Thursday, April 1, 2010

kalau kena hujan basah..

Bismillah..Dengan nama ALLAH..

dah lama x update blog.otak yg semakin hari semakin sendat dgn segala kes,akta2 dan mind map berbagai rupa-baru boleh direhatkan hari ini..lega.syukur.lebih tenang dr hari2 sebelumnya.lagi 1 paper menanti..biarkan dulu dia menanti..aku mahu berseronok memanjakan diri buat sementara waktu..hehe..(maafkan aku PIL,anda akan dilayan beberapa waktu lg..)

hidup xterikat dgn siapa2 memang indah sebenarnya..huhu..
hidup sekadar berehat memang seronok rasanya..hehe..
hidup melayan hobi dan minat semata tanpa perlu bersusah payah untuk perkara yg kita kurang suka-oh terlalu indah kenikmatannya...haha..

selamanyakah akan begini?
tanggungjawab akan datang semula,menuntut untuk dilaksanakan...
amanah akan kembali bertanya bilakah tuntutannya akan ditunaikan...
rehat ini hanya seketika..
hmm...x mengapa.kerana aku sedar hakikat seorang hamba...yg menumpang sementara di dunia kepunyaan Khaliqnya.

makan+minum+tengok cerita+tidur berjam2+dengar lagu=inilah plan yg mahu dilaksanakan..betapa duniawinya diri ini..hehe.aduh...aku akan cuba meminimumkan tahap ke'lagha'an ini..akan cuba..insya ALLAH..hmm..

hujan menyejukkan udara,sesejuk hatiku yg masih belum berpunya...hahaha..aku menjadi mereng seketika.kemerengan ini terserlah pada tajuk post ini yg tiada kena mengena dgn content nya.

'berseronoklah' dulu wahai diri..esok lusa ada tugasan baru menanti..WASSALAM~

No comments:

Post a Comment

Followers

About Me

My photo
penuntut institut pemikiran politik Ibnu Hussian.