Tuesday, December 29, 2009

Dr.Hisham...personaliti&tazkirah yg menyentuh hati..

hari isnin seperti biasa pkul 11am ada clas piL.(public international Law)..aku masuk ke kelas dan berkejar ke toilet..selesai urusan duniawi tu,aku berkejar pulak ke clas..xnak terlewat..aku duduk,mengeluarkan buku nota dan pencil case dr beg..bersedia untuk belajar,tapi Dr.Hisham masih diam,spt belum sedia memulakan lecture nya..lambat2 Dr Hisham bersuara : lebih kurang begini isinya:
"menuntut ilmu ni ibadah..result tu (cemerlang @kurang cemerlang) just a matter of rizq(rezeki)..antara cara2 untuk murah rezeki adalah baca ayat 1000 dinar di samping solat sunat dhuha..dlm ayat 1000 dinar tu, the first thing is:waman yattaqillah..bermakna sesiapa yg bertaqwa kpd ALLAH. bertaqwa maksudnya taat kpd ALLAH..
SO, kpd sister please cover your aurah properly..spt yg disuruh dlm Quran.(teguran ni aku yakin ditujukan untuk sister2 yg pakai tudung,tp xdilabuhkan sehingga tutup dada dorg or juz pakai selendang)..
DAN kpd brothers yg pakai gelang,sila tanggalkan sekarang! I dont want to see brothers wearing gelang in my class."

Di saat kata2 tu keluar dr mulut Dr.Hisham, darjah respect ku pd lecturer ku ini,naik beberapa anak tangga..kalau ikut percentage mungkin naik 50%..jarang sekali sebenarnya lecturer bertegas sebegitu dlm bab menutup aurat ni dgn students..aku tidak sama sekali meng'kondem' pensyarah2 lain..mereka mungkin sudah bosan dgn karenah students yg berperangai lebih foreigner dr foreigners..atau mungkin bg dorg students dah besar untuk ditegur perkara2 sebegini.

walau apapun,aku menghormati teguran Dr.Hisham..aku percaya dia xkan melakukan teguran itu kecuali kerana rasa takutnya kpd ALLAH..spt kata beliau di hujung tazkirahnya "i just tell u what i know,otherwise i will be sinfull."
sebagai seorang lecturer yg mengajar budak2(mahasiswa2 sebenarnya) yg dah nak menghampiri fasa dewasa,memang teguran secara membebel xsesuai digunakan..tapi Dr.Hisham menggunakan cara yg bagus..dia bg reasons atas teguran dia.dan dia xperlu marah2.cukup cakap sekali saja tetapi memadai untuk buat students terkedu dgn ketegasannya

dlm clas piL sebelum ni,aku teruja,inspired,kagum dgn cerita Dr.Hisham tentang Muhammad al-Fateh dan bagaimana tentera Islam menakluk Konstantinopel.
walaupun mungkin aku dah berkali-kali dengar story pasal constantinople ni,tapi bila diceritakan semula Dr.Hisham dgn intonasi yg menarik dan agak bersemangat,aku rase nak menitis air mata pun ada..antara ceritanya :
"sewaktu nak pilih imam untuk solat berjemaah,Muhammad al-Fateh bertanya siapakah antara kita semua ni sejak baligh hingga sekarang, pernah tinggal hatta 1 solat fardhu,sila duduk.
maka xde sorang pun dari ratusan ribu tentera Islam yg duduk..you just imagine,hundred thousands never miss fardhu prayer...
kemudian,sape antara kita,sejak baligh dr sekarang,penah tinggal solat sunat rawatib
( qobliah,bagdiah) sila duduk.
separuh dr ratusan ribu tentera Islam duduk..
akhir sekali: siapakah antara kita semua ni,yg dari baligh sampai sekarang ini, pernah walau sekali meninggalkan solat sunat tahajjud, sila duduk..
maka tinggallah hanya Muhammad al-Fateh berdiri seterusnya mengimamkan solat tersebut.."

sewaktu ratusan ribu mujahidin berperang melawan musuh, para sufi dan keturunan Rasulullah s.a.w (descendants of the Prophet Muhammad s.a.w) dikumpulkan di suatu tempat untuk membaca ayat2 suci al-Quran sepanjang pertempuran berlansung...maka xhairanlah mereka berjaya menakluk constantinople yg dikuasai beratus tahun oleh tentera kristian..
aku terkedu,rasa panas mata...nak menangis..
adaptasi hadis Rasulullah s.a.w :"pemimpin yg menakluk contantinople adalah sebaik2 pemimpin di zamannya,dan tenteranya adalah se-baik2 tentera."

ada banyak lg cerita Dr.Hisham tentang kisah Muawiyah dan sebagainya..tapi inilah cerita yg sgt membekas dlm hati aku,motivasi xternilai harganya...

aku terfikir,kalau hendak dibandingkan kehebatan tentera Muhammad al-Fateh(nama asal:Muhammad bin Murad) dgn seluruh muslimin generasi sekarang,ya ALLAH....mcm budak belum masuk tadika nak dibandingkan dgn seorang yg dah amek phD 8kali..
dari sudut kekayaan,aku percaya negara2 Islam dikurniakan kekayaan yg melimpah ruah..jauh lebih kaya barangkali dr tentera Islam di zaman Muhammad al-Fateh..apatah lg tentera Islam di zaman Rasulullah s.a.w. ..negara2 Islam ada MINYAK...kekayaan dr hasil minyak tu sebenarnya mampu untuk menghasilkan beribu-ribu nuklear dan membeli berjuta-juta senjata...kalau iran mampu menghasilkan nuklear,walaupun minyak negara iran tidaklah sebanyak minyak arab saudi, apatah lagi arab saudi yg mmg merupakan antara pengeluar minyak terbesar dunia. kalaulah seluruh negara2 Islam yg kaya dgn minyak(arab saudi,malaysia,indonesia,iran,iraq,etc.. sgt banyak)bersatu...apa agaknya jadi pada israel dan US?

kita sebenarnya memiliki segala-galanya kecuali satu....KEBERANIAN...kita:negara2 Islam sgt pengecut! kerana apa,kerana rasa Taqwa kepada ALLAH yg kontang, keimanan yg gersang....
takut kpd US mengatasi takut kpd ALLAH..sayang kpd israel mengatasi sayang kpd saudara seagama yg dilanyak di Palestin....xhairan kita dihina di bumi sendiri...
Pemimpin2 dunia Islam lebih suka tidur dlm limpahan dinar dan dirham dari turun merasai perit pedih perjuangan..apa nak buat.....kereta mewah,padang golf,perempuan cantik=isteri muda lebih mereka cintai dari berjihad di jalan ALLAH..
kejadian baru2 ni(xdelah baru sgtberlarutan sebenarnya)-Mesir xnak buka sempadan supaya bantuan2 dapat dihantar ke Gaza...ape punye perangai la tok arab ni..aku pun xpaham...

tinggal lah manusia2 yg lemah,miskin harta tapi kaya jiwa (sheikh ahmad yasin dan ramai lg pejuang2 di seluruh dunia- di palestin,aceh,pattani,afghanistan,malaysia dsbg) yg masih cintakan agamaNYA berjuang dgn keringat dan sisa2 tenaga yg ada untuk melawan kuasa2 besar dunia yg zalim..
air mata mengalir,darah menyimbah keluar,keluarga menanggung derita yg ber-bagai2~namun mereka masih terus melangkah kerana mereka xpunya apa2 yg pemimpin2 mereka ada=kekayaan melimpah ruah..tetapi kerana mereka ada apa yg pemimpin mereka xada iaitu KEBERANIAN..keberanian hasil taqwa kpd ALLAH...

di malaysia ni, aku percaya masih ada golongan2 yg mungkin tidak terserlah kemewahan duniawi mereka,tetapi terserlah usaha mereka x jemu2,semangat gigih mereka untuk melihat agama ALLAH tertegak di muka bumi ini...xkesahlah usaha tu kecil atau besar,se-kurang2nya mereka ada sumbangan pada agama, ada bukti cinta mereka pada ALLAH dan RasulNYA dan ada bekal untuk dibawa di akhirat sana.carilah mereka,dan sertailah mereka...

hmmm..berbalik pada tazkirah Dr.Hisham,aku harap aku akan terus berpeluang mendengar tazkirahnya..terpikir gak,kalau bagi kat dia 1 slot utk tazkirah je,mesti best..hehe..aku bukan mengagung2kan Dr.Hisham,just respect..menghormati..menghargai ilmunya..Aku mohon ALLAH kekalkan rasa respect dan pandangan baik aku pada dia..dan pada semua pensyarah2 aku di uia (+ semua cikgu2 yg pernah mendidik aku)...semoga ALLAH ganjari kalian dgn ganjaran yg sebaik2nya..sesungguhnya DIA lah sebaik2 pemberi balasan...amin.

1 comment:

Followers

About Me

My photo
penuntut institut pemikiran politik Ibnu Hussian.