Friday, February 12, 2010

empat puluh lapan perpuluhan lima kilogram...

Puji-pujian bg Allah,selawat dan salam buat Rasulullah(s.a.w)

malam tadi keluar pegi JJ dengan sahabat2.mereka terdiri daripada:
i-sarah si pembawa kereta.
ii-izzah:co-driver merangkap driver bila balik(sebelum bawa kereta boleh tanya brek kat mana..)
iii-syida:malam tadi dia ngaku lebih romantik dr aku yg romantik..
iv-najwa shakirah:seorang yg baru lepas sakit perut,tapi tetap sudi memeriahkan sesi
musafir ke JJ.menjawat tugas khas pada mlm tadi sebagai anggota JPJ.
v-sakinah@keyna:org yg memberi cadangan untuk keluar. mengaplikasikan dgn berkesan segala
teori 2 dan 4 saat yg dipelajarinya di institut memandu SKEM.
vi-mar=aku: seorang yg terkejut dgn pertambahan berat sebanyak 4.5kg..meragui kejujuran
mesin penimbang.

Alhamdulillah,setelah lama xkeluar disebabkan himpitan kesibukan yg xberkesudahan,akhirnya ALLAH memberikan peluang untuk kami merehatkan fikiran dan enjoy sekejap...
semua orang rasanya seronok sebab tujuan keluar adalah berjalan-jalan dan bukannya belajar.ahaaa~

ok,apa yg perlu diberi perhatian adalah tentang kesihatan diri ye..aspek yg aku xberapa kesah sebelum ni..aku risau pertambahan berat dari 44kg kepada 48.5 kg tu disebabkan gaya makan kurang sihat yg aku amalkan..[aku xkesah kalau berat naik sebab makanan yg sihat:lgpun masih dikira berat yg ideal]...sebab aku perasan sejak akhir2 ni(akhir2 ni tu bermaksud sejak setaun dua ni) aku main belasah je bab makan..aku sedar pengambilan makanan ringan yg xdikawal memang boleh menambahkan berat badan-dan kesan bahan kimia yg ada dlm jajan tu seperti MSG memang akan effect kesihatan dlm jangkamasa panjang..itu yg aku risaukan sebenarnye..
atas sebab kerisauan ni la aku membatalkan hasrat membeli beberapa bungkus jajan bila masuk guardian..tapi aku terbeli jugak mister potato crisp..aduhhh..

dah la sumbat jajan tanpa batasan,makanan asasi seperti nasi plak diambil xikut waktu yg sepatutnya..kalau makan nasi pun selalu xabes=sebab xlalu! lauk selalunya terdiri drpd bahan2 berminyak seperti ayam goreng..waaaaaa.....giler ke ape aku ni!(katakan tidak kepada diabetes,darah tinggi dan kencing manis) tambahan:aku xmakan sayur..hanya suka makan buah-buahan.ok ke?ntahle..

aku xdapat bayangkan kalau berterusan dgn sikap sebegini,umur berapakah agaknya aku terpaksa berulang-alik ke hospital untuk rawatan kesihatan.nauzubillah..

rasa-rasanya aku terpaksa melancarkan permusuhan dengan beberapa menda:
1)kiosk nusaibah& sumayyah:kerana di situlah penghasilan jajan terbesar sentiasa dilakukan.
2)makan xikut waktu yg sepatutnya..break feast waktu tengah hari..(aku rasa perkara ni biasa untuk students..hmmm...mari risau bahawa doktor generasi kita akan menjadi sangat kaya)
3)kadang2 lupa makan nasi..sedar2 dah dekat 2 hari xmakan nasi...AWAS!bahaya giler perangai ni..

dan aku mesti memaksa diri aku untuk cuba2 menyayangi dan seterusnya jatuh cinta dengan sayur-sayuran hijau mahupun tidak hijau..(ada sayur biru?ahaaa~)
dulu ayah aku slalu suapkan aku sayur nak make sure aku btol2 makan sayur dan xcuri2 buang dalam tong sampah.ayah xtau kadang2 aku cepat2 bangun lepas mulut penuh dgn sayur,konon2 dah sudah makan..padahal aku gi ludah..wakaka..(skang dah xrase bijak lg dah perangai ntah pape gitu)

sekian harapan2 untuk menjaga kesihatan..aku akan cuba walaupun peratus keyakinan diri bahawa ianya akan berjaya cuma 34.6% sahaja....semoga dibantu ALLAH untuk menjaga kesihatan amanahNYA ini..aminn..

akhir skali:lain kali kalau pegi JJ,insya ALLAH aku akan timbang berat sebelum makan..hmmm...

No comments:

Post a Comment

Followers

About Me

My photo
penuntut institut pemikiran politik Ibnu Hussian.