Saturday, April 3, 2010

satu demi satu panggilan...

In the name of ALLAH,the Most Gracious The most Merciful..

dalam waktu x sampai sebulan,aku dikejutkan dgn beberapa berita kematian..dari cerita org ternama sehinggalah org2 biasa..al-Fatihah untuk mereka..

meletakkan aku dlm tempat mereka,(tempat yg pasti destinasinya,cuma belum dapat menghidu tarikh,jam serta minitnya)....kerisauan kadang2 mengusik perasaan..harapan mahu berjumpa TUHAN dgn sebaik2 pertemuan,dihantui kesedaran dgn keadaan diri yg serba 'kekurangan'...
'date' yg paling penting,paling utama,paling dinanti semua kekasih yg mencintai Penciptanya-mesti diusahakan supaya mencapai kemuncak keindahan segala pertemuan....tetapi akankah sudi TUHAN menerima temu janji dengan insan kotor-sekotor aku?zalim-sezalim aku?

aku tidak sangsi dengan kasih sayangNYA,tidak pernah aku sangsi dengan luas ampunan dan rahmatNYA,jua sesekali xpernah sangsi dgn kemurahanNYA..aku cuma sangsi dengan kemampuanku bertahan, dengan azam melaksanakan penghijrahan,dan istiqomah dengan perubahan dalam keadaan dugaan,mehnah dan tribulasi datang x mengenal kasihan...

aku terbaca post di facebook bekas ustaz arab aku di matrik dulu,yg sekarang sedang menaiki tangga2 populariti(populariti yg berkualiti,insya ALLAH)-antara langkah2 yg perlu diambil sebagai persiapan menghadapi kematian ialah:menjaga solat dan banyakkan bertaubat..
hmmm..pesanan yg sgt baik untuk dipraktikkan...menjaga solat 5 waktu dengan sebaiknya,dan banyakkan meminta ampun-melalui istighfar mahupun solat sunat taubat etc..

hmm..itulah aku..itulah manusia..nak kena berhadapan dengan 'teguran2' sebegini,barulah nak terkejut,terinsaf,tertaubat dsbg..hadoila..moga segala 'ter2' itu membenihkan keikhlasan dan kesungguhan..

ada lg 1 paper-PIL sebelum balik kedah dan bertemu keluarga[rindu bangat sih!]...berjuang.yeah! ada pesanan dr seorang akak utk aku "marjo,berusaha dulu,baru berdoa dan seterusnya tawakkal"..aku hargai pesanan itu..walaupun rasa mcm "akak ingat sy malas sangat ke sampai nak kena ingatkan supaya berusaha,jgn berdoa je"...hehe..hati jahat aku berbisik supaya meragui keikhlasan pesanan yg disampaikan akak tersebut..

Ya ALLAH,tetapkan hatiku di dalam agamaMU dan dalam ketaatan kepadaMU..ameen~

No comments:

Post a Comment

Followers

About Me

My photo
penuntut institut pemikiran politik Ibnu Hussian.