Saturday, January 22, 2011

rindu insan itu.

"masa ayah blajar kat indonesia dulu,susah sangat.nak minta duit kat tok & wan,depa pun susah.satu hari ayah dapat surat,dlm sampul tu ada RM27.tok bagi duit hasil jual mangga."
itu cerita tentang tok yg sy xpernah lupa.

awal semester ini sy dikejutkan dgn perkhabaran tentang kesihatan tok (nenek) sy yg merisaukan.tok disahkan menghidap strok.kesan makan ikan masin dlm kuantiti yg banyak.[argh sudah takdir.]kesan drpd tu tok xmampu berjalan lg.tok hanya mampu terbaring,segalanya terpaksa dibantu.

terasa ingin pulang ke kedah,meluangkan masa dan memberi sokongan kpd insan tua itu,namun keadaan benar2 xmengizinkan.kata keluarga sy "hangpa balik pun keadaan tok xkan berubah".kata2 berbaur ingatan bahawa jangan terlalu ikutkan perasaan.

sy pernah tulis 1 entry tentang tok dlm blog ni.tok insan yg terlalu rapat dgn cucu2nya.sepanjang bersama tok,sy xpernah tengok dia sakit teruk.ini adalah yg paling teruk dlm sejarah kehidupan tok. Demi ALLAH,sy terlalu risau.

td sy hubungi sepupu sy,fitri bertanyakan keadaan tok.tok sekarang memang x boleh berjalan,hanya mampu bergerak menggunakan kerusi roda...

sy rindu tok.sy rindu gurauan tok.sy rindu masakan enak tok.sy rindu kata2 selamba tok.segalanya.
Ya ALLAH,aku mohon keadaan tok ada penambah baikan.aku belum bersedia utk diuji dgn kehilangan....

sy xsabar mahu pulang cuti chinese new year ni.sy mahu memeluk insan berjasa & mulia itu.berikan kami ketabahan Ya ALLAH dlm berhadapan getir & sedihnya kehilangan senyuman insan tersayang.

2 comments:

Followers

About Me

My photo
penuntut institut pemikiran politik Ibnu Hussian.