Friday, April 9, 2010

akukah yg terlalu sensitif?????

aku kerapkali terasa hati sejak akhir2 ini..selama ini pun aku terasa hati,tapi semakin aku meningkat dewasa,perasaan kecil hati ni semakin menjadi-jadi..lihatlah apa yg mereka semua ini lakukan,kemudian nilailah:sama ada mereka yg kejam atau akukah yg terlalu sensitif...

1) aku dengar cerita,sistem baru GST mahu diperkenalkan kerajaan..(melalu sistem ni,semua barang yg dijual belikan oleh rakyat,akan dikenakan cukai..).aku baca lg,kerajaan seakan mengugut,jika mahu kakitangan kerajaan dinaikkan gaji,dan taraf hidup rakyat meningkat,maka sistem ini mesti dilaksanakan..masalahnya,yg kena bayar cukai tu rakyat..hasil dr kutipan cukai itu,akan terkumpul lah sejumlah besar(ratus jutaan ringgit) wang:wang kertas mahupun syiling..yg seterusnya akan digunakan untuk membayar gaji2 perdana menteri,menteri2,juga bayaran gaji supir2 mereka,pembantu rumah mereka,tukang kebun mereka,rumah2 mewah bertingkat-tingkat mereka..juga digunakan untuk korupsi sedikit2..maka berapa banyak ya bakinya yg tinggal untuk rakyat?berapa banyak ya sisa2nya yg tinggal untuk menaikkan pendapatan perkapita rakyat???
aku lihat kiri kananku,masih ada yg terpaksa menelan air liur melihat makanan sedap di pasar2 malam(bukan hotel ye)..x cukup duit pun nak makan sedap2..makanya aku jadi kcil hati skali..
kalau begini,akukah yg terlalu sensitif???

2)aku dengar khabar,kos penyelenggaraan kediaman rasmi perdana menteri dlm setahun sahaja menelan belanja puluhan juta ringgit.(x ingat puluhan atau ratusan juta ringgit.x kesahlah,sebab sejuta pun bagi rakyat marhaen seperti aku tetap jumlahnya banyak amat)...kos membaiki toilet kediaman rasmi PM saja menelan belanja ratusan ribu.ah,gila!!! duit untuk melaksanakan tujuan itu bukankah datang dari pak latiff,si penjual buah2an depan rumah aku,bukankah datang dr pak cik sareh,si petani-menitiskan peluh keringat sewaktu menuai padi,bukankah datang dr koon dan joe yg berniaga kedai kasut dan beg di kampung lama aku..bukankah juga dtg dr mamak yg berniaga nasi kandar dekat georgetown nun..ramai lg lah rakyat malaysia ni yg berkongsi duit membayar kos penyelenggaraan toilet kediaman rasmi PM yg digunakan hanya untuk membuang bahan2 asas yg x perlu itu..oh,tidakkkkk..membazirnya duit pakcik sareh,membazirnya duit pak latiff...dan semua org yg x tersebut namanya..dan termasuk mak dan ayahku jua..oh,termasuk aku jua...tidakkk..
kalau begini kisahnya,akukah yg terlalu sensitif????

3) hari2 aku baca akhbar/paper,berita rogol hampir hari2-zalim!kisah buang bayi lg banyak..kisah rompak baru je baca semalam,ada lagi berita rompak hari seterusnya..lagi?lagi cerita kezaliman apa lg?ada-kisah belasah,dera budak sampai mati..kisah culik budak,hanya ditemui setelah mati...oh,Tuhan:binatang apa yg melata di dunia saat ini?binatang lebih baik akhlaknya..maka,mereka2 ini,bukan binatang..tetapi manusia yg sudah hilang sifat binatang,mereka hanya layak dinisbahkan dgn binatang..sebab untuk dibandingkan dgn manusia,taraf manusia terlalu mulia untuk diisi dgn nama2 mereka..
aku lihat polis lebih suka menangkap ahli2 politik haluan kiri untuk disumbat ke dlm ISA..dan ada juga yg bukan ahli politik pun menjadi mangsa..aku pergi demo menentang ISA dulu..oh,terlalu ramai polis seperti mahu berdemo bersama-sama saja nampaknya..tapi rupanya mereka datang bertujuan membantai peserta demo sehabis-habisnya..haiya,tolonglah kerah semua polis2 yg ramai ini,dengan senjata lengkap di tangan,dengan pakaian seragam smart di badan,tolonglah kerah mereka menangkap pembunuh nurin jazlin,asmawi,semua..
aku tunggu,tunggu dan tunggu mereka yg menzalimi adik2 x berdosa ini diadili di uka pengadilan..tapi sampai sekarang mereka yg mendakwa antara polis yg tercemerlang rantau ini hanya mampu mengatakan:masih dlm siasatan..
oh,kalau begini akukah yg terlalu sensitif???

4)banyak lg perkara,banyak lg penghinaan terutama berkaitan agama Islam..tetapi cukuplah dahulu sampai disini..ayah dan ibu sudah memanggil2 aku untuk minum petang-goreng pisang dan teh tarik..sedap tapi hatiku masih pilu..oh,akukah yg terlalu sensitif???

sekian dulu,dari aku yg x pasti,apakah aku yg terlalu sensitif???......

1 comment:

Followers

About Me

My photo
penuntut institut pemikiran politik Ibnu Hussian.