tidak sedap hati rasanya selagi belum mengulas tentang api revolusi yg melanda dunia arab sekarang ini.walaupun sy sedar hosni mubarak,sang presiden x akan membaca tulisan sy di blog usang ini.Ben ali,jagoan tunisia yg sudah cabut spt pengecut juga tidak akan pernah sedar kandungan tulisan ini,namun sy tetap tidak mahu melepaskan peluang dr terjun sama2 dlm rentak tarian revolusi yg semakin ligat,panas dan laju.
sy mengambil peluang utk mengkaji dan membaca tentang sejarah tunisia dan apakah faktor kemarahan dan bantahan rakyat terhadap pemimpin mereka.
berdasarkan maklumat dr sedikit pembacaan itu,dapatlah sy simpulkan bahawa revolusi ini adalah sesuatu yg baik utk umat islam keseluruhannya.dunia arab yg selama ini tidur mati xmahu bangun2,akhirnya pintas bangun kerana keadaan yg mendesak dan menekan.cuba bayangkan,selama ini proses menghantar bantuan ke palestin sering tergendala kerana karenah jahat mesir yg menutup pintu sempadan.serangan ke atas iraq,afghanistan dan palestin oleh US berjaya kerana dunia arab tutup mulut dan xmahu berbuat apa2 utk menolong saudara seagama.[pendedahan wikileaks menunjukkan mereka bahkan menyuruh US menyerang iran]..sekarang nampaknya negara2 berjiwa islam boleh menarik nafas lega& mendapat sedikit keberanian utk berhadapan dgn US dan sekutu2nya dgn harapan negara2 arab akan memberikan sokongan,perlindungan bahkan sama2 memperjuangkan hak yg sama.moga2.kerana mereka sudah bangun dr tidur yg lama.
di sini sy nukilkan sedikit maklumat yg menarik utk dikongsikan bersama.
-kenapa rakyat tunisia bangkit secara berani bagi menggulingkan rejim Ben Ali yg digeruni rakyat jelata:
1) tiada sebarang ruang demokrasi dan hak bersuara. Ben Ali telah memenangi pilihan raya presiden sebanyak 5 kali dgn majoriti undi lebih dr 90% setiap kali pilihan raya rubber stamp (penuh penipuan) diadakan.
2) kadar rasuah serta penyalahgunaan kuasa amat ketara terutamanya dr kalangan kerabat dan ahli keluarga Ben Ali sendiri.
3)kenaikan harga barang keperluan harian yg melambung tinggi.
[bila harga minyak naik-barang2 lain pun naik harga jugak]
4)kadar pengangguran yg terlampau tinggi di kalangan golongan muda sehingga mencecah 30%.
5)MEMBUNUH SERTA MEMENJARAKAN RIBUAN PARA ULAMA', PARA CENDIAKAWAN SERTA PARA WARTAWAN.
[ini gambar sayyid qutb ketika di penjara mesir]
6) penggunaan teknologi baru seperti twitter dan facebook.dianggarkan lebih 40% remaja tunisia mempunyai facebook sendiri dan mereka menggunakan FB dan twitter bg menggerakkan rakyat keluar ke jalan2 raya bagi menentang Ben Ali.
[analisis ini sy petik dr tulisan Dr. Syed Azman Syed Ahmad]
semoga kebangkitan rakyat tunisia dan mesir [yg mirip gerakan revolusi iran tahun 1970-an dahulu]memberi kesedaran kpd kerajaan2 lain di seluruh dunia yg zalim dan menindas rakyatnya serta memandang remeh terhadap permasalahan,keluh kesah,kesusahan dan suara rakyat..jangan sampai jutaan rakyat mendesak anda turun,baru gelabah nak buat segala macam perubahan,sedangkan sekian lama anda tenggelam dlm enaknya tampuk kuasa dan lupa merasa denyut nadi rakyat yg menderita.
Wallahua'lam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment