Thursday, May 6, 2010

Tuhan xhadirkan seseorang dlm kamus hidup kita tanpa hikmah

Bismillahirrahmanirrahim...

bila kita rasa blom cukup hebat,atau ilmu yg dimiliki blom cukup mantap,terdetik di fikiran untuk menyambung pelajaran.degree,master,phD..kalau rasa xcukup,sambung lg..buat ijazah dua tiga kali...pada pandangan logik manusia zaman sekarang ni,memang pendidikan formal shj lah platform terbaik memajukan diri,dan medan terbaik mendapat ilmu duniawi jua ukhrawi..

amat jarang aku dengar orang memuji kehebatan sesorang yg berpendidikan rendah,atau berlatar belakangkan kehidupan kasta rendah/susah..bila orang2 sebegini membuka mulut, maka yg terdetik di hati ialah:"eleh,cakap hebat..kau tu pelajaran pun setakat mana je.." atau "hidup pun xbrape senang,nak cakap banyak"..mungkin kita xpernah zahirkan kata2 ini,tapi ada antara manusia yg berfikiran begini..atau tanpa kita sedari,sikap tidak berape kesah dengan apa yg diperkatakan golongan ini walaupun kita sedar kebenarannya - membawa maksud kita memperlekehkan ilmu yg diberikan mereka dek status mereka yg x seberapa..
sebenarnya ALLAH sentiasa mengirim ilmu dan pengajaran hidup setiap masa,melalui pelbagai asbab dan perantara..terpulang pada kita bagaimana mentafsir dan menerimanya.....

ada beberapa kejadian yg berlaku dlm hidup aku,yg aku anggap pelajaran hidup yg sgt bermakna...ilmu yg diberikan ALLAH untuk aku,tidak melalui bilik kelas atau bilik kuliah,tidak melalui mereka yg melepasi taraf tinggi menara gading..tetapi ilmu itu- ilmu berguna sepanjang hayat..pengajaran bermanfaat...

1) kisah waktu skolah rendah.
cikgu suruh kami photostat ape ntah sebagai keja skolah..kalau sape x buat memang kena marah..malangnya aku betul2 terlupa..sebagai pengawas,aku memang takut kena marah+sumpah seranah dengan cikgu..aku tersangatlah berdebar-debar dan takut..aku berfikir dan berfikir,mcm mana nak selesaikan masalah ini..skolah aku tengah sawah padi,mustahil untuk aku keluar dan photostat di luar..perjalanan tu akan memakan masa yg lama...sedangkan kelas akan berlansung beberapa minit lg..koperasi pula x sediakan perkhidmatan fotokopi..akhirnya aku suarakan masalah aku pada seorang kawan..namanya TUN.pelajaran tun biasa2 sje..perangai pun agak teruk,suka mencarut+ganas giler..kalau nak pegi ke depan,dia main langkah je meja...jgn harap sebarang kemuliaan la dr budak ni..di saat kawan2 'setaraf' aku xmampu membantu,tun menawarkan diri ke pejabat skolah untuk photostat..memang keje giler..budak skolah xsiapkan keja cikgu bagi,kemudian nak siapkan di pejabat skolah yg terdiri drpd guru besar,penolong kanan etc...aku memang xbrani,tunggu kat kelas je..tun selamba badak je pegi buat muka x malu..di luar jangkaan aku,dia berjaya dengan mudahnya...(mudah ke?aku xtahu sebab aku xtanya lansung apa yg dia terpaksa hadapi untuk tolong aku)..dia tersengih-sengih dan menyerahkan tugasan itu pada aku..aku ucap terima kaseh..dan mesti tun x sangka,kisah ni aku kenang hingga sekarang..kalau aku tau cakap arab masa tu,aku nak cakap kat tun,barakallahufik..hehehe..

~aku ambil pengajaran..budak x skema,atau bermasalah,kadang2 mampu menjadi sahabat yg baik bila diberi peluang..sayangilah seorang kawan yg ALLAH anugerahkan dlm hidup kita..sebab dia datang atas takdir ALLAH,anugerah ALLAH,nikmat ALLAH.Tuhan xhadirkan seseorang dlm kamus hidup kita tanpa hikmah....kita blom layak digelar sahabat yg baik kalau belum sanggup berkorban untuk seorang sahabat...walau sekadar serendah2 pengorbanan=mendoakan,mengingati,melayani,mengambil berat..hmmmm aku juga,belum mampu menjadi sahabat terbaik,sebaik tun...

2) aku sedang berehat di rumah.hari minggu..panas terik..tiba2 aku dikejutkan dengan kehadiran seorang budak ke rumah aku..aku amati,rupa2nya budak sindrom down..dia duduk di ruang tamu rumah aku tanpa dijemput...aku yg memang sukakan budak2,tersenyum dan duduk di sebelah budak tu..bertanya itu dan ini..percakapannya yg pelat memang sukar difahami..dia bertanya aku:
"nasi ada?"
"ada,nak?"(aku teringat nasi dan lauk yg baru dimasak)
"nak2!"
aku pergi ke dapur,hidangkan untuk budak tu nasi berlaukkan udang goreng...mula2 ingat nak suapkan,tapi rupa2nya dia tahu makan sendiri..mak aku dari jauh mengusik
"baca doa dulu"..
"bla bla bla"-dia baca doa..tapi aku x faham..kemudian bertanya aku"telur ada?"
walaupun pelat,aku dapat jugak faham point soalan dia..aku menggeleng,dan menjawab"sorry,xdakla.udang pun sedap,makanlah"...dia mengangguk2..dan menjawab"xpa2.sedap"..dia habiskan dan ucapkan terima kaseh...aku kagum dgn sikap seorang OKU yg 'kekurangan' akalnya,tetapi memiliki tahap mensyukuri yang tinggi..dia xmenunjukkan rasa x puas hati bila apa yg dia nak xdapat diperolehi..dia tahu mensyukuri sekadar apa yg dia miliki..dia tahu berterima kaseh pd yg memberi..manusia yg normal ini pun kadang2 susah betul melafazkan ucapan "terima kaseh" dan berasa OK ngan apa yg dimiliki....dari ayah aku dapat tahu,budak down sindrom itu sebenarnya sudah remaja,namanya Firdaus..dia selalu berjalan jauh sesuka hatinya..kalau aku tahu dia dah remaja,seram jugak aku nak melayan dia..hehehe..
~pernah satu ketika aku menaiki kereta,dari jauh aku lihat Firdaus berjalan merentasi sawah padi..cuaca panas terik..entah ke mana tujuannya..mungkin mencari sesuatu untuk disyukuri lg..
Mardhiyyah Johari,belajarlah berterima kasih dan punya rasa mencukupi..bersyukur itu jgn sekadar ucapan..

cukuplah 2 cerita..bg yg membaca mungkin rasa biasa2 shj,entah apa2..tapi bg aku,pengajaran itu mampu buat aku terkedu dgn hikmah kiriman TUHAN..melalui insan biasa,x istimewa di mata kita..

No comments:

Post a Comment

Followers

About Me

My photo
penuntut institut pemikiran politik Ibnu Hussian.