mardhiyyah binti johari Says:
June 7th, 2009 at 7:05 am edit
salam..saudari..saya baru terperasan komen saudari sekarang..so sori..kalau perasan saya boleh respon lebih awal..apapun,saya gembira perbezaan pendapat membuka ruang pada perbincangan ilmiah yg bermanfaat..
ini jawapan saya..moga sudi membacanya..
1) tajuk PPSMI:masa untuk perubahan..kandungannya saya mahu pembelajaran sains n mate ditukar dari BI ke BM..masa untuk perubahan,dari guna bahasa asing kpd bahasa ibunda..mana ketidakselariannya,boleh jelaskan? hehe
2 ) jepun negara maju,so saya percaya malaysia kalau boleh mahu mencontohinya..buktinya kerajaan hantar ramai students m’sia ke sana supaya kita boleh manfaatkan teknologinya..sesuatu yg menarik negara maju ini belajar sains n matematik dlm bahasa ibunda mereka..kalau kita mahu contohi kemajuan mereka,kena juga contohi cara mereka dapatkan ilmu tersebut..indonesia,kalau saudari dakwa lebih mundur dr kita,buat pengetahuan saudari dari segi demokrasi mereka lebih bagus dr kita berdasarkan statistik negara2 asia..seandainya mereka lebih mundur dr kita,maka kita patut malu,negara yg lebih mundur kononnya lebih martabatkan bahasa ibunda dr negara membangun mcm kita..xkisahlah level mana letaknya negara kita,level kecintaan pada bahasa ibunda patutnya sama pada semua bangsa.
3)dalam melaksanakan sesuatu dasar, logik dan realiti adalah berbeza..logiknya saya bersetuju dgn kenyataan saudari..tapi realitinya berbeza saudari..kalau saudari tahu kajian telah dilakukan oleh ahli akademik UKM menunjukkan bahawa 81.4% pelajar melayu dari tahun 5 menyatakan masih sukar faham pembelajaran sains mate dalam BI. kalau saudari xyakin dgn kajian rakyat tempatan saya bawakan contoh kajian barat..kajian menunjukkan rakyat Sweden lebih cemerlang apabila belajar subjek tertentu dlm bahasa ibunda..itu realitinyaa..logiknya PPSMI memang bagus untuk improve english students,tapi realitinya kita kena berpijak di bumi nyata..dan kajian jelas menunjukkan untuk improve penguasaan bahasa mesti guna medium bahasa tu sendiri.bukan guna medium lain..alangkah bagusnya segala sumber kewangan yg digunakan oleh kerajaan untuk PPSMI digunakan dlm subjek BI tu sendiri..contoh hantar guru2 BI belajar camne care nak mengajar BI tu sendiri dgn lebih baik..bukan guna medium sains n mate..
4)peningkatan result pelajar PMR dan SPM telah terbukti disebabkan graf yg telah diturunkan dgn begitu mendadak,bukannya kerana penguasaan terhadap subjek tu sendiri..saudari boleh jumpa pelajar yg lulus cukup makan hampir kesemua subjek (E8,D7) tapi boleh score B3 untuk sains sedangkan dalam semua exam before the real exam xpernah lulus.coz graf jatuh..so teluskah kita menilai prestasi pelajar?-ini saya baca dari laporan seorang guru yg komen tentang PPSMI dlm sebuah paper tempatan..
5)saudari jgn bandingkan pembelajaran BI di sekolah dgn IPT..semua sudah sedia maklum mengenai pandangan yg dikeluarkan oleh ahli2 akademik bahawa pelajar boleh belajar sains mate dlm BI apabila mereka berada di universiti(IPT) kerana pada masa itu mereka berada pada umur yg sudah mampu untuk terima menda yg agak susah dlm pembelajaran mereka..tetapi tidak lebih awal dari itu..apatah lg sekolah rendah..saudari,sains n mate subjek asas dan penting..bila pelajar xfaham asasnya dr skolah rendah lg,mereka akan terkandas lebih teruk dari tahun ke tahun..jgn hanya tengok skolah2 di bandar,tolong juga belas kasihan pd anak2 pedalaman di beribu daerah di m’sia ni-ulu tembeling,sabah sarawk dan banyak lg..mana perikemanusiaan kita pada mereka untuk mendapat hak yg sama terhadap kefahaman ilmu??budak2 skolah kat bukit damansara,putrajaya saje ke nak faham blajar sains n mate??anak2 org asli di pahang mcm mane?anak2 kampung di kodiang,changloon mcm mane?kalau mereka xfaham dgn sebenar2nya apa yg diajarkan,bukankah kita telah memperjudikan masa hadapan mereka??nak tahu realitinya,saudari perlu turun padang lihat keadaan ank2 kampung ni..suasana pasti berbeza kalau nak bandingkan dgn pelajar medic di IPT mcm saudari kan??
6) kata A.SAMAD SAID sasterawan negara,PPSMI:bahasa seksa bangsa!beliau turun berdemo untuk bantah PPSMI..beliau sasterawan negara pencinta bahasa bantah PSMI…maka di manakah kita??malukah memperjuangkan nasib bahasa yg dah makin tenat ni?
7) saudari, pelaksanaan PPSMI sebenarnya melanggar perkara 152 Perlembagaan Persekutuan bahasa melayu sbg bahasa rasmi negara..PPSMI melanggar apa yg termaktub dlm penyata Razak dan Penyata Rahman Talib..atas dasar apa pun kita rasa perlunya pembelajaran sains n mate dlm BI,saya rasa kita perlu lebih rasional dlm menimbangkan tentang perlunya mengangkat dan memartabat bahasa ibunda sendiri..bukti kita mengangungkan bahasa ibunda sendiri,letakkan dia di tempat yg sewajarnya iaitu mengajar subjek penting (sains mate) dalam bahasa ibunda kita sendiri.. untuk pengetahuan saudari,bahasa kita tidak lekeh sehingga xlayak digunakan untuk mengajar subjek penting..bahasa melayu tergolong antara 4 bahasa terbesar dunia..(betapa ramai penuturnya)..kalau aset guna alasan banyak rujukan dlm BI,maka soalan saya sampai bila kita nak depend kat bahasa inggeris??begini jugakah jawapan kita pada anak cucu kita nanti tentang nasib bahasa ibunda warisan tok nenek kita???
9 )saudari,saya bukan anti BI..belajar guna BI di UIA bukan alasan untuk saya menganaktirikan bahasa ibunda anugerah ILAHI yg saya cintai..ALLAH bagi anugerah bahasa pd setiap bangsa..saya hargai dan syukurinya..saya xnak kufur nikmat dgn lebih2 agungkan bahasa lain..hehehe..saya optimis perjuangkan bahasa..by the way,saya gembira kerana saudari menulis komen di blog saya guna bahasa melayu..hehe..terima kasih..saya hargai perbezaan pendapat saudari..syukran..
salam peace..ahak3
No comments:
Post a Comment