Tuesday, June 12, 2012

DUNIA yang SFERA

Bismillahirrahmanirrahim. Dengan nama ALLAH, yang Maha Mulia, yang Maha kasih kepada hambaNYA , maka sy berani untuk terus bernafas dan menghadapi hari demi hari dalam hitungan dunia. dunia ini mempesona bagi manusia yang berada dalam fasa nikmat. dan dunia ini cukup perit,zalim dan menyeksakan bagi manusia yang berada dalam fasa derita. ataupun dia tidaklah menderita, tetapi kerana taksubnya pada dunia amat keterlaluan, maka dunia itu jadi punca keresahan hatinya setiap hari. dunia itu apa? macam2 jawapan boleh diberi. "bumi". "bentuk sfera." "tempat hidup sebelum kita mati" "tempat untuk seronok2 pegi makan sate."(taktaulah kenape ada jugak jawapan mcm ni).. terpulanglah pada interpretation masing2.post kali ini bukan bertujuan membahaskan definisi dunia.tetapi untuk bercakap tentang kepentingan membuang dunia dari hati kita.dan membiarkan dunia itu berpusing dan bergolek2 hanya di tapak tangan kita. pada hari ini kita susah.susah itu terletak pada rasa yang kita tanggung. susah bagi nelayan dan susah bagi businessman mungkin berbeza.tapi keduanya 'merasa' perasaan susahnya hidup. maka kita berjuang bagi mengubah kesusahan itu menjadi kesenangan. Kerana Pemilik Kesusahan dan kesenangan itu adalah ALLAH, maka akhirnya keadaan kita diubah ALLAH.kita jadi senang, dan tak susah lagi. maka setelah senang itu apa?? apa lagi yang kita mahu?? kesenangan itu ada endingnya. dua possible ending. satu menjadi susah kembali. kedua mati. kita meminati manusia. minat boleh bermaksud suka atau lebih dari itu. menjadi harapan kita agar suatu masa kita dapat 'memiliki' dia. atau kita harap dapat berada di samping insan yang kita suka itu. alangkah bestnya kalau kita boleh buat dia jadi 'hak milik kekal' kita.atau paling kurang kita diterima dia dalam hidupnya. atau paling kurang lagi dapat usha2 dia, supaya rasa dia dekat dengan kita. dalam situasi sebegini, ada manusia yang mengejar dengan sehabis daya upaya untuk memiliki. ada yang hanya menyimpan rasa, dan menelan harapan kerana rasa tiada daya atau kemampuan untuk memiliki. Oleh kerana Pemilik manusia paling hebat mahupun yang paling lemah itu sama, iaitu ALLAH Yang Maha Mulia, maka ramai insan yang beruntung mendapat cinta yang disanjung.tak kisahlah hanya dia yang menyanjung, atau dia antara ratusan manusia lain yang menyanjung. maka kita berseronok dengan nikmat cinta yang seolah2 satu kemenangan buat kita. soalannya di sini ialah: seterusnya apa? kemudian nak apa lagi? cinta juga ada endingnya. ada few possible ending : satu jemu. dua cinta bertukar jadi tak cinta lagi.yakni meluat. mungkin juga benci. ketiga mati. kita bodoh. kasar? ok, kita tidak bijak. kita rasa hina kerana ketidakbijaksanaan kita berbanding orang lain.namun rezeki kita tidak ditentukan oleh kebijaksanaan kita, tetapi Tuhan Pemilik & Pemberi rezeki, maka akhirnya kita tetap dapat masuk universiti.dapat kerja.dapat survive untuk hidup. bahkan ada yang tak masuk universiti, lebih kaya melana berbanding yang masuk. yang masuk pusat serenti pun kaya jugak kalau dia usaha, dan ALLAH izinkan usaha dia berbuahkan hasil. the question is, what's next? penamatnya jua adalah mati. bukan tidak kita lihat di sekeliling kita, manusia yang miskin dulu, sekarang hidupnya selesa. manusia angkuh suatu masa dulu, sekarang jadi kecil dan hina. manusia tak dipandang suatu ketika dulu, sekarang digilai orang. manusia sihat walafiat kelmarin,hari ini terlantar. orang yang lahir sebagai OKU boleh bersukan dan pergi demo BERSIH (politik.politik.ish2), tapi insan yang lahirnya sempurna sekarang terlantar lumpuh..hampir semua anggota jadi kurang upaya. saya mahu terus bertanya, apa semua ni?? inilah putaran dunia yang silih berganti."kalau kita tidak memandang dunia dari kaca mata akhirat,maka kita akan berputus asa dengan dunia".(kato2 oghe pasir mas) sungguh. alangkah sedihnya bagi insan yang tidak memahami bahawa dunia ini hanya alat untuk akhirat. alat yang mesti digunakan semaksimum mungkin untuk mendapat kesenangan abadi di akhirat. kat akhirat, kalau masuk syurga, boleh makan tak henti2. boleh seronok non stop. boleh bercinta tahap kritikal. sebab kita tak perlu takut lagi untuk KEHILANGAN.kerana ia tidak fana.tapi abadan abada. dunia ini berubah. perubahan yang paling agung adalah berubah dari sesat kepada hidayah.dari lupa diri kepada sedar diri bahawa kita ini hamba semata. dari seronok tak ketahuan lagu kepada menangis menginsafi diri. dari angkuh sombong kepada tunduk meminta ampun. kejarlah dunia semahunya. kejarlah sampai letih.telan dunia sampai muntah! kejarlah kalau kita hanya mahu kenal erti putus asa. tapi kalau kita mahu dunia ini rasa lebih luas.mahu bernafas lebih lancar, tak serabut,kejarlah Pencipta dunia dan segala kenikmatan dan ujian2 di dalamnya. sembahlah dan pujalah hanya DIA. luahkan segala2nya hanya pada DIA. cari populariti di sisi DIA. kejar perhatian DIA. kata2 tentang iman, tiada effect bagi jiwa yang kosong dengan cinta Tuhan. sekian. "Dan betapa banyak umat yang telah kami binasakan sebelum mereka, (padahal) mereka lebih hebat kekuatnnya daripada mereka (umat yang sekarang ini). mereka pernah menjelajah ke beberapa negeri.Adakah tempat pelarian (dari kebinasaan bagi mereka)? Sungguh pada yang demikian itu pasti terdapat peringatan bagi orang2 yang mempunyai hati atau yang menggunakan pendengarannya, sedang dia menyaksikannya: Az-zariyat : 36 & 37. "Di sini sy belajar KEIKHLASAN kepada ALLAH. dari sini juga sy merasa sangat BERGANTUNG kpd ALLAH. takut dan benci kita harus kerana ALLAH.-Abdallah Syamil Salmanovich Basayev, mujahid Chechnya.

Saturday, April 7, 2012

selipar dan penyakit yahudi.

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

hari ini hari sabtu. jam di laptop menunjukkan pukul 3.42 pm waktu malaysia.setelah minum secawan air coklat menggunakan cawan hijau bercap Vono, sy tiba-tiba terasa bertenaga untuk menulis semula setelah sepurnama menghilangkan diri tanpa khabar berita.

ada banyak perkara mahu dikongsi kalau diikutkan hati.tetapi otak dan jari jemari sy, serta tahap kerajinan sy jelas tidak memberikan kerjasama terhadap kemahuan hati.maka tinggallah segala 'banyak perkara' itu menjadi basi sendiri2,tanpa manfaatnya buat orang lain.terasa amat ruginya.

sy telah pun menamatkan pengajian ilmu hukum sy pada januari 2012 baru2 ini.setelah hampir 5 tahun setengah bergelut dengan kitab undang-undang, akhirnya ALHAMDULILLAH selesailah satu fasa ijazah sarjana muda. walaupun tok sy tidak merestui cita-cita untuk menjadi peguam kerana ditakuti terlibat dengan masalah korupsi, tetapi insya ALLAH ibu bapa,keluarga dan ramai lagi rakan-rakan merestui cita-cita ini. dan sy sangat berharap ada sesuatu yang dapat sy sumbangkan kepada perjuangan dinul islam yang suci dgn platform bidang guaman ini,insya ALLAH.moga2 pada masa itu tok tidak akan risau lagi.amin.

begini ceritanya, sepanjang tempoh sy bergelut dengan pengajian undang-undang, Tuhan telah memasukkan rasa resah dalam hati sy terhadap penyelewengan dan ketidak adilan dalam sistem keadilan negara kita. (nama sistem keadilan itu jelas sekali tidak menjamin terlaksananya sebuah keadilan).

saban masa sy membaca ratusan kes2 mahkamah, hati sy terasa amat jengkel dengan hukuman berat sebelah yang diputuskan hakim terhadap pihak2 (parties) yang terlibat. kalau sekiranya party yg terlibat org besar (contohnya kerajaan atau menteri) maka seringkali mereka terlepas hukuman salah. ataupun hukuman yg sangat ringan dikenakan. kalau kes itu, yang didakwanya (defendant) adalah kerajaan malaysia, maka susah nak jumpa hakim menjatuhkan hukuman bahawa defendant bersalah/ kalah.
kecuali pada masa tun salleh abbas menjadi hakim, barulah dihukum salah si kerajaan yg bersalah. lalu dipecatlah beliau pada tahun 1988 atas nasihat si ketua kerajaan.

lihat kes penyelewengan perwaja, eric chia terlepas begitu sahaja.dato' seri khir toyo hanya dipenjarakan 12bulan sedangkan jumlah wang yang dirasuahkan menjangkau jutaan ringgit. ini baru dua kes.kalau nak dituliskan semua, mungkin boleh krem jari ni menaip.biarlah malaikat atid saja yang mencatat untuk perbicaraan di mahkamat qiamat nanti.

manakala rakyat marhaen, yang mencuri sepaket nescafe, susu bayi, shampoo turut dipenjarakan juga. tak setanding sungguh kesalahan mereka mencuri barangan yang jumlahnya cuma beberapa belas ringgit dengan hukuman penjara berbulan-bulan. sedang si kaya yang mengsonglap duit berjuta juga dipenjarakan dgn tempoh masa yg lebih kurang sama, malah lebih ringan. bahkan seringkali kalau si kaya mampu membayar wang denda, hukuman penjara dihazafkan begitu saja.sedang yang mencuri sepaket nescafe mungkin mencuri kerana kelaparan(walaupun dengar cerita dasar ekonomi baru menjanjikan kekayaan buat bumiputra khabarnya), sudah pasti takkan mampu membayar denda.

pensyarah sy pernah bercerita di dalam kelas:
" ada seorang lelaki didakwa kerana mencuri susu baby sebab tak ada duit nak beli susu baby. sy rasa DPP tu tak ade keje dah nak buat sampai kes mcm ni pun nak dakwa". (DPP=deputy public prosecutor/ timbalan pendakwa raya).

sejujurnya sy benci dan sedih pada sebarang bentuk ketidak adilan yang berlaku.sy sedih dan simpati pada rakyat bawahan yang merasa tidak percaya bahawa hak mereka akan dibela.

ketidakpercayaan ini terbukti melalui tindakan seorang imam mencampak selipar kepada hakim (laporan akhbar2 arus perdana).ini bukan isu tiada adab, bukan isu menghina mahkamah.tetapi ada isu yang lebih besar untuk dibincangkan iaitu betapa hilang rasa hormat dan percaya pada sistem kehakiman negara.
juga membuktikan layanan yang tidak adil kepada rakyat marhaen masih berlaku : beliau dihukum penjara setahun untuk kesalahan itu. sedangkan kesalahan menghina mahkamah (contempt of court) paling serius selalunya hanya dihukum penjara beberapa minggu (peguam ahmad kerdee & berdasarkan apa yg sy pelajari). sy terbayang kalau imam hoslan ni seorang menteri atau dato', sy percaya hakim takkan menjatuhkan hukuman seberat itu.lihatlah kedegilan seorang pemimpin negara yang sepatutnya hadir ke mahkamah untuk menjadi saksi, tapi buat slumber tenuk je tak datang.permohonan oleh peguam untuk disapina(memanggil beliau ke mahkamah) tak dilayan.

sy menangisi barah2 penyakit yahudi yang menjalar dalam masyarakat kita. ingatlah sabda Rasulullah s.a.w
"Wahai manusia! Sesungguhnya yang membinasakan umat-umat sebelum kamu ialah, apabila seorang yang terhormat di antara mereka mencuri, maka mereka membiarkannya. Namun apabila seorang yang lemah di antara mereka mencuri, maka mereka akan melaksanakan hukum hudud atas dirinya. Demi Allah, sekiranya Fatimah puteri Muhammad mencuri, niscaya akan aku potong tangannya". [Hadis riwayat Aisyah r.a]

tidak ingatkah kita tentang kisah2 tamadun dunia yang memiliki set hukum yang berlainan pada golongan bawahan dan bangsawan. golongan yahudi memang dikutuk Rasul s.a.w dengan ketidak adilan mereka dalam menghukum di kalangan mereka (rujuk kisah yahudi di zaman Rasulullah s.a.w).

tidakkah apa yang berlaku dalam masyarakat kita sekarang menyamai apa yang dilarang islam?

ingatlah kisah saidina Ali r.a yang kalah kes beliau di mahkamah sedangkan beliau merupakan amirul mukminin/ perdana menteri sebuah negara ketika itu. inilah keadilan Islam.

ingatlah pesanan ALLAH di dalam surah al-Nisa' :135, " wahai orang2 yang beriman! jadilah kamu penegak keadilan....."
sudah pasti bukan suatu keadilan jika sang miskin dihukum belasah sampai lembik, sedang si kaya hanya dicubit sedikit.

sy merindui kelahiran pengikut jejak Abdul qader Awdah (hakim yang digantung mati kerana mempertahankan islam-buku tokoh2 gerakan islam abad moden), hakim hassan al-hudaibi, dan juga tun salleh abbas di bumi malaysia. juga merindui peguam2 yang tulus ikhlas membantu masyarakat mendapatkan hak mereka, sehingga sama rata bahkan tiada beza rakyat biasa mahupun yang berkuasa.

hanya mereka yang punya kesedaran bahawa setiap tindakan pasti dipersoalkan Tuhan saja bisa berlaku adil kepada makhluk2 ciptaan Tuhan.
"berlaku adillah, itu lebih hampir kepada taqwa" [ayat al-Quran]
taqwa itu terhasil pada kefahaman islam yang jitu.pada iman yang padu. rasa takut kepada ALLAH.selagi mana kita tidak kembali pada islam dan iman, selamanya kita takkan mampu berlaku adil dengan sebenar2nya secara konsisten.

sy meratapi kitaran ketidak adilan yang masih membarah dalam negara kita. semoga akan tiba masanya lahir generasi hakim & peguam penjunjung islam yg akan membersih segala penyakit yahudi yang merajai kita berzaman lamanya.

ALLAHU A'LAM.

pemerhati bebas,
yg telah tamat belajar undang-undang sekular.
dan sedang belajar undang2 islam.
(pernah menuntut ilmu selama 6tahun di kodiang).

Monday, January 23, 2012

bicara mahasiswa & kemenangan Ikhwan.

Bismillahirrahmanirrahim.

hari ini sy agak bahagia kerana :
1) jalan raya sunyi sepi kerana chinese new year. sy tak tahu adakah itu petanda bahawa hanya orang cina yang menggunakan jalan raya di kawasan tempat tinggal sy.sy benar2 xpasti. tapi tak perlulah memeningkan kepala memikirkan tentang persoalan ini, kerana orang2 cina pun tak pernah pening memikirkan tentang sy..apa yang pasti sy sgt riang gembira kerana tak perlu menunggu lama untuk melintas jalan pd hari ini.boleh cat walk lagi kat tengah2 jalan raya.
2)adik beradik pulang bercuti secara berjemaah. maka rumah yang sunyi sekian lama menjadi riuh kembali.
3) the happinest one, kemenangan Parti Islam di Mesir. ALLAHU AKBAR.
nota ringkas : sy sedang membancuh air anggur sewaktu berita dunia TV1 menyiarkan berita ini.

setelah lama sepi dari aktiviti meng'post entry', sy kira banyak isu panas sudah menjadi basi dan berkulat untuk dikongsi mahupun dikecoh2kan di sini.

isu yang sangat menarik perhatian sy sekarang ini ialah :
pertama : kebangkitan mahasiswa yang mula menjalar ke seluruh malaysia. dipanaskan oleh isu Adam Adli yang menurunkan bendera Perdana Menteri (merangkap suami Rosmah) dan menaikkan bendera mahasiswa, kemudian diikuti demontrasi di Tanjung Malim yang menyaksikan Timbalan presiden GAMIS, Saffuan Anang dibelasah sehingga cedera parah, penggantungan beberapa pelajar UPSI, dan isu penggantungan pelajar2 KUIN. perkembangan terkini yang sy dapat tahu, pelajar2 KUIN telah pun membawa isu ini ke mahkamah.



sy kira segala akhbar, khususnya akhbar alternatif berhaluan kiri sudah puas membicarakan tentang isu ini..dengan sumbangan mereka juga, kebangkitan mahasiswa mampu dilihat dari sisi yang positif.
ada yang berpendapat kebangkitan mahasiswa ini ada kaitannya dengan Arab Spring/ revolusi negara2 arab.
biar apa pun pendapat yang dilontarkan, sy cuma mahu katakan bahawa, mahasiswa adalah generasi penuntut ilmu. mentaliti bahawa golongan mahasiswa merupakan golongan berpendidikan dan bijak masih menebal di kalangan masyarakat, malah mahasiswa diharap dan disasarkan untuk menjadi pemimpin masa hadapan.
namun amat malang sekali bila taraf pemikiran dan intelektual mereka diperlekehkan. mereka hanya diajak berbincang untuk MENGIAKAN stand pihak2 tertentu.. seandainya wujud kelompok mahasiswa yang berani menyuarakan pandangan berbeza, maka mereka dilabel sebagai anak2 nakal suka memberontak. lebih malang mereka digelar kurang ajar, derhaka.agaknya kalaulah mereka(baca elit pemerintah) mampu, mahu disumbat anak2 muda ini ke dalam penjara.

slogan mahasiswa/anak muda bakal pemimpin negara hanya disenandungkan buat membodek mahasiswa dengan candu tanpa keikhlasan dlm mebuktikannya. kalau benar mahukan mahasiswa memimpin negara, kenapa disekat pemikiran mereka dengan kemarahan dan cacian? mentah sangatkah penuntut menara gading sehingga tak layak meluahkan buah fikiran masing2? kalau benar ikhlas mengimpikan mahasiswa meneruskan legasi memakmurkan negara, kenapa diikat kaki tangan mereka dengan akta mengongkong yang dikarang pemerintah maha sombong? stupid sangatkah mahasiswa mengatur hidup mereka hingga terpaksa 'dipandu' AUKU? kalau memang tujuan bergelar mahasiswa hanyalah untuk menghafal kitab-kitab tebal,bercermin mata power tinggi, dan memakai kad matrik universiti, maka misi dan visi universiti perlu ditukar kepada 'menghasilkan tenaga2 kerja di sektor profesional dan tidak profesional semata-mata'. haramkan saja slogan anak muda/mahasiswa bakal pemimpin masa depan negara.

memetik kata-kata Prof.Diraja Ungku Aziz: "kedudukan sebagai mahasiswa mewajibkan mereka memberi pandangan".

maka, kepada sekalian pemerintah, dari parti mana sekalipun, raikanlah pendapat dan semangat anak2 muda. penerus perjuangan kalian juga. sia-sia bergaduh dengan 'budak2 mentah', sebab nanti kalian yang dilihat tak berhikmah. relax la..cool je lah.
pilihlah cara yang paling bertepatan dengan syarak dlm menguruskan anak2 muda. kalau tepat cara menguruskannya, maka ummah akan menikmati hasilnya.

-lupakah kita tentang perjuangan mahasiswa menentang Sukarno (yang semakin lupa diri) sehingga nyawa mereka menjadi taruhan? akhirnya sukarno berjaya digulingkan.
-lupakah kita tentang peranan mahasiswa membantu rakyat susah di baling pada era 70-an dahulu (demontrasi Baling)?sehingga kesusahan rakyat Baling mendapat perhatian pemerintah berkat usaha para mahasiswa?
-lupakah kita bahawa anak mudalah yang memulakan kebangkitan dunia arab, sehingga menggulingkan regim diktator Hosni Mubarak dan pemimpin2 arab lain ?(yang buncit menelan duit kaum muslimin tapi membisu terhadap penderitaan Palestin).

justeru berhati-hatilah menguruskan kebangkitan anak muda/mahasiswa. anak-anak mentah di mata kalian, bisa menggoncang dunia dan menghapus segala daki-daki kezaliman. Insya ALLAH.

keduanya : kemenangan parti islam khususnya Ikhwan Muslimin secara bergaya di mesir. ALLAHU AKBAR! tak mampu sy huraikan panjang lebar.cukuplah kita membuka kembali kisah-kisah silam perjuangan gerakan Ikhwan..yang penuh air mata dan darah,diseksa sedasyat2nya, dibunuh, dihina..sy kira pemerintah Mesir telah menggunakan kezaliman peringkat tertinggi dalam usaha menghapuskan Ikhwan Muslimin di Mesir.



" Sungguh ALLAH telah meredhai orang2 mukmin ketika mereka berjanji setia kepadamu (Muhammad) di bawah pohon, DIA mengetahui apa yang ada dalam hati mereka,lalu DIA memberikan ketenangan atas mereka,dan memberi balasan dengan KEMENANGAN YANG DEKAT"- al-fath: 18

"mereka merancang, ALLAH juga merancang. ALLAH jualah sebaik-baik Yang Merancang"-adaptasi al-Quran.

semoga tersenyumlah para syuhada' ikhwan yang bersemadi di bumi mesir mendapat berita kemenangan yang dijanjikan Tuhan.

malam sudah tua.
mohon mengundur diri.
Salam~

Sunday, December 11, 2011

turning point.

Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan nama DIA dan kerana DIA, otak yang beku,jemari yang kaku tetap dipaksa menulis sesuatu.moga benar2 ikhlas hati itu demi DIA Yang Maha Satu.

setiap manusia, akan ada masa yang dinamakan 'turning point' dalam hidupnya. satu moment di mana dia memilih atau terpaksa memilih untuk berubah 90 @ 180 @ mungkin 360 darjah sekaligus.

saya mahu kongsikan beberapa kisah BENAR buat renungan bersama.
1)ada seorang pakcik, anda boleh panggil dia pakcik danny iskandar (bukan nama sebenar). dia sangat panas baran. hidup dia cuma kenal marah dan maki hamun.aktiviti lasak seperti memukul seakan jadi hobi.anak2 tidak pernah dengar lafaz sayang,sebab sering dihidang pelempang..keluarga yang malang kerana memiliki ketua yang gagal mengemudi emosi.gersang kasih sayang.kontang perhatian.tandus.

satu hari, anak lelakinya yang menuntut dalam tingkatan 5 pada masa itu, terlibat dalam kemalangan jalan raya.pakcik danny melihat darah yang memercik dari tubuh anaknya.melihat tubuh kaku anak lelakinya. air mata mengalir."jangan tinggalkan ayah,nak.ayah sayangkan kamu"....pernyataan itu tidak berguna lagi.hibanya sebuah pemergian,hiba lagi menanggung sesalan.anak itu pergi dalam keadaan ayahnya menunjukkan kasih sayang melalui kemarahan dan maki hamun.

sejak itu pakcik danny menjadi seorang ketua keluarga yang sangat baik dan penyayang. sampai sy betul2 kagum dgn sikap 'family man' yang ada pada beliau. itulah turning point dalam hidup seorang pakcik danny = kematian anaknya. dia boleh memilih untuk berubah sebelum ini.bukan tidak ada yang menegur.bukan tiada hati nurani.tapi dia 'memilih' turning point yang tragis untuk menukar cara hidup.

2) hang nadim (juga bukan anam sebenar) merupakan seorang pelajar sebuah IPTA yang agak terkemuka di lembah klang.memasuki U tersebut dgn result matrik yang agak bergaya, dia rasa selesa. ibu dan ayah memanjakan semanja-manjanya. nak motor dapat.nak baju,seluar branded dapat.nak duit ratus ratusan dapat.nak kaler luna dapat.(tak taulah kenapa die nak kaler luna).

kerana rasa selesa dengan apa yang dimiliki, hang nadim lupa dengan amanah sebagai seorang pelajar yang dia pikul. hidup dia cuma tahu main game dan enjoy.berseronok tanpa hala tuju..berbakul-nakul nasihat yang diberikan, dia pekakkan telinga, butakan mata.

tak perlu tunggu lama, naik 3rd year dia kena dismiss secara bergaya sekali. dia terpaksa bekerja bagi menampung hutang ptptn, hidup tanpa arah.tak kira cemuhan dari jiran-jiran lagi.(desis hati hang nadim :"jiran-jiran sibuk nak mengata anak orang kena dismiss U, lupa anak dorang dapat offer U pun tidak").

lepas tu dipendekkan cerita, hang nadim sambung belajar kat IPTA lain dan dia berubah menjadi seorang yang lebih bertanggungjawab.dia berjaya skor setiap semester dgn CGPA yang cemerlang.(tahniah diucapkan).
itulah turning point dalam hidup hang nadim : kena dismiss universiti.

3) ada seorang manusia ni,hidupnya tidak pernah memikirkan tentang agama..Islam baginya hanya puasa dan hari raya.part tu je nampak Islam die. tapi sekali ALLAH menghadirkan turning point sebuah penyakit yang bernama kanser tulang, cara hidupnya berubah 360 darjah.itu pilihan dia,berubah sewaktu sudah nampak bayang2 maut semakin dekat menghampiri.

4)'seronok' cerita buruk pasal orang,meh cerita buruk pasal diri sendiri plak.saya seorang yang sukar meng'ekspresi'kan rasa kasih & sayang. tidak kira pada keluarga, rakan2 atau sesiapa sahaja. sy suka anda, sy layan anda baik2.sy x suka anda, sy stay away. dan mungkin character ini sgt menyakitkan pada sesetengah manusia.
character ni ok pada masa itu. tapi tidak jadi ok abadan abada. ada masa ombak takdir menghempas, dan character yang tak berguna itu lenyap ditelan ombak.

sy ada seorang maklong.sy pernah tulis entry pasal maklong suatu masa dulu.tulisan luahan seseorang yang menanggung penyesalan yang amat mendalam.tekanan yang menyeksakan.sehingga mata tidak mampu lagi mengalirkan mutiara.sehingga mulut diam seribu bahasa setiap kali topik tentang maklong dibicarakan.

diringkaskan cerita, maklong kakak emak. sudah tua. tidak pernah berkahwin.hidup sendirian di rumah pusaka arwah atuk dan nenek.hidupnya berbakti pada ibu bapa yang sudah tua (tanpa sy menafikan sumbangan anak2 atok & nenek yang lain) sehingga kedua2nya dipanggil mengadap Yang Maha Esa.

bila sy berpindah sekolah,maklong selalu pujuk sy datang ke rumah.kadang2 minta tinggal dengan dia.sebab dia sunyi,saya tahu..dan permintaan itu bukan mudah.banyak halangannya:faktor bas,faktor masa, faktor kesibukan..dan permintaan itu jadi lebih susah untuk orang yang selalu beralasan-seperti sy. "nanti2lah". bukan tak sayang, bukan tak kesian dengan maklong yang menanggung kesunyian, tapi tak bersungguh-sungguh membuktikan kasih sayang dan menunjukkan perhatian.

sekali-sekala melawat maklong dengan keluarga, maklong memerli. dan sy jadi tidak selesa. hanya satu ayat maklong buat sy tersedar semula, bahawa sy tak berhak untuk rasa tak selesa "maklong tak ada anak.anak2 maklong kamu semua lah". she needs us badly. really2 in need.maafkan sy maklong.sy cuba usahakan untuk selalu melawat maklong lepas ni.azam di hati. tak disuarakan di lisan..azam tinggal azam.manusia yang keras hati dan zalim tidak akan mampu peduli pada jeritan nurani supaya membuktikan sebuah kesedaran.sedar tak patut dibiarkan hanya tinggal sedar.tapi dibuktikan dgn tindakan. tapi...sy gagal ujian pembuktian itu.

suatu hari, pulang dari sekolah (form 5). sy sedang berbuka puasa. mak bercakap dengan sy baik2.namun berita itu bukanlah perkhabaran yang baik. "maklong meninggal dalam sujud sewaktu solat subuh".
lidah sy rasa berpasir. makanan tak mampu sy habiskan.sy diam sahaja. sy bangun ke toilet, dan menangis semahu-mahunya.sakitnya pemergian itu.

apa gunanya sebuah tangisan bila insan tersayang sudah terpisah nyawa dari badan. menangislah air mata darah sekalipun,maklong takkan pulang semula. "dikyah sayang maklong.dikyah minta maaf jarang melawat maklong.dikyah minta maaf tak pernah cakap sayang maklong"..apa guna semua ni?useless!

Demi Tuhan, sy terlalu merana dengan kehilangan arwah maklong.sehingga sekarang...penyesalan itu tak pernah hilang.
that was my turning point. menjadi seorang yg lebih tahu menghargai insan tersayang, menunjukkan kasih sayang seikhlas hati dan sesungguh hati, pada sesiapa sahaja yang ALLAH izinkan hadir dalam hidup ini.tapi sangat perit turning point yang dipilih: kehilangan seorang maklong.

sy takkan putus berdoa buat arwah maklong di sana.doakan sy dapat mengungkapkan kembali rasa cinta bila berjumpa di syurga yang kekal abadan abada. amin.

cukup 3 cerita.tiba2 terlintas di minda.diluahkan begitu saja.moga2 ada manfaatnya. berbagai-bagai turning point ALLAH bagi dalam hidup setiap insan.ada turning pint yang bahagia.ada banyak turning point yang derita. justeru,sewaktu panggilan untuk berubah hadir dalam hidup anda,sewaktu panggilan untuk meninggalkan kezaliman, dosa,maksiat,kejahatan memujuk-mujuk anda, SAHUTLAH. tolonglah sahut kerana ALLAH.sebab kalau anda berdegil, takut2 panggilan sebuah turning point menyentap anda untuk berubah secara terpaksa.dan berubah secara terpaksa bukanlah sesuatu yang menyeronokkan.sebab harganya ialah derita dan air mata.

namun kasih sayang Tuhan ada di mana-mana.bersyukurlah kalau kita masih dipilih untuk ditegur ALLAH walaupun apa sekali bentuk turning pointnya. lagi malang bagi manusia yang dibiarkan ALLAH teraba-raba dalam kesesatan dan kesilapan.tak jumpa arah tuju.buta bisu selama2nya.hanya terjaga di alam barzakh sana.

"sesungguhnya manusia itu tidur. hanya terjaga setelah mati"-adaptasi kata2 saidina Ali karramallahu wajhah.

"Sesungguhnya yang buta bukanlah mata, tetapi hati yang ada di dalam dada"-adaptasi al-Quran.

“Maka pernahkah kamu melihat orang yg menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmuNya dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya? Maka siapakah yg akan memberinya petunjuk sesudah Allah . Maka mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?” -adaptasi al-Quran.

nafsu memang akan memilih untuk selesa dengan kesilapan.dan seorang mukmin perlu bermujahadah melawan & membuktikan sebuah taubat dan kesedaran.cukuplah ALLAH sebagai motivasi.

sekian.
take care.
babai.
wassalam.

p/s: xde gambar.malas nak letak.tunggu turning point ke? :) :)

Saturday, November 19, 2011

kisah air mata dan syukur seorang hamba.

Bismillahirrahmanirrahim.

Dia seorang gadis berusia 18 tahun, baru tamat peperiksaan SPM, dan mendapat tawaran ke universiti. Memandangkan keluarganya miskin dan belum ada ahli keluarga yang mampu melangkah ke menara gading, peluang yang diperolehinya merupakan nikmat Allah yang tak terhingga buat dia, sebagai langkah permulaan mengubah nasib keluarga. Dia akan mendaftar sebagai pelajar universiti beberapa hari lagi. Ayahnya sudah berjanji akan menemaninya ke sana. Mereka berdua akan menaiki bas ekspres sahaja, kerana hanya itu satu-satunya pengangkutan yang mampu mereka naiki dengan duit yang ada. Namun, takdir Allah mengatasi segala, si ayah dipanggil menemui Penciptanya dalam sebuah kemalangan yang tragis. Dia hanya mampu menangis. Jika mahu diturutkan hati, dia mahu larut dalam kesedihan dan membatalkan hasrat menyambung pengajian.Namun,pujukan keluarga, saudara mara dan jiran-jiran memaksa dia meneruskan perjuangan. Cuma dia perlu kuat untuk menaiki bas tanpa ayah di sisi.
Ini kisah benar yang dilaporkan akhbar beberapa bulan yang lalu.


Seorang saudara saya terpaksa extend pengajiannya kerana menjaga ibu yang sakit tenat. Dan Allah lebih mengasihi ibunya yang sekian lama sabar menanggung ujian. Saya menerima berita sedih pemergian ibunya sewaktu aidil adha yang lalu.

Ada seorang abang sulung, mengambil keputusan berhenti belajar sewaktu sudah di tahun 3 jurusan perubatan veterinar, kerana himpitan hidup yang menyeksakan. Dia tidak sanggup membiarkan ibunya keseorangan membesarkan adik-adik yang ramai lalu mengambil keputusan berani mati mengorbankan cita-cita, dengan harapan adik-adik tercinta tidak akan mengalami nasib yang sama sepertinya. Ini kisah yang dilaporkan sebuah majalah.

Mari renung keadaan kita. Adakah kita sedang meratapi ujian yang berat seperti mereka? Adakah kita dihimpit dengan tuntutan pengorbanan untuk berhenti belajar demi sebuah survival kehidupan? Adakah kita terpaksa mengalas perut dengan air paip selama seminggu kerana tidak punya wang untuk membeli sesuap makanan?Atau adakah kita ditimpa sakit kronik yang membuat kita terlantar di hospital sehingga tidak mampu meneruskan kehidupan seperti insan normal yang lain?


Jika jawapannya tidak, maka bersyukurlah atas nikmat yang tak terhingga kurniaan DIA. Belajarlah untuk tahu dan sentiasa bersyukur dengan nikmat yang ada walau zahirnya nampak sedikit di mata anda. "Aku tak ada pun kereta Viva, aku tak dapat pun GPA 4.0, aku tak cantik pun macam Wardina, aku tak hensem pun macam Bob Lokman, rumah aku tak mewah pun macam istana mamanda menteri". Manusia, akan sentiasa sahaja ada keluhan dan rungutan. Walau diberi nikmat oleh Allah dengan dunia dan seisinya, pasti takkan juga ada istilah kepuasan. Kecuali insan yang punya iman dan sedar dirinya menumpang di bumi Tuhan.

"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu memaklumkan, sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan menambah (nikmat) kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmatKu), maka pasti azabKu sangat berat". [surah Ibrahim :7]

"Barangsiapa bersyukur, maka sesungguhnya dia bersyukur untuk (kebaikan) dirinya sendiri, dan barangsiapa ingkar, maka sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya Maha Mulia". [An-Naml;40]

Syukur bukan sekadar lafaz 'Alhamdulillah'. Amat malang andai ada yang merasa syukurnya sudah sempurna dengan sekadar melafaz 'Alhamdulillah'. Bukankan sudah biasa kita melihat artis yang berpakaian seksi menjolok mata dengan begitu tawadhuk melafaz Alhamdulillah sewaktu memenangi anugerah dalam bidang seni. Malah ada sebuah band yang bertakbir dan bersujud di pentas sewaktu memenangi pertandingan realiti TV.Seperti ada pencuri yang membaca Bismillah sebelum memulakan aktiviti mencuri. Membacanya tidak salah. Tapi konteks penggunaan kurang tepat.

Syukur tidak hanya sekadar lafaz di lidah. Tetapi mesti dibuktikan dengan perbuatan. Ketaatan yang tulus kepada Allah adalah manifestasi sebenar sebuah kesyukuran. Jika benar kita bersyukur, maka taatilah perintah Allah. Jika benar kita bersyukur, maka tinggallah larangan Allah. Berusaha dan terus berusaha untuk mendapat keredhaan Allah.


"Barangsiapa mengerjakan kebajikan, dan dia beriman,maka usahanya tidak akan diingkari (disia-siakan), dan sungguh, Kamilah yang mencatat untuknya". [Al-Anbiya'; 94]

Rasulullah s.a.w dan para sahabat tidak mengecapi kehidupan yang mewah seperti kita. Rasulullah s.a.w pernah terpaksa mengikat perut baginda dengan batu demi menahan rasa lapar. Saidina Ali bin Abi Thalib dan isterinya Fatimah r.a pernah mendermakan makanan yang disimpan untuk berbuka puasa kepada tiga orang yang memerlukan. " (sambil berkata), sesungguhnya kami memberi makanan kepadamu hanyalah kerana mengharapkan keredhaan Allah, kami tidak mengharap balasan dan terima kasih dari kamu." [Al-Insan:9]

Namun Rasulullah s.a.w dan para sahabat baginda begitu gigih berjihad menampaikan dakwah. Mereka sangat tekun beribadah. Mereka berjuang sehingga berjaya menakluk dua pertiga dunia. Mereka benar-benar bersyukur dengan nikmat taufiq hidayah daripada Allah, dan mereka bersyukur dengan nikmat duniawi yang dinikmati sekadarnya. Ketuk minda kita dengan bertanya,sejauh manakah kesungguhan kita dalam menunaikan amanah yang diletakkan di bahu kita? Sedangkan kita tidak selapar Rasululullah s.a.w dan para sahabat baginda.

Masih ponteng kelas dengan sengaja? Masih culas melaksanakan amanah menuntut ilmu? Masih main-main dengan tuntutan solat, menjaga batas pergaulan lelaki perempuan dan sebagainya? Sekadar contoh. Kita lebih tahu sejauh mana kesungguhan dan kelalaian kita. Sesungguhnya Allah telah memuliakan kita dengan Islam. Maka pertahankanlah kemuliaan itu dengan bersungguh-sungguh mempraktiskan cara hidup seorang mukmin. Janganlah kita merosakkannya dengan keingkaran kita pada Allah Yang Maha Pemurah.


Lapangkan hati kita dengan setiap ujian yang melanda. Bersyukurlah kerana Allah sentiasa memberi kita jalan keluar setiap kali kita berdepan dengan masalah, yang kita rasa seolah-olah dunia sudah tiba di penghujungnya. Kerana hati yang qonaah dan berlapang dada adalah syarat untuk mendapat kebahagiaan. Nasi berlauk ayam,udang dan sotong akan terasa jelik dan tidak sedap bagi orang kaya yang tak tahu bersyukur. Tapi nasi berlaukkan ikan masin semata mungkin lebih sedap dan menyelerakan bagi orang miskin yang tahu bersyukur.

Justeru bersyukurlah. Kurangkan rungutan dan keluhan. Bersungguh-sungguhlah mengejar cita-cita supaya suatu hati nanti dapat menyumbang kepada agama. Kuatkan hati dan tersenyumlah walau apa sahaja ujian yang melanda. Kerana selagi mana anda bergantung dengan Pemilik Dunia ini, DIA pasti takkan pernah menghampakan anda.


"Sungguh, (ayat-ayat) ini adalah peringatan, maka barangsiapa menghendaki (kebaikan bagi dirinya) tentu dia mengambil jalan menuju Tuhannya. Tetapi kamu tak mampu (menempuh jalan itu), kecuali apabila dikehendaki Allah. Sungguh Allah Maha Mengetahui , Maha Bijaksana." [Al-Insan:29,30].

Sekian, selamat bersyukur. :-)


Friday, October 14, 2011

dia yang bernama pakman.

Bismillahirrahmanirrahim.

dengan nama DIA Yang Maha Sempurna, jemari ini menyusun kata.

Pak Man merupakan seorang pemilik kedai buku di pekan kodiang.nama pakman masyhur dan harum di kalangan pelajar2 sekolah yg selalu membeli peralatan sekolah di kedainya e.g buku latihan warna koko (buku kasta rendah-paling murah), pensil 2B, pen dan mcm2 lg. selalu juga kedai pakman jadi tempat singgah guru2,kakitangan pejabat (seperti kerani,penolong kanan HEM,cikgu pendidikan jasmani), peniaga2 kedai runcit dan org awam. pendek kata kedai pakman mmg masyhur & menjadi tumpuan ramai. xketerlaluan sy katakan kedai pakman yg terletak di centre pekan kodiang merupakan simbol kewujudan kodiang.


pakman yang sering berkain pelikat dan berbaju pagoda putih itu selalu tersenyum kepada pelanggan2nya.cuma dia kelihatan kurang senang bila sy berlama2 membaca majalah yg diletakkan di hadapan kedainya(kelihatannya habit ini mmg wujud sejak kecil). kdg2 dia bergurau, dan sy selalu tergelak dgn gurauannya, bukan kerana kelakar tetapi bg menghormati org yg lebih tua. dia ada seorang pekerja yg selalu melayan kami(kanak2) yg membeli brg2 murah seperti gula2 10sen,keropok 20sen,dendang 50sen,paling mahal permainan tora rm2..pendek kata kami tetap mendapat layanan yg baik walaupun kehadiran kami tidak berapa membantu kemajuan ekonomi kedai pakman. sy,adik,dan abang memanggil pekerja pakman itu dgn gelaran 'abang jambori' kerana kami xtahu namanya.satu hari kami terserempak dgn si pekerja ini di sebuah jambori(mcm perhimpunan),so kami pun panggil dia abg jambori sampai sekarang.

sy percaya pakman telah berusaha gigih,sangat gigih bg mencapai kejayaan seperti sekarang.terlalu banyak liku2 yg pakman lalui dlm mendaki puncak jaya. dari seorang yg susah,pakman berjuang dgn keringat dan air mata hingga berjaya tersenyum melihat nikmat kurniaan ILAHI.(hidup pakman!!!).


tiba2 sy terbayang kejadian ngeri:
kedai pakman dimasuki pencuri. segala duit, barang2 bernilai ribuan ringgit lenyap dlm sekelip mata! segala penat lelah sekian lama hancur begitu saja. KESENANGAN yg pakman nikmati hasil penat lelah selama ini DINIKMATI secara kotor dan mudah oleh orang lain.

kalau si pencuri itu dipenjara sekalipun, masih ada potensi untuk kedai pakman di'curi' lagi, sama ada oleh org yg sama(setelah bebas) atau org lain..bukankah sering kita mendengar bekas banduan mengulang kesalahan?????
sebagai insan yg punya hati,adakah anda rasa kasihan pada pakman?
juga pada abang jambori yg terpaksa diberhentikan kerana keuntungan yg susut dibaham pencuri???


ok ok..ini cuma bayangan.(doa sy semoga perniagaan pakman dipelihara dan diberkati Tuhan semesta alam.amin)..tetapi faktanya,mmg kes kecurian terlalu banyak di negara kita.seolah2 polis tidak berfungsi,undang2 tidak wujud, pencuri bermaharajalela setiap masa. peniaga2,bahkan kita sendiri tidak pernah berasa selamat meninggalkan brg2 berharga hatta di masjid.bukankah kita menyuruh kawan atau saudara menjaga barang kita sewaktu kita hendak mengambil wudhu'???bukankah kita terpaksa memasang mangga di peti besi,pintu rumah,seterusnya pagar rumah sebelum keluar rumah.namun masih juga rissau barang berharga diambil orang...

bukan sekadar pencuri,bahkan perompak,perogol,pembunuh masih ramai yg berlegar2 di negara kita tanpa rasa takut.mereka menikmati hidup selesa seperti rakyat2 biasa yg tulus hati mentaati undang2 negara...tidak ingatkah kita kisah adik nurin jazlin yg diletak dlm beg sukan di petaling jaya????relax saja si penjenayah.betapa xde rasa takut akan kesan penguatkuasaan undang2 ke atas beliau.

tidak ingatkah kita tentang kisah ngeri pembunuhan jutawan kosmetik arwah sosilawati dan rakan2nya yg menyentap jantung rakyat malaysia??mcm mana dlm negara sehebat malaysia ada manusia pembunuh 'sehebat' hitler????



lupakah kita akan kisah ragut yg menyebabkan kematian seoarang ibu yang sarat mengandung??? sy pernah sebak membaca kisah seorang imam yg pulang ke rumah terkejut melihat isterinya yang berlumuran darah dilibas parang.moga2 isterinya dikira syahid (kerana mempertahankan harta dan nyawa.tambahan pula mangsa masih bertelekung sewaktu ditemui-baru selesai solat agaknya).

adakah anda rasa undang2 sedia ada perfect???polis kita perfect???
tidakkah jiwa normal manusiawi anda menginginkan penyelesaian segera ke atas permasalahan ini??? jgn sesekali anda rasa xkesah.cuba bayangkan penjenayah masih ramai yg berkeliaran.xkan anda xrisau keluarga anda,mahupun anda sendiri jadi sasaran seterusnya???

tau x kenapa jadi mcm ni???
sbb kereta rosak suruh tukang masak repair.
sbb kipas rosak suruh posmen baiki.
sbb bekalan elektrik terputus suruh tukang kebun sambungkan.


analogi pada-bila duduk bumi ALLAH, xguna manual yg ALLAH bagi. bila nak urus makhluk x ikut panduan Pencipta makhluk. bila makhluk rosak,x refer Pencipta makhluk Yang Maha Tahu untuk repair.
maka yang sepatutnya elok jadi rosak.yang rosak makin rosak..punah habis segala!

jujur pada diri kita-kalau hukum ALLAH dilaksanakan (hudud dan qisas), Islam dilaksanakan secara menyeluruh-adakah org berani2 buat jahat?
berani curi kalau tau kena potong tangan? berani zina?berani bunuh???
walaupun hudud bukan senang nak dibuktikan,tetapi itu cukup membuat orang takut dan jadi pencegahan.

yang sy pelik kenapa terlalu takut dgn hukum Tuhan kalau diri sendiri mmg suci murni dari jenayah dan kezaliman. bab kata ustaz zaharuddin: "hudud ni utk manusia yg betul2 jahat.kalau buat jahat sembunyi2 xkena lg hudud,tp yg utk yg buat terang2".
bak kata almarhum Zulkifli Muhammad, bekas ahli parlimen genius Malaysia, "org Islam yg tidak menggunakan hukum Islam, ibarat anak yatim yang mempunyai banyak harta tinggalan ayahnya,tapi tidak berusaha mendapatkan harta itu(dengan membuat pemindahan harta dsbg), tetapi memilih untuk meminta2 dan menumpang harta org lain".

kalau dulu kita dimomokkan dgn kenyataan kononnya negara kita memiliki masyarakat yg majmuk-mustahil hudud bleh dilaksanakan.org bukan Islam pasti xsetuju.
sekarang situasi semakin berubah.banyak kenyataan positif dari pemimpin2 org bukan Islam sendiri.antaranya:
big boss org kristian kata:
“I say it's time to ALLOW Muslims in Kelantan, if they so desire,TO IMPLEMENT SHARIAH LAW"

[Dr Paul,president of the Catholic Bishops' Conference of Malaysia].


leader non muslim yg beragama hindu:

‎"Secara peribadinya, saya melihat penggantian dua akta baru kepada ISA seperti yang

diumumkan itu tidak perlu diwujudkan sebaliknya digantikan dengan pelaksanaan hukum

hudud.Hukum hudud itu lebih dekat dengan keadilan..."
[N. Balasubramaniam]

“Isu hudud ini sebenarnya tidak ada kaitan dengan orang bukan Islam. Kenapa perlu kita takut. Kita tidak perlu bimbang kerana hukum hudud hanya untuk orang Islam." [Dr B.Chandran]

ketua editor merdeka review yg berbangsa cina pula menyeru bangsanya:
"kalaupun hudud nak dilaksanakan di kelantan biarlah.buat apa kita sibuk2,hudud bukan ada kena mengena dgn org bukan islam!"[adaptasi].

hah,nak guna alasan masyarakat majmuk lagi???

kalau rasa malu guna hukum Islam,sbb konon2 negara yg hebat xguna undg2 Tuhan-cuba lihat contoh pemimpin negara kaya brunei darussalam:
"to obey all the demands of Allah the Al-Mighty as its foremost obligation.

We have no option other than to obey all Allah's commands.

‎I am certain that if we wanted to implement the laws of Allah (SWT), it is not impossible to

be carried out..What else are we waiting for?"-[Sultan Hassanal Bolkiah,the Sultan of

Brunei Darussalam.]

masalahnya adalah alasan.masalahnya adalah tidak cinta dan takut ALLAH.masalahnya adalah Islam diguna sekadar meraih populariti dan undi.masalahnya ialah tiada kesungguhan untuk mendaulatkan hukum2 al-Quran.masalahnya ialah tidak sedar diri menumpang.

solution :kalau xnak tunduk pada ALLAH,sila keluar dan jangan duduk di bumi ALLAH lagi.jangan berbohong bertopengkan agama sedang hati membenci apa sahaja atas nama agama.

sekian.




p/s 1: ingatlah firman ALLAH :"(Inilah) suatu surah yang Kami turunkan dan Kami

WAJIBkan (menjalankan HUKUM-HAKAMnya), dan Kami turunkan di dalamnya

tanda-tanda (kebesaran ALLAH) yang jelas, agar kamu ingat." [An-Nur:1]

p/s 2: semoga kedai pakman takkan dimasuki pencuri.juga kedai2 lain yg pemiliknya tidak bernama pakman juga selamat.

wassalam.




Monday, September 5, 2011

alkisah sejarah.

Salamullahi alaik.
cuti yang panjang sepatutnya menambah bilangan entry yg ditulis di blog ini,namun seperti waktu2 sibuk sebelumnya,entry hanya ditulis paling kerap 2bulan sekali.sadis2..anggap saja sy tetap sibuk walaupun bercuti.boleh juga menganggap laptop sy yg rosak membantutkan kerajinan sy menulis.paling baik anda menganggap sy tidak bersungguh2 untuk mengasah bakat menulis.apa2 sahaja anggapan anda,sy tetap akan menulis entry baru sekarang.hehehe.jom kita teroka perkara yg tiba2 menjengah otak sy.

1) zaman sekolah dulu,sy adalah peminat tegar subjek sejarah.sy hanya rajin belajar subjek sejarah. boleh katakan i learnt history by heart la.bukan sekadar sejarah malaysia,malah sejarah indonesia,india dan negara2 lain juga menarik minat sy.sewaktu melancong ke medan,indonesia sy asyik membaca segala cerita sejarah yg tercatat di muzium di sana.bayangkan buku tebal tentang sejarah indonesia habis sy baca di sana hanya dlm masa beberapa jam..sy kagum dengan keberanian rakyat indonesia berjuang melawan belanda hanya dengan senjata buluh runcing. sy tertanya2 kenapa malaysia mendapatkan kemerdekaan dgn cara kurang gentleman iaitu melalui perjanjian,bukan perjuangan habis-habisan.kenapa tidak british dihalau secara hina seperti belanda melangkah sebagai orang kalah di indonesia. adakah malaysia tiada tokoh2 tempatan yg berani berjuang seperti terlakar dlm sejarah negara2 lain. (oh tidak2.mesti ada.negara kita bukan lekeh sangat).

dalam buku teks sejarah form 5,kalau anda perasan-part penceritaan tentang sumbangan Kaum Muda dalam membangkitkan kesedaran kemerdekaan di kalangan rakyat Tanah melayu ketika itu- tercatat nama 3 tokoh kaum muda iaitu sheikh tahir jalaluddin,syed sheikh al hadi dan Burhanuddin al-Helmy. memang nama sheikh tahir dan syed sheikh al hadi di'bold'kan tetapi tidak nama Burhanuddin al-Helmy. bold=penting. adakah sumbangan dr.Burhanuddin tidak diiktiraf kepentingannya?
persoalan ini bermain2 di minda sy. kemudian sy sedar bahawa Burhanuddin al-Helmy merupakan pemimpin berjaluan kiri,bukan pemimpin dari parti pemerintah.




2) sy jugak hairan kenapa leftenan adnan diiktiraf sbg wira sedangkan beliau berkhidmat di bawah british. bagaimana seorang anak tempatan boleh berkhidmat di bawah penjajah.

cuba baca ni -"Dalam pertempuran dengan askar Jepun, Askar Melayu menunjukkan keberanian dan semangat keperwiraan yang hebat di mana seramai 152 anggota Askar Melayu, termasuk 7 pegawai Melayu dan 6 orang pegawai British yang dipinjamkan ke Rejimen Askar Melayu terkorban [Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya penulis novel sejarah prolifik Abdul Latip Talib]...mcm mana orang melayu boleh bekerjasama dgn british pulak.yg sedih 152 orang melayu terkorban,namun cuma 6orang british menemui ajal.

sy betul2 kehairanan dgn sejarah negara sy sendiri. sebab bila sy bandingkan dgn sejarah negara lain,indonesia contohnya( sbb indonesia banyak persamaan dgn kita), mereka tak pernah bagi muka pada belanda, apatah lagi nak bekerjasama dgn belanda. sehingga pada akhir penjajahan, belanda offer kemerdekaan pada indonesia di bawah ratu juliana(mcm british offer kemerdekaan pada malaysia di bawah ratu elizabeth), tapi indonesia menolak.mereka mahu merdeka SEPENUHNYA tanpa ada kaitan sebesar zarah lagi dgn belanda. tapi malaysia merdeka-masih ada penglibatan british dlm pemerintahan negara kita.

baru2 ini (sebelum 31 ogos), sy terdengar di corong radio kisah pejuang2 kemerdekaan, di mana bekas2 tentera yang pernah berkhidmat pada era sebelum merdeka diberi peluang bercerita kisah2 mereka. mereka dianggap pejuang kemerdekaan. sy terdengar seorang bekas askar bercerita dengan bangga kehebatan beliau berkhidmat dgn askar british. kehairanan sy bertambah 17kilogram lagi, "eh,bukankah british tu penjajah??apa nak bangganya berkhidmat bawah penjajah??bukankah tujuan nak merdeka tu sebab nak bebas dari penjajah????"






OK,INI APA YG TERLINTAS DI FIKIRAN SY.mohon maaf pada yg xselesa membacanya.sy rasa tak ada sebarang undang2 yg menghalang kebebasan berfikir,mahupun kebebasan lintasan fikiran.dah memang sy suka fikir luar alam nak buat mcm mana kan.

3)tiba2 baru ni timbul isu mat indera. automatically sy cakap "ha! ni la yg aku dok konfius selalu tu"... kenapa polis yang mempertahankan bukit kepong (sah2 la mereka berkhidmat bawah british) dikatakan wira,tetapi masyarakat tempatan yg berbangsa melayu dan beragama islam-dikatakan pengkhianat??????
sy tidak mengatakan fakta yg dikemukakan seorang pemimpin pakatan rakyat itu totally right, sy juga tidak mengatakan fakta yg dipertahankan pemerintah umno sbg totally wrong jugak. sebab sy bukan pakar sejarah,sy cuma peminat sejarah, yg berminat berfikir tentang sejarah, sehingga banyak keraguan tentang sejarah bermain2 di minda sy.

cuba baca ni jugak :
"Adakah Mat Indera seorang petualang atau pejuang? Mat Indera adalah seorang yang berani berjuang secara terbuka melibatkan jasmaninya, rohaninya, inteleknya, dan emosinya demi bangsa dan negara. Dia tidak mempunyai kepentingan peribadi. Dia juga tidak mempunyai niat jahat terhadap bangsa dan negaranya. Dia rela mempertaruhkan nyawanya demi memperjuangkan hak kedaulatan sebuah negara yang terbelenggu oleh rantai penjajahan. Justeru Mat Indera sewajarnya diabadikan namanya sebagai seorang pejuang, bukan seorang petualang".[buku Pengukir Nama Johor, diterbitkan Yayasan Warisan Johor yg dinaungi oleh Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman]


(mat indera seorang guru agama dan hafiz al-Quran)

"Sementara itu, walaupun Mat Indera dikaitkan dengan peristiwa serangan Rumah Pasung Bukit Kepong, namun menurut saksi, seorang anggota polis marin bernama Abu Bakar yang terselamat dalam serangan, Mat Indera tidak menyerang.Beliau sebaliknya melindungi dan menyelamatkan keluarga anggota polis.Mat Indera memang bertanggungjawab mengarahkan serangan tetapi arahan yang diberikan ialah untuk menangkap beberapa orang anggota polis yang berjudi dan mabuk pada malam Tahun Baru Cina."(harakahdaily).

4)sejauh mana kebenaran fakta2 ini,ALLAH jualah yang Maha Tahu. tujuan entry ini ditulis bukanlah untuk mengesahkan mana2 fakta,sebab sy bukan orang yg layak untuk mengesahkannya, tapi lebih sekadar MENGETUK MINDA kita supaya berfikir. mempersoalkan mana yg patut dipersoalkan, tak masuk campur mana yg di luar pengetahuan, tetapi dlm masa yg sama mencari dan terus mencari kebenaran.

kenapa mesti mencari kebenaran??? kerana kita mengecap kedamaian hasil sebuah negara yg merdeka- dan merdeka itu bukan percuma harganya. merdeka itu tukaran dari darah dan air mata pejuang2 terdahulu. siapa pun mereka, hatta berbeza ideologi politik, layak mendapat penghormatan dan pengiktirafan.

marlah kita jadi warganegara yang matang, yang memberi hak kepada yg berhak. yg tidak melatah hanya kerana berbeza hujjah. yang tidak menafikan sumbangan hanya kerana berbeza kefahaman. seperti sy tidak menafikan kehebatan dato' onn dan kebijaksanaan tunku abdul rahman,moga kiranya sudilah warga2 malaysia seperti sy yg lainnya mengiktiraf keberanian burhanuddin al-helmy,tok janggut,abdul rahman limbong dan sebagainya.

kalau sekiranya shamsiah fakeh juga ada sumbangan dalam melawan penjajah, apa salah kiranya kita mengiktiraf sumbangan beliau. (sila baca memoir shamsiah fakeh untuk kefahaman lebih jelas).

sekali lagi sy tegaskan, tulisan ini bukan mahu mencetus kontroversi kerana tiada fakta baru yang datang dari sy personally, sy hanya mengemukakan fakta2 sedia ada bertujuan mengetuk minda supaya kita berfikir sedalam2nya.

a) pernah dengar x kata2 :"sejarah ditulis oleh orang2 yg menang"?
b) US & israel menggelar pejuang Islam sebagai pengganas. british pula menggelar pejuang yang xsehaluan dgn mereka sbg komunis. so kena kaji betul2, yg dapat tilte komunis tu betul2 komunis atau sebaliknya. moga kita xtersalah menghukum.

"Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan." [al-Maidah; 8]
~jangan kerana benci, x iktiraf sumbangan seseorang.


p/s: kepada silent readers yang sering membaca dan memberi komen tentang blog ini,terima kasih diucapkan. sy tahu ada antara anda yg berbeza pemikiran dgn sy, namun sy hormati sikap yg diamalkan sekian lama-menghormati perbezaan pandangan+baca tanpa prejudis.dan sy berbesar hati bila anda sudi mengakui mana yg benar dari apa yg tertulis.hehehe. terima kasih dan selamat mengetuk minda lg untuk entry ini. sebarang pembetulan fakta dialu2kan.MAAF ZAHIR BATIN.

-salam aidilfitri dari budak kodiang-

Followers

About Me

My photo
penuntut institut pemikiran politik Ibnu Hussian.