Friday, April 16, 2010

practical...cita2 x semudah melafaz kata..

Bismillah...

hmm...ada sesuatu yg membuatkan aku semakin keliru semenjak start practical ni..iaitu: kenapakah semakin bertambah pengetahuanku,semakin x jelas matlamat hidup aku???..

dulu waktu skolah menengah,aku bercita2 nak jadi lawyer..turun naik mahkamah..ada firma guaman sendiri..itu cita2 sewaktu aku x tau sebesar habuk pun pasal dunia undang2..

kemudian bila masuk matrik,dapat knowledge sikit2 pasal dunia guaman ni,aku sudah x bersemangat waja seperti dulu utk buka firm sendiri..cukuplah jd lawyer di mana2 firm yg bersepah kat malaysia ni..

kemudian masuk gombak(UIA), dunia semakin sibuk..cabang undang2 itu dipelajari dgn mendalam satu persatu..maka cita2 berubah dr menjadi seorang peguam kepada menjadi seorang lecturer di mana2 universiti...

semester bertambah,tahun berganti,aku menjadi semakin lali dgn segala istilah2,kes2.pendek kata sudah biasa dgn dunia law ni..maka cita2 aku bertukar pula kpd mahu menjadi seorg pensyarah matrikulasi shj..

hmmm..sekarang aku sudah menjejakkan kaki ke dunia praktikal..semakin lebih mengenali kisah zahir dan di sebalik tabir seorang peguam..aku jadi makin keliru dlm menentukan matlamat jangka panjang hidupku..

aku x pasti apa halangan sebenarnya..mungkin aku takut melihat kesibukan melampau seorang peguam..(boss aku contoh terbaik)..aku ngeri melihat sikap nafsi2(kisah hal sendiri je) para peguam dan mereka2 yg sewaktu dgn nya di mahkamah(nak tengok senyuman,mcm mengharap diberi emas setempayan..)..aku sayu melihat kurangnya simpati dan perhatian penuh naluri mereka yg terlibat dlm bidang ini..aku resah melihat kurangnya masa seorang peguam dgn keluarganya..aku rasa lemah melihat cabaran yg perlu dihadapi seorang peguam bila berhadapan dgn pihak2 yg didakwanya..

bukan mudah menentukan cita2..sebab cita2 itu perlu dilaksana dgn tindakan sepenuh jiwa,serta disesuaikan dgn kemampuan yg ada.
aku menyedari akan lunturnya semangat perjuanganku yg membara suatu ketika dulu..aku menyedari bahawa pudarnya semangat lebih bahaya dr cacat anggota..aku sedar,dan sangat sedar,bahawa cita2 bukan semudah melafaz kata..
aku tidak punya cita2 lg sekarang..aku menanti saat aku mulai berani bermimpi kembali..~entah bila..

No comments:

Post a Comment

Followers

About Me

My photo
penuntut institut pemikiran politik Ibnu Hussian.