Saturday, February 27, 2010

idealisme remaja malaysia..

anak2 muda yg melibatkan diri dlm perjuangan,terutama sekali yg kelihatan cenderung pada mana2 parti politik seringkali dikecam dan dikritik.mereka yg cuba2 memahami keadaan dan kesusahan rakyat kebanyakan seperti bersimpati dgn kenaikan harga gula,minyak dan rasuah yg berleluasa-dituduh alat pembangkang dan tidak memahami apa yg mereka perjuangkan..

anak2 muda yg sedar bahawa tanggungjawab mereka bukan sekadar memajukan diri sendiri(grade dan kerja),tetapi juga sedar bahawa mereka memiliki tanggungjawab yg lebih besar untuk menaikkan martabat umat dan membela nasib rakyat-kelihatannya dilayan lebih hina dari anak2 muda yg hanyut dgn budaya hedonisme yg sangat tenat,mabuk arak dan ecstasy,ketagih dadah dan seks bebas..segala mcm lg perkara sia2 dan xguna..

di saat statistik kelahiran anak luar nikah meningkat saban tahun, pihak2 atasan(baca:pemerintah) lebih suka mengerahkan seluruh kekuatan polis dan FRU utk menangkap mahasiswa yg berdemontrasi bg menentang ISA-yg telah terbukti merupakan sistem yg bertentangan dgn hak asasi manusia,apatah lg dr sudut undang2 Islam..drpd menangkap mereka yg menganjurkan segala mcm konsert yg melahirkan remaja yg hanya memikirkan keseronokan dan terkinja-kinja melihat artis yg dipuja..entah apa faedahnya..

kita disuruh melihat 'corruption' sbg sesuatu yg buruk..tetapi org2 atasan menghalalkannya atas nama 'komisyen'..contohnya komisyen pembelian kapal selam scorpene yg menelan belanja(baca:rasuah) beratus juta ringgit..tiada penjelasan memuaskan diberi kpd rakyat..rakyat diminta tutup mata atas penyalahgunaan kuasa yg dilakukan secara berleluasa..
aku terfikir satu perkara lg,org biasa hanya mampu mencuri enjin kereta,lori..sebab masyarakat kebanyakan hanya mampu menggunakan kenderaan2 sebegitu..jet pejuang hanya dimiliki oleh sesebuah negara,bukan hak persendirian..bila enjit jet pejuang hilang-maka sudah pasti untuk dijual kpd negara lain..proses ini memerlukan campur tangan org atasan..malangnya rakyat diperbodohkan lg dgn penangkapan hanya 2org bawahan-yg sudah pasti tidak akan melakukan sesuatu tanpa arahan dr bos besarnya..yelah,ingat mampu ke 2 org manusia nak seludup enjin jet pesawat dalam keadaan kawalan keselamatan yg ketat..

persoalannya ,berapa ramai antara kita yg sanggup menggunakan fikirannya bg merenung segala bentuk penindasan terhadap rakyat..penindasan bukan sekadar dalam bentuk penyeksaan fizikal,tetapi juga sebarang bentuk penafian ke atas hak rakyat..hak mereka untuk mendapat maklumat yg tepat,hak mereka untuk tak perlu membayar cukai yg mahal se-mata2 menanggung hidup pemimpin yg xpernah sudi merasai kesusahan mereka..

sejujurnya aku merasa kerdil dan kagum kpd mereka2 yg sudi meletakkan diri mereka dalam keadaan dan perasaan masyarakat kebanyakan..
jangan kerana kita hidup dlm kesenangan,kita lupa nasib insan2 di sekitar kita yg merana xberharta-dianiaya pula..turunlah,lihatlah,rasailah kepayahan mereka..adakah sesiapa yg sudi memikirkan beban berat yg ditanggung rakyat bawahan dek harga gula yg meningkat,harga minyak yg meningkat,harga barang yg meningkat..sedang menteri2 senang shj memberikan jawapan:"rakyat perlu belajar berjimat cermat"..jawapan yg lansung xbertanggungjawab..xmencerminkan pemimpin berjiwa rakyat..

aku belajar-ke kelas,amek exam..aku terlibat jugak sedikit sebanyak dgn kegiatan sampingan..namun dalam masa yg sama,aku xmahu hidup aku disia-siakan tanpa sebarang prinsip dan idealisme yg memandu kehidupan..sebagai seorang muslim,idealisme kita sudah pasti adalah Islam..dan Islam itu tidak sekadar amalan ritual kita di tikar sembahyang tetapi lebih penting dr itu ialah mengaplikasikan Islam dlm segenap denyut nadi dan sistem kehidupan..atas segala pergorbanan itu,ada ganjaran di sisi TUHAN..aku yakini idealisme ini,kerana aku mencari..Dan puji-pujian bg ALLAH yg menemukan aku dgn hidayah..
tiada daya upaya seorang hamba,kecuali dgn pertolonganNYA..

No comments:

Post a Comment

Followers

About Me

My photo
penuntut institut pemikiran politik Ibnu Hussian.