak kejar cita2 dulu.

tu semua komen dr perempuan..baru sikit sebenarnya..
untuk adil aku letak jugak beberapa komen dr lelaki yg aku rasa unik sket:

J : nak yg cantik dan xpakai cermin mata..

A: nak cikgu.

G: suka perempuan yg cakap banyak..

P: nak yg berisi..chubby la.

hmmm...manusia ni ada berbagai-bagai karenah,sikap dan kemahuannya..jadi kemahuan terhadap sesuatu jugak berbeza mengikut individu..kita bebas memilih,tapi kena sedar diri sama ada kita mampu atau x dapat apa yg kita nak tu secara sempurna..kita kena berpijak di bumi yg nyata sama ada syarat2 yg kita letakkan tu wajar@ tidak... jangan keterlaluan..demand yg keterlaluan menyebabkan kita cenderung memperlekehkan seseorang..

walau apapun,nasihat aku kepada semua yg berkenaan, pilihlah pasangan yg hatinya mencintai TUHAN..kecintaanya kpd al-Khaliq itu terserlah pada tindakan..itu syarat utama..syarat2 sampingan tu terpulanglah..selagi x bertentangan syarak,aku rasa xde salahnya..

kelakar pulak cakap pasal jodoh ni....tapi aku memang dah cukup umur pun nak bercakap soal kawen...namun, secara peribadi,aku belum bersedia nak memikul komitmen yg besar atas nama nikah..(seram plak..)

walau apapun, suatu masa nanti,bila takdir berbicara..maka tiada siapa dapat menolak ketentuanNYA.(xkiralah sesape pun) jadi persiapkanlah diri sendiri. jangan terlalu berani bermimpikan pasangan semulia wali,kalau kita sendiri pincang serba serbi..
jadilah seorang yg baik kerana seorang muslim memang diwajibkan menjadi baik dan mematuhi titah perintah TUHANnya..kahwin atau tidak,kita tetap bakal mati..

ada kerja sedikit yg mesti dibereskan sebelum menempuh perjalanan hampir 6jam esok untuk pulang menemui keluarga di Kedah..moga dimudahkan ALLAH.

-TAMMAT-

No comments:

Post a Comment

Followers

About Me

My photo
penuntut institut pemikiran politik Ibnu Hussian.