melihat perkembangan kawan2,aku terasa seolah-olah baru tersedar dr mimpi yg panjang..masa yg berlalu begitu pantas rasanya..
umur aku pun makin hari makin bertambah,memang xkan menurun punya..kalau umur boleh berkurang,mesti xkan ada orang yg sudi nak jadi tua..mesti paling tua pun umur 25 tahun je..hehehe..mcm ada 1 produk kecantikan ni-xsilap aku dutanya Rosyam Nor-dia nye motto:kekal 25 tahun..nak tergelak aku baca,merepek je...muda berpanjangan tu hanya realistik di syurga,bukan dunia...
hmmm..dulu umur aku hanya 1 angka,kemudian bertambah 2 angka..(mesti xkan sampai 3angka-kecuali diizinkan DIA..)..dulu hanya bermula dgn angka 1 di hadapan,skang dah ada angka 2..
masih terbayang2 lg,mengusung beg menaiki tangga hostel sewaktu mendaftarkan diri di matrikulasi,skang sudah mahu mendaki tangga 4th year di universiti..(tinggal lg 1 sem utk bergelar 4th year student..)
kalau dulu boleh mengelak memberi alasan"muda lg,nak belajar dulu" bila ditanya persolan teman hidup,skang sudah terpaksa memberi ruang pada diri sendiri utk memikirkannya(walaupun secara hakikatnya masih blom bersedia dan terasa masih kanak2 ribena)...
kalau dulu mengharapkan bantuan mak dan ayah dlm hampir semua perkara melibatkan urusan org dewasa.tp skang mak dan ayah pula bertanya pendapat aku-kerana mungkin menganggap aku sudah menghampiri fasa dewasa...
kalau dulu asyik berfikir untuk berseronok,skang pelbagai tuntutan hidup memaksa aku berfikir secara serius dan mengurangkan sedikit demi sedikit masa bermain-main..rindu melepak+bermain di mid valley,buang masa di sogo,main bowling,dengar muzik ntah pape 24jam,usha dot dot dot ngan rakan sekepala...rindukah??teringat mungkin...kefahaman agama x memungkinkan aku utk merindui dan apatah lg melakukan semua itu kembali...tapi setakat nak melepak dgn kawan2+main bowling n enjoy sekali-sekala aku rasa xde masalah..tapi betapa aku sedar bahawa umur makin bertambah hingga ada perkara2 yg aku tinggalkan kerana x mungkin selamanya aku di takuk yg sama...
hmmm...dah tua dah aku rupanya...dulu xsabar nak sampai ke umur ni..skang takut menghadapi realiti seorang yg berumur sebanyak ini..semoga umur yg berlalu dan bakal berlalu diberkati ALLAH...semoga akan sentiasa ada pertambahan amal kebaikan..
p/s:kpd anda si silent reader yg mengikuti blog ini(yg berkenaan),mohon maaf kerana belum bersedia utk mengheboh-hebohkannya kpd org ramai di FB..sy selesa dgn keadaan sekarang...+sy xjemput anda follow pun anda gedik nak baca juga..hehe.jgn marah,gurau shj..
sekian.
No comments:
Post a Comment