Saturday, January 1, 2011

tahun baru:X mahu jadi kaktus.

assalamualaikum.

selamat tahun baru 2011.menatap front page akhbar2 utama pagi tadi-jelas terpancar kemeriahan sambutan tahun baru.dgn pancaran bunga api menghiasi langit kuala lumpur..namun tiada akhbar yg melaporkan betapa 'berlumpurnya' kuala lumpur dgn maksiat penghuninya malam tadi.

saya berpeluang menyertai XPDC dakwah Gamis(gabungan mahasiswa Islam se-Malaysia) pd mlm tahun baru di sekitar KLCC dan hampir2 berjalan kaki ke bukit bintang..ini adalah aktiviti yg biasa dilaksanakan Gamis & beberapa pertubuhan lain pd malam menjelang tahun baru.

sy memerhatikan shj seorg perempuan seksi meneguk arak di hadapan sy..sewaktu sy duduk melepaskan lelah di tepi jalan,botol arak jenama tiger mencium kaki sy..di satu sudut yg lain sy melihat sepasang kekasih(mustahil suami isteri) sedang membuat aksi penuh asyik tanpa mempedulikan manusia sekeliling...sy termenung berfikir tentang nasib umat.hampa.kecewa.

sy sgt berharap kerajaan dapat 'menghentikan' semua ini dgn kuasa yg ada pada mereka..apalah yg ada pada kemampuan segelinti manusia yg hanya bersenjatakan risalah dan kata2 semata.apakan daya,kerajaan negara islamku tidak merasakan kanser sosial masyarakat malaysia suatu ancaman bahaya pada masa depan negara.

walau apa sekalipun,sy mahu meneruskan kehidupan 2011 sy dengan doa & harapan:moga dosa2 sy yg telah lalu diampunkan ALLAH.dan moga hari2 dan tahun2 mendatang dipenuhi amal kebaikan.hijrah.perubahan ke arah yg lebih baik.

sy xmahu jadi seperti kaktus atas meja sy ni..dah lama sy bela,tapi xbesar2..sy xmahu sekadar lama hidup di dunia,namun amal dan status di sisi DIA sama shj abadan abada.



fakta: kaktus adalah sejenis pokok yang sentiasa terbantut.

dan sy sedang belajar mencintai takdir kehidupan sy seadanya.

p/s:sy ditakdirkan makan bun ikan bilis shj mlm ini..sedap.sy 'cinta'kannya.haha.

1 comment:

  1. dah kering idea nk menulis..tapi sy rasa sy perlu mulakan tahun baru dgn menulis sesuatu yg bermanfaat,maka sy lakukannya.:-)

    ReplyDelete

Followers

About Me

My photo
penuntut institut pemikiran politik Ibnu Hussian.