Saturday, May 15, 2010

keraguan yg nyata..

sewaktu post ini ditulis aku sedang bersendirian di bilik kerana rakan sebilikku memilih utk berseronok di kenduri kahwin anjuran bapa saudara beliau..walaupun dijemput,aku menolak secara baik dan bersopan kerana aku terasa amat malu..aku malu untuk menghadiri kenduri kahwin di mana aku tidak mendapat sebarang kad jemputan.guna kabel@kroni je..hehehe

membaca perbincangan hangat rakan2 sekolah aku yg mahu menganjurkan reunion,aku rasa nak tergelak+bengang..nak tergelak sebab cadangan yg merepek lebih banyak drpd cadangan yg serius..(cadangan nak buat reunion waktu sambutan besday bekas TKP:apa kes???maka semua org demand nak buat waktu besday masing2,mmg merepek sungguh)..

dan yg bengangnya,xpasal2 aku dilantik sebagai ajk protokol..perkataan 'protokol' pun tergeliat lidah aku nak sebut..brokoli aku tau la..ish2...apsal pulak sambutan besday TKP nak kena ada protokol?main belasah sudah...ni semua bukti sikap gila populariti sesetengah pihak...huhuhu..


dan yg buat aku malas nak mencadangkan apa2,adalah sebab aku perasan selama ni harapan2 nak reunion tu hanya tinggal harapan semata-mata,sebab waktu cuti semua org xsama...xkira yg belajar kat overseas lg..paling last buat reunion waktu aku still kat matrik..yg mampu cuma jumpa sorg dua yg kebetulan 'tercuti' pd waktu yg sama..nak jumpa semua skali memang gagal lah.

sesungguhnya aku dlm keraguan yg nyata bahawa rancangan reunion ini akan berjaya...keh3...eleh,kalau xde reunion pun,boleh je ikuti perkembangan kawan2 kat facebook yg diupdate setiap hari tu..minum coklat panas pun inform,kutip bunga pun gitau,nak exam announce 1 dunia,sampai pinjam belacan pun minta izin kat FB...dunia sekarang,begitulah~

aku rindu korang semua,tapi nak bagitau personally aku malu..ngeeeeeee~

No comments:

Post a Comment

Followers

About Me

My photo
penuntut institut pemikiran politik Ibnu Hussian.