Wednesday, April 27, 2011

CUTI...ce citer.ce citer sket buat apa.

assalamualaikum.

"2 nikmat yang selalu dilupakan oleh kebanyakan manusia: nikmat sihat dan nikmat masa lapang"-adaptasi hadith.

hari ni masuk hari ke-3 saya bersenang lenang di rumah.walaupun cuti rasanya dah hampir dua minggu start,tapi memandangkan ada program penting yang perlu dihadiri,terpaksalah saya delay cuti saya lebih kurang seminggu.mak ayah nampaknya memberi restu.hehehe.

ada beberapa amalan terpuji yang telah saya lakukan sepanjang 3 hari ni(terpujikah?haha).
1)minta kerja jadi cikgu.entah dapat entah tidak.
2)masak gulai ikan,bubur kacang dan cucur ikan bilis.hari ni nak try masak lomak cili padi tapi ada rampasan kuasa oleh tukang masak lain,terpaksa saya berundur.adeh.


3)habiskan 3novel dalam masa 2hari: Ma Yan(kisah tentang susah payah rakyat miskin China mendapatkan hak pendidikan), Contengan Jalanan(kisah tentang remaja 'fanatik muzik' mencari jalan pulang kpd Tuhan), dan baju melayu hijau serindit(kisah tentang lelaki dan perempuan menyamar jadi bf-gf).
saya bagi 5bintang utk Ma Yan, 3 1/2 bintang utk contengan jalanan dan 0 bintang utk baju melayu hijau serindit. alasannya,sy xsuka novel cinta picisan.yang x mengembangkan minda, x memberi sesuatu yg baru dan lebih malang hanya membawa kita ke alam fantasi buta realiti-dlm erti kata yg lain sia2.opsss..jangan marah peminat2 novel tu-this is my personal view.

sy baca juga love story,tapi sy hanya akan interested kalau cerita itu tidak sterotaip.x copy paste or ulang tayang semula cerita2 cinta novel/drama melayu yg terdahulu.sekian.

hanya Ma Yan yg sy beli guna duit sendiri.harganya cuma RM13.60 after discount.lain2 my sister punya..menumpang baca sekejap.huhuhu.

by the way,sy rasa kita patut baca kisah Ma Yan ni.ni kisah benar,bukan rekaan atau cobaannn.sy insaf mengenangkan masih ada manusia di dunia ini yang terperangkap dlm penjara kemiskinan dan terpaksa berjuang bermati-matian hanya untuk mendapatkan hak2 asas seorang manusia seperti makanan dan pendidikan.watak utama dlm novel ni lahir pd tahun 1988,maknanya dia sebaya sy.owh tidak!sy tertanya2 bagaimanakah nasib rakyat termiskin di pedalaman China itu sekarang memandangkan endingnya tergantung.cuma dapat sy simpulkan bahawa ada sinar baru dlm kehidupan Ma Yan dan rakan2 seangkatannya.









ok,apa lagi yang akan dibuat pada hari2 seterusnya?ada lagi berbaki 4bulan lebih.sama2lah kita lihat dan nantikan.hu3.sy berdoa dan berdoa moga2 ALLAH izinkan cuti ini dimanfaatkan sebaiknya.moga2 dapat buat sesuatu yg bermanfaat untuk ummah.moga2.AMIN.[anda yg membaca,tolongla aminkan skali,xkan baca je?hehehe].

p/s: petang ni nak buat bubur cacar pulak.

Saturday, March 19, 2011

sepak jiwa yang lena.

BISMILLAH.Dengan nama ALLAH.

sudah lama tidak mengunjungi blog sendiri.saya ada banyak justifications utk kegagalan saya ini.tapi alasan yg aula nya sudah pasti kerana tiada semangat yg kuat utk menulis.mungkin himpitan kesibukan sebagai pelajar membekukan otak untuk berkarya dan berilham???Wallahua'lam.

walau sesibuk mana pun,sy tetap akan luangkan masa bg mengikuti isu2 semasa. tujuannya supaya sy xketinggalan dgn segala cerita penting yg terjadi di seluruh pelosok bumi saban hari-kerana sy juga adalah penduduk bumi[paham x?hehe].

namun sejak akhir2 ini,sy jd penat.satu demi satu negara dihentam masalah kritikal.bermula cerita gembira kejatuhan rejim zalim di tunisia,mesir. sekarang menular ke libya dan banyak lg negara2 timur tengah yg lain.belum sempat sy ketahui ending drama tragis Muammar Gaddafi-pemimpin ter'angkuh' kelahiran libya, sy terpana membaca berita musibah gempa bumi di jepun. betapa kehebatan manusia: mengkaji dan membina teknologi nuklear yg mengambil masa berpuluh thun utk berjaya & dikagumi dunia-meledak dan meletup dgn begitu mudah bila kerak bumi 'dijentik' sedikit shj atas kuasa TUHAN Pencipta Alam. sy terkedu..




sy sudah tidak tahu perkembangan terbaru banjir di Australia dan New Zealand.tiada kata mampu dilafaz selain Innalillahi wainna ilaihi rajiu'n. Apa petandanya wahai Tuhan????

jauh di sudut hati,sy ketakutan. ketakutan dgn bekal persiapan yg sentiasa berkurang.entah bila kan bertambah. andai DIA pilih sy utk menjadi jemputan izrail saat ini,entah ke mana sy bakal tercampak. "Ya,ALLAH aku mohon kesempatan..."

sy mengambil masa sebentar utk berfikir.(terlalu mulia utk digelar muhasabah.hehe) ketakutan takkan hilang tanpa usaha menghapuskannya. bagaimana???
hanya 1 cara. BERUBAH. sempat sy tuliskan di FB: "we must find ways to change.change for good." ALLAH knows, i mean it. i got quite a good response from my friends.

-sekadar solat lima waktu.kdg2 aje tambah yg sunatnye.
-tutup aurat (sempurna di sisi sendiri,entah bagaimana di sisi ILAHI)
-sekali-sekala pegi usrah buat penghidup hati yg resah.
-cuba jaga setakat termampu relationship dgn ibu bapa,keluarga & rakan2.




cukup ke amalan ni nak masuk syurga DIA???? cukup ke amalan2 ni nak mengimbangi segala ujub,takbur,riak,busuk hati,hasad,dendam,maksiat zahir batin,lagha,dan segala macam dosa yg xterkira banyaknya.yg membakar hangus amal kebaikan.yg mengeraskan hati hingga lebih keras dr keluli.

-tau x para sahabat Nabi s.a.w solat sunat berapa ratus rakaat setiap hari?(solat wajib on time & berjemaah xpayah kiralah).
-tau x betapa hebatnya para sahabat Nabi s.a.w menjaga aurat+ maruah.lbh spesifik muamalah lelaki dan perempuan????
-tau x berapa banyak masa para sahabat Nabi s.a.w habiskan utk berdakwah dan beribadah???
-tau x betapa hebatnya para sahabat Nabi s.a.w menjaga ukhwah-bukan sekadar sesama keluarga,malah menjangkau perhubungan sesama islam & umat manusia lainnya??




dgn segala amal kebajikan xterlawan ini,mereka masih takut neraka ALLAH.mereka masih berusaha BERUBAH memperbaiki diri demi menagih kasih TUHAN utk ke syurgaNYA.

bagaimana dgn kita yg hina sehina2nya ini???????????? agak2nya apalah status kita di sisi ALLAH sekarang???fasik?munafik?TUHAN,maafkan aku.ampunkan aku.

sy mahu berubah.hidayah utk berubah ke arah yg lebih baik x akan dtg bergolek.menjemput kita tanpa usaha. ia perlu pencarian secara bersungguh2. menuntut mujahadah menentang nafsu manusiawi yg menggelegak setiap masa. perlu pengorbanan pada RASA SELESA yg sekian lama disemai. berita gembira buat kita: selangkah kita menuju ALLAH,seribu langkah DIA menghampiri kita.

mari para sahabat,kita buktikan cinta setia kita. jangan hanya buktikan cinta buta kita pd manusia.campakkan segala alasan demi cinta agung pada TUHAN YANG MAHA AGUNG.




jangan tunggu ziarah musibah,baru terhegeh2 nak berubah. maafkan kekasaran bahasa sy. tulisan ini utk 'menampar' diri sendiri juga. jiwa yg leka2,kadang2 perlu disepak agar terjaga.

wassalam.




Friday, February 18, 2011

DOA..

sy xtahu siapa yg mempengaruhi sy.sy xsedar bila minat & kecenderungan ini bermula.sy cuma mampu mengakui yg sy sangat tertarik dgn karya2 sastera dr indonesia.seharian sy bazirkan dgn memerah idea utk presentation sy-yg hasilnya hampa dan mengecewakan.jd mlm sabtu ini sy luangkn masa utk sesuatu yg lain pula-sebenarnya membuang masa jugak.tp rasanya xdelah sia2 sgt bila terjumpa sajak chairil anwar ni-seorang pengkarya ulung indonesia.hehehe.tersihir sekejap dgn keindahan bahasanya..selamat menghayati.

DOA

kepada pemeluk teguh

Tuhanku
Dalam termangu
Aku masih menyebut namamu

Biar susah sungguh
mengingat Kau penuh seluruh

cayaMu panas suci
tinggal kerdip lilin di kelam sunyi

Tuhanku

aku hilang bentuk
remuk

Tuhanku

aku mengembara di negeri asing

Tuhanku
di pintuMu aku mengetuk
aku tidak bisa berpaling

Chairil Anwar

13 November 1943

Monday, January 31, 2011

revolusi dunia arab-suara rakyat marhaen& harapan negara islam.

tidak sedap hati rasanya selagi belum mengulas tentang api revolusi yg melanda dunia arab sekarang ini.walaupun sy sedar hosni mubarak,sang presiden x akan membaca tulisan sy di blog usang ini.Ben ali,jagoan tunisia yg sudah cabut spt pengecut juga tidak akan pernah sedar kandungan tulisan ini,namun sy tetap tidak mahu melepaskan peluang dr terjun sama2 dlm rentak tarian revolusi yg semakin ligat,panas dan laju.

sy mengambil peluang utk mengkaji dan membaca tentang sejarah tunisia dan apakah faktor kemarahan dan bantahan rakyat terhadap pemimpin mereka.

berdasarkan maklumat dr sedikit pembacaan itu,dapatlah sy simpulkan bahawa revolusi ini adalah sesuatu yg baik utk umat islam keseluruhannya.dunia arab yg selama ini tidur mati xmahu bangun2,akhirnya pintas bangun kerana keadaan yg mendesak dan menekan.cuba bayangkan,selama ini proses menghantar bantuan ke palestin sering tergendala kerana karenah jahat mesir yg menutup pintu sempadan.serangan ke atas iraq,afghanistan dan palestin oleh US berjaya kerana dunia arab tutup mulut dan xmahu berbuat apa2 utk menolong saudara seagama.[pendedahan wikileaks menunjukkan mereka bahkan menyuruh US menyerang iran]..sekarang nampaknya negara2 berjiwa islam boleh menarik nafas lega& mendapat sedikit keberanian utk berhadapan dgn US dan sekutu2nya dgn harapan negara2 arab akan memberikan sokongan,perlindungan bahkan sama2 memperjuangkan hak yg sama.moga2.kerana mereka sudah bangun dr tidur yg lama.



di sini sy nukilkan sedikit maklumat yg menarik utk dikongsikan bersama.
-kenapa rakyat tunisia bangkit secara berani bagi menggulingkan rejim Ben Ali yg digeruni rakyat jelata:

1) tiada sebarang ruang demokrasi dan hak bersuara. Ben Ali telah memenangi pilihan raya presiden sebanyak 5 kali dgn majoriti undi lebih dr 90% setiap kali pilihan raya rubber stamp (penuh penipuan) diadakan.

2) kadar rasuah serta penyalahgunaan kuasa amat ketara terutamanya dr kalangan kerabat dan ahli keluarga Ben Ali sendiri.

3)kenaikan harga barang keperluan harian yg melambung tinggi.

[bila harga minyak naik-barang2 lain pun naik harga jugak]


4)kadar pengangguran yg terlampau tinggi di kalangan golongan muda sehingga mencecah 30%.

5)MEMBUNUH SERTA MEMENJARAKAN RIBUAN PARA ULAMA', PARA CENDIAKAWAN SERTA PARA WARTAWAN.


[ini gambar sayyid qutb ketika di penjara mesir]

6) penggunaan teknologi baru seperti twitter dan facebook.dianggarkan lebih 40% remaja tunisia mempunyai facebook sendiri dan mereka menggunakan FB dan twitter bg menggerakkan rakyat keluar ke jalan2 raya bagi menentang Ben Ali.

[analisis ini sy petik dr tulisan Dr. Syed Azman Syed Ahmad]

semoga kebangkitan rakyat tunisia dan mesir [yg mirip gerakan revolusi iran tahun 1970-an dahulu]memberi kesedaran kpd kerajaan2 lain di seluruh dunia yg zalim dan menindas rakyatnya serta memandang remeh terhadap permasalahan,keluh kesah,kesusahan dan suara rakyat..jangan sampai jutaan rakyat mendesak anda turun,baru gelabah nak buat segala macam perubahan,sedangkan sekian lama anda tenggelam dlm enaknya tampuk kuasa dan lupa merasa denyut nadi rakyat yg menderita.



Wallahua'lam.

islamic revolution.

Iran's Islamic Revolution gave birth to new era: Assad
PressTV

NEW YORK, Feb 1: Syrian President Bashar al-Assad (pic) has hailed Iran's Islamic Revolution, saying it has launched a new era in the Middle East.

"It is a new era, but it did not start now. It started with the Iranian revolution [in 1979],” said Assad in an interview with The Wall Street Journal, which appeared on the US daily on Monday.

“What is new is that it is happening inside independent countries in the Arab world," he underlined.

Assad's comments came after Tunisia's recent revolution ended the 23-year-long rule of the country's President Zine El Abidine Ben Ali and sent him fleeing to Saudi Arabia.

Heartened by the movement, people have started anti-government protests in Yemen, Jordan and Egypt, which is witnessing the most determined demonstrations in the region.

Assad reminded how people in Iraq staged a revolution against the executed dictator Saddam Hussein in 1991, but "it was oppressed with the support of the United States especially in the south." "They…allowed him to oppress the people in the south, the Shias at that time,” he recalled.

The Syrian leader said his country is stable despite all difficult conditions imposed by the West, suggesting that Syria owes its stability to poor relations with Washington.

"Egypt...enjoys financial support from the United States while Syria is under embargo by most countries of the world," he noted. "They tell you move faster and at the same time they impose an embargo."

Assad also advised the Arab states in the region "to upgrade yourself with the upgrading of the society."

Syria's president also called on Arab leaders "to improve your relations with every country and not to make it worse with any country, especially in an area where we need a big country like Iran."

"It is a big country, it is important, it is geo-politically an important country; nobody can overlook Iran whether you like it or not, this is the first point,” he added.

[dipetik dari harakahdaily.net:english version].

Saturday, January 22, 2011

rindu insan itu.

"masa ayah blajar kat indonesia dulu,susah sangat.nak minta duit kat tok & wan,depa pun susah.satu hari ayah dapat surat,dlm sampul tu ada RM27.tok bagi duit hasil jual mangga."
itu cerita tentang tok yg sy xpernah lupa.

awal semester ini sy dikejutkan dgn perkhabaran tentang kesihatan tok (nenek) sy yg merisaukan.tok disahkan menghidap strok.kesan makan ikan masin dlm kuantiti yg banyak.[argh sudah takdir.]kesan drpd tu tok xmampu berjalan lg.tok hanya mampu terbaring,segalanya terpaksa dibantu.

terasa ingin pulang ke kedah,meluangkan masa dan memberi sokongan kpd insan tua itu,namun keadaan benar2 xmengizinkan.kata keluarga sy "hangpa balik pun keadaan tok xkan berubah".kata2 berbaur ingatan bahawa jangan terlalu ikutkan perasaan.

sy pernah tulis 1 entry tentang tok dlm blog ni.tok insan yg terlalu rapat dgn cucu2nya.sepanjang bersama tok,sy xpernah tengok dia sakit teruk.ini adalah yg paling teruk dlm sejarah kehidupan tok. Demi ALLAH,sy terlalu risau.

td sy hubungi sepupu sy,fitri bertanyakan keadaan tok.tok sekarang memang x boleh berjalan,hanya mampu bergerak menggunakan kerusi roda...

sy rindu tok.sy rindu gurauan tok.sy rindu masakan enak tok.sy rindu kata2 selamba tok.segalanya.
Ya ALLAH,aku mohon keadaan tok ada penambah baikan.aku belum bersedia utk diuji dgn kehilangan....

sy xsabar mahu pulang cuti chinese new year ni.sy mahu memeluk insan berjasa & mulia itu.berikan kami ketabahan Ya ALLAH dlm berhadapan getir & sedihnya kehilangan senyuman insan tersayang.

Saturday, January 1, 2011

tahun baru:X mahu jadi kaktus.

assalamualaikum.

selamat tahun baru 2011.menatap front page akhbar2 utama pagi tadi-jelas terpancar kemeriahan sambutan tahun baru.dgn pancaran bunga api menghiasi langit kuala lumpur..namun tiada akhbar yg melaporkan betapa 'berlumpurnya' kuala lumpur dgn maksiat penghuninya malam tadi.

saya berpeluang menyertai XPDC dakwah Gamis(gabungan mahasiswa Islam se-Malaysia) pd mlm tahun baru di sekitar KLCC dan hampir2 berjalan kaki ke bukit bintang..ini adalah aktiviti yg biasa dilaksanakan Gamis & beberapa pertubuhan lain pd malam menjelang tahun baru.

sy memerhatikan shj seorg perempuan seksi meneguk arak di hadapan sy..sewaktu sy duduk melepaskan lelah di tepi jalan,botol arak jenama tiger mencium kaki sy..di satu sudut yg lain sy melihat sepasang kekasih(mustahil suami isteri) sedang membuat aksi penuh asyik tanpa mempedulikan manusia sekeliling...sy termenung berfikir tentang nasib umat.hampa.kecewa.

sy sgt berharap kerajaan dapat 'menghentikan' semua ini dgn kuasa yg ada pada mereka..apalah yg ada pada kemampuan segelinti manusia yg hanya bersenjatakan risalah dan kata2 semata.apakan daya,kerajaan negara islamku tidak merasakan kanser sosial masyarakat malaysia suatu ancaman bahaya pada masa depan negara.

walau apa sekalipun,sy mahu meneruskan kehidupan 2011 sy dengan doa & harapan:moga dosa2 sy yg telah lalu diampunkan ALLAH.dan moga hari2 dan tahun2 mendatang dipenuhi amal kebaikan.hijrah.perubahan ke arah yg lebih baik.

sy xmahu jadi seperti kaktus atas meja sy ni..dah lama sy bela,tapi xbesar2..sy xmahu sekadar lama hidup di dunia,namun amal dan status di sisi DIA sama shj abadan abada.



fakta: kaktus adalah sejenis pokok yang sentiasa terbantut.

dan sy sedang belajar mencintai takdir kehidupan sy seadanya.

p/s:sy ditakdirkan makan bun ikan bilis shj mlm ini..sedap.sy 'cinta'kannya.haha.

Followers

About Me

My photo
penuntut institut pemikiran politik Ibnu Hussian.