Wednesday, December 15, 2010

kopi ais & cerita anak bongsu.

hari ini saya diajak rakan2 memeriahkan pasar malam setelah penat menelaah pelajaran di library[boleh percaya ke???hu3]..baru beberapa langkah menjejakkan kaki ke night market tersebut, hujan batu mulai turun..tanpa sempat berfikir untuk membandingkan hujan batu tersebut dgn hujan emas di negeri orang,kami berlari mencari tempat berteduh di Warung Fais(promote sket). makcik2 di Warung Fais itu kelihatan gembira dgn kehadiran kami(mungkin pelanggan pertama mereka utk hari ini)..

sambil menunggu hujan berhenti,kami memilih utk 'lepak' sambil membantu menyumbang kepada perkembangan ekonomi Warung Fais.sy memesan kopi ais walaupun dihina rakan2.kata mereka 'mcm org tua'..hmmm...agaknya kalau sy order cappucino atau nescafe barulah dikira taste org muda.sedangkan kedua2nya adik beradik kopi jua-minuman bercaffein.alahai..

semasa meneguk kopi ais yg kelihatannya tidak ditapis sempurna,sy menerima panggilan dari adik kandung sy yg juga merupakan mahasiswi uia..khabarnya adik bongsu sy diterima masuk ke Darul Quran.ALHAMDULILLAH.gembira rasanya hati bila ALLAH makbulkan impian kami semua utk melihat ada sekurang2nya seorang hafiz al-Quran terhasil dari keluarga Mr.Johari Hussian & Puan Rasyidah Md.Yatim..Puji-pujian hanya bg ALLAH.

hmmm...sy sedang mencongak2 duit untuk membeli hadiah kpd adik bongsu yg seorang ni..adik bongsu sy ni memang sukakan hadiah.beliau tanpa segan silu akan meminta hadiah seperti jersi bola yg mahal2,jam tangan berjenama dsbg tanpa mempedulikan keadaan kewangan kakak2& abang2nya..namun untung si anak bongsu,segala perbuatannya tidak akan kelihatan zalim..perbuatan anak bongsu akan sentiasa dilihat seperti keletah yg manja..kakak2 dan abang2 tidak akan tergamak marah atau menolak permintaan adik bongsu kerana diugut dgn soalan killer:"xkan x sayang adik??"..hmmm..[sebelum sy pulang ke uia utk sem baru,si adik bongsu sudah pun memberi hint mahukan t-shirt BUM yg katanya ada discount hebat..apalah beza t-shirt BUM dgn kemeja mydin??still boleh pakai kan???]

tahun 4 pengajian undang2 di uia-sudah mula terasang bahang penatnya.ni baru start sem..next next and next week,xtaulah berapa banyak lg kepenatan akan bertambah..bersabarlah wahai budak kodiang..tabahkan diri+ikhlaskan hati kerana Ilahi-barulah semuanya jadi ibadah yg diredhai.insya ALLAH.

akhir sekali sy mahu berkongsi sepotong ayat al-Quran yg mengusik qalbu:
"Wahai org2 yg beriman,bertaubatlah kepada ALLAH dgn taubat yg semurni-murninya(nasuha),mudah-mudahan Tuhan Kamu akan menghapuskan kesalahan2 kamu,dan memasukkan kamu ke dalam syurga yg mengalir di bwahnya sungai2,pada hari ALLAH tidak mengecewakan Nabi dan org2 beriman yg bersama dengannya........."(al-Tahrim:8)

mata sudah mula buat perangai..bg hint suruh tuannya tidur.selamat malam semua.assalamualaikum.:-)

Thursday, November 25, 2010

sumbangkan separuh keselesaan.

mengantuk yg disimpan berhari2-tidur kurang 2 jam selama 4 hari.dah nak tertutup kelopak mata ni tapi digagahkan juga.sebab mahu menulis sesuatu yg penting di sini.

melihat adik2 diserahkan semula oleh fasilitator kpd ibu bapa masing2 menyuntik syahdu yg bukan sedikit..merenung dari jauh seorang adik perempuan yg saya tahu merupakan perokok tegar menangis memeluk kakak fasi atas bimbingan dan tunjuk ajar.mengucapkan terima kasih kerana mengajarinya solat,akhlak yg mulia,menemaninya tidur,makan,mendengar luah hati masalahnya.bergenang air mata saya..cuba ditahan namun xtertahan,jatuh juga akhirnya.

ada seorang peserta yg ditanya,solat apakah yg sering dia tinggalkan memberikan jawapan yg cukup sadis:"saya xtahu solat".

seorang peserta menulis di dalam surat semasa sesi 'warkah buat bonda':saya benci ayah.bayangkan setelah 'dibasuh' sewaktu sesi muhasabah,dia masih tergamak menulis sebegitu.

cukuplah sedikit kisah itu membuatkan sy kerisauan dgn keadaan remaja2 islam di luar sana.saudara2 kita,teman seagama kita..apa masalahnya??? menuding jari kepada pihak itu dan ini tidak akan menyelesaikan sebarang masalah..bagi sy masalah dan solusinya hanya pada AGAMA.
pincangnya ketaatan beragama membawa kepada pincang setiap sendi dlm kehidupan manusia.solusinya hanya satu:kembali kepada fitrah asal kejadian manusia:iaitu ketaatan beragama.janji si janin yg belum bernyawa bahawa ALLAH ialah Tuhannya.

sy juga terharu dgn keikhlasan dan kesungguhan kakak2 & abang2 fasi melayani kejahilan dan karenah adik2.membimbing perlahan2 dari soal bacaan dalam solat,akhlak yg mulia sehinggalah kepada aurat dan bersedia untuk menjadi sumber rujukan berterusan adik2 walaupun setelah keluar dari kem.jelas terpancar kasih sayang dari para fasi.sy faham kenapa,kerana kecintaan mereka kepada islam mendorong mereka melakukan apa shj.

selaku urusetia bahagian disiplin,tugas sy agak 'menakutkan'.kerana sy perlu membawakan watak yg bukan karakter sebenar sy.agak susah,namun setelah diberikan kekuatan oleh Tuhan,mampu jugak sy hentam pintu kuat2 kejut subuh dan qiamullail,mampu juga sy gertak2 mereka,mampu juga sy sound 1 dewan sehingga terdiam dan bergenang air mata seorang peserta lelaki.Alhamdulillah.(walaupun sy sedih menjadi seorang ;pelakon' kerana sy XSUKA MARAH).kepercayaan bahawa marah xpernah menyelesaikan masalah terpaksa sy tanggalkan seketika.

walaupun demikian,ada juga peserta yg membawa ibu mereka untuk dikenalkan dgn sy,mengucapkan terima kasih atas marah2 sy.:kami tau akak marah sebab sayang kami".

apa yg sy nak discuss kat sini adalah betapa indanya bila kita dapat membantu ibu bapa dan negara mencari penyelesaian dan mengeluarkan remaja bermasalah dari kepompong kejahilan dan kerosakan berterusan..
sewaktu hari pendaftaran,tak berhenti mata sy berair melihat ibu bapa yg naif2 datang.ada yg tersilap borang,kuota dah penuh tapi masih berusaha nak anak mereka dibenarkan menyertai kem,yg sudah tua....namun mereka persetankan segala kenaifan dan kelecehan yg bakal mereka tempuh asalkan anak2 mereka dapat mereka serah pada yg sudi membantu & membimbing..kasih ibu ayah-tiada tandingannya.

anak yg selama ini sering menengking ibu dan xtahu menghormati,anak yg meninggalkan solat sepanjang hidupnya.saat anak itu meluru memeluk ibu,menyalami ayah sambil memohon maaf-air mata ibu bapa menitis terharu."syukur Tuhan kerana masih memberi peluang utk anak aku berubah".

maka sy berazam buat diri sy sendiri,dan menyeru semua mahasiswa,mahasiswi supaya mewakafkan diri kita untuk islam.turun memberikan khidmat kepada masyarakat.antaranya dgn membantu kem2 motivasi,kem bina insan,kem anak soleh atau apa shj yg membantu memberi bimbingan kpd remaja muslim yg sudah hampir2 tidak mengenali agamanya,melupakan lafaz syahadahnya.bantulah..cari jalan nak bantu islam agar berkembang dgn selesa dan megah di bumi tempat kita berpijak.

demi kerana kita bersaksi bahawa islam itu agama kita,kita mengaku mencintai ALLAH dan RasulNYA,marilah kita tinggalkan separuh kehidupan selesa kita buat menyumbang kpd proses penyuburan islam..turunlah membantu masyarakat islam,org2 kampung terutamanya..jangan sekadar membantu syarikat2 swasta yg besar ganjarannya..sesungguhnya keikhlasan kita itu bakal disampaikan Tuhan pada hati mad'u yg mendengar seruan kita.BUKTKAN SAYANG KITA PADA AGAMA...

kalau pincang masyarakat kita, sedang ditengah2nya ada kita mahasiswa -kononnya si bijaksana xterkata-jangan malu mengatakan punca kepincangan itu salah satunya disebabkan kita!

Ya ALLAH,bukakanlah pintu hati ini agar suka membuat kebajikan dan membanyakkan kerja2 amal islami.amin....percayalah kita bakal menemui kemanisan tak terhingga di situ.

p/s:walaupun baru 4 hari bersama,rapatnya ukhwah fasi sesama fasi sampai boleh melantak apa shj makanan kat dlm locker sesiapa.rapatnya fasi dgn adik2 sampai adik2 xsanggup lihat fasi mereka didenda(trick senanye.hehe)...Subhanallah,kasih sayang yg ALLAH campakkan bila kita bertemu di jalan DIA.manisnya ukhwah fillah hanya ALLAH yg tahu..rindu..

Monday, November 15, 2010

budak kodiang balik aloq staq!

sy bertolak dari jalan duta pukul 2 pm tadi,dengan bas transnasional 2 tingkat-dan sy (serta adik) ditempatkan di tingkat bawah yg sungguh merimaskan dan xselesa.really uncomfortable.

untuk mengurangkan ketidak selesaan,sy mengangkat 2 buah beg pakaian kami utk diletakkan di bonet bas.(betul ke istilah ni??whatever)..malangnya, bonet sudah penuh..nak di adjust2,bonet itu tinggi..sy buntu..then,tanpa malu2,sy terloncat2 dlm 7 kali utk menyumbat beg2 tu ke dalam.sy tau ada penumpang2 lain yg memperhatikan sy,but i dont mind..syukurlah dorg xtau sy budak kodiang..uhuk3..hasilnya,berjaya!sy naik bus dgn rasa bangga,ikutkan hati nak angkat2 kening kat penumpang2 lain..


(bus transnasional dikenali dgn ketepatan masanya.sgt punctual-sampai ada yg terlepas bus)

dengan bekal 2bungkus roti coklat,1 bungkus kacang,1 bungkus coklat,1 botol air mineral+hundred plus,2 bungkus jagung-kami travel dengan gembira..kegembiraan terbantut di tengah2 jalan bila melihat trailer remuk-accident! innalillahi wainna ilaihi rajiu'n..ayah,mak dan kakak asyik contact bertanya perkembangan,risau..he5.nak je cakap "ajal itu ketentuan Tuhan"..tapi xguna menambah risau.

sampai kedah lebih kurang pukul 8.20pm tadi..terpaksa meminta tolong driver bas untuk ambilkan beg.maklumlah,entah ke mana2 beg tu terperosok...melihat ayah dari jauh,terus meluru berebut dgn adik mahu mencium tangan..

menyantap char kuew teow di gerai tepi jalan. terus terang cakap,xsedap..he3..tapi habis jugak dek kerana 3 ekor udangnya yg menggoda.

sampai di rumah,mengusik kucing si pon dan cik puteh yg berlegar2 di luar rumah.kemudian masuk,menyalami mak-memeluk erat..erat sekali.mak,dikyah rindu..terdengar bunyi janggal..rupanya dari radio.mengejutkan,sejak bila mak dengar klasik fm.oh my Rab!

sy penat.sy gembira. Tuhanku,atas nikmat melihat senyuman ayah & ibu,atas anugerah bahagia kembali ke desa yg dirindu,atas nikmat iman & islam kpd keluargaku,terima kasih buatMU.Alhamdulillah.very much Alhamdulillah.

kepulanganku kali ini bersama sebuah harapan..dan hambamu ini berharap dengan sangat,agar harapan itu Kau makbulkan..berharap dengan sangat..berharap dengan sangat..tolonglah perkenankan...amin.



RM 1 million vs the beautiful paddy field??which one do you choose??
i would prefer both.

Sunday, November 14, 2010

This is the end...

hari ini adalah hari kebebasan dari segala tekanan yg membelenggu fikiran,mengikat kaki tangan,menyeksa hati dan perasaan.habis final exam merangkap habis sem.memang saat yg sentiasa dinanti-nantikan.

seharian x keluar ke mana2,sekadar berpusing di blok mahallah..minum 1 mug vico panas waktu pagi,dan 1 mug lg waktu petang.hehe.bukan diet,tp malas nak turun ke cafe.

hujan turun renyai2,xlebat. cukup sekadar membasahkan lantai kaki lima mahallah & mematikan hasrat sy menyidai baju.hmmm.
dingin.sunyi.namun mendamaikan..dah lama mengimpikan hidup setenang ini.akhirnya..horrayyyyy!!!opss...i'm supposed 2 say:Alhamdulillah.

habis sem ni menyeronokkan,tapi ada yg menyedihkan.kehilangan 'manusia2' penting.kakak2 senior yg dah grad.tukang ajak keluar mlm2.meredah gelap pekat mlm se-mata2 memenuhi nafsu perut yg meragam atau saja2 gatal nak berjalan..tempat berkongsi cerita merepek,serious mahupun sekadar bergelak ketawa..teman membeli domino pizza ber-bakul2 yg kemudiannya tersadai sisa baki berkeping2 xhabis.simpan untuk breakfeast esok pagi..liat & keras,tapi itu breakfeast termewah seorang student.

hmm,malam tadi keluar dgn 'mereka'.malam ni nak keluar lagi.sedih memikirkan mungkin ini 'keluaran' yg terakhir..

This is the end my beautiful friend,
It hurts to set you free,
The end of nights we tried to die,
This is the end..............................

sy xrasa nak menangis pun.xrasa nak meraung2 terjun bangunan.xrasa nak ikat kaki 'mereka' supaya jangan grad..
cuma mengharapkan ukhwah ini xkan putus.
kisah sedih2 yg membuah simpati,jgn lupa dikhabarkan happy ending nya.insya ALLAH.
juga moga xkan putus menerima berita2 gembira..

selamat tinggal...walau terpisah dua benua,moga ukhwah fillah kita kekal abadan abada.




say good bye to your hostel life.


hehehehe..
wassalam~

Saturday, November 13, 2010

i'm back!~pelengkap separuh agama.

assalamualaikum...

wah2,dah lama sangat sy x menulis.rindu betul nak meluahkan segala yg terbuku di hati kt blog yg bisu & xberhati perasaan ni...hai encik blog,i'm back!

dalam sem ni saje dah beberapa org kawan sudah melangkah ke fasa baru kehidupan( on the way nak kawen)..seorang senior sy yg sgt rapat di skolah dulu sudah mengakhiri zaman bujangnya baru2 ni.masih terbayang dia menghisap lolipop.masih terbayang dia berbaju sekolah,berhempas pulas usung buku rujukan ke hulu-ke hilir struggle nak spm.sekarang dah kawen..hmm..oh pantasnya masa..atau masa memang begitu,cuma saya yang x pernah berubah dari frasa hidup level 1???entahla..

sebenarnya yg dah kawen/tunang tu xramai pun. cuma mungkin sebab mereka rapat dgn sy,so bila dapat berita tu dr sorg demi sorg,jd rasa mcm ramai.walhal yg the rest lg ramai blom tunang or kawen..whatever.

beginilah, memandangkan tahun depan sy sudah tahun akhir.4th year..berdasarkan pengalaman melihat kehidupan org lain,sy rasa sudah tba masanya sy bersedia ke arah fasa yg sama:mendirikan rumah tangga.senang disebut,tapi tanggung jawab yg digalas seiring lafaz ijab qabul yg diakad bukan senang,mudah,simple mahupun seringan sebutan 'nak kawen'.berat.berat.dan berat.

bg yg memahami matlamat perkahwinan bg menambah kekuatan dlm ketaatan&ibadah kpd ALLAH,melahirkan zuriat buat meramaikan generasi mukmin pembela agama, seterusnya kpd tanggung jawab menyerahkan sebahagian diri kita pada pasangan(kerana hidup pasti bukan 100% sama spt b4 kawen), berjaga malam menjaga anak sakit demam,siang malam memikirkan proses membesarkan anak2-SEKIAN!ini sudah cukup membuktikan nikah itu berat sekali...berat.berat.dan berat.



bila sy cakap kahwin itu sesuatu yg berat,bukanlah bermaksud sy xnak kawen.tetapi jiwa sy ketakutan memikirkan tanggung jawab dan amanah yg bakal ALLAH sediakan setelah bersedia diijab kabul- dgn pasangan bakal peneman sepanjang kehidupan.

mencari pelengkap separuh agama itu juga bukan mudah.
"sesiapa yg berkahwin maka dia telah menyempurnakan separuh drpd agamanya,separuh yg lagi,hendaklah dia bertakwa kpd ALLAH"-adaptasi hadis Rasulullah.s.a.w.

...............................................................................................

buat bakal pelengkap separuh agamaku,suatu hari nanti mungkin aku izinkan kamu membaca coretan ini..bacalah kandungan tulisan saat aku ketakutan.hilangkanlah ketakutan ini dgn kejujuran kamu memegang amanah Tuhan.jujur.ikhlas.siapa saja kamu,ini saja kriteria yg bisa menundukkan aku.

aku mahu kamu yg begitu. xperlu pura2 buat penambah sedap rupa..

aku punya mak ayah yg sudah tua.tahu x berapa banyak duit mereka sudah aku habiskan buat membayar yuran pengajian+makan+minum+beli baju+ubat??? Rm100 000?tidak..tapi jauh lebih banyak dari itu. adik beradik aku 9 org semuanya.cuba darabkan.berjuta ringgit kan?
tahu x sudah hampir 40 tahun masa mereka habiskan(mungkin bazirkan) buat membesarkan aku..hampir tidak cukup tidur mereka saat aku demam,hampir kering air mata mereka menangis saat aku bersedih, berkongsi senyum waktu aku gembira dgn result cemerlang peperiksaan,juga turut tenang dlm duka semasa result exam aku menghancur remukkan jiwa.hmmm.
~jadi wahai bakal pelengkap separuh agamaku, boleh x kamu hormati mereka,sayangi mereka,dan mudahkan aku untuk membahagiakan mereka walaupun setelah aku menjadi milik kamu?aku tidak rela walau sehiris hati mereka terguris kerana kamu..apa2 shj berkaitan kamu..mungkin aku jd lebih mementingkan kamu sehingga mengabaikan mereka.nauzubillah.
wahai kamu,jika kamu memuliakan kedua orang tuaku,percayalah tanpa sebarang paksaan,kamu bakal memperoleh ketaatanku & hormatku kpd kamu,juga pada ibu ayah kamu yg juga membesarkan kamu..terima kasih utk itu.




kamu,bakal pelengkap separuh agamaku,
aku punya cita2 yg besar..aku pernah bertemu pakcik yg terpaksa masuk penjara kerana xberduit membayar peguam bela. aku pernah bertemu ibu yg menangis risaukan anak yg ditangkap-xpunya wang mengupah peguam tukang bercakap mewakili anak yg teraniaya.dan aku sering bertemu isteri2 mangsa kezaliman suami yg mengabdikan hidup mereka dlm azab berumah tangga hanya kerana mereka buta undang2..
wahai kamu,sudikah kamu menjadi penyokong setia cita2ku???? sokongan kamu pasti buat aku bersemangat menolong mereka yg memerlukan. sokongan kamu semestinya buat aku tenang meneruskan perjuangan.sokongan kamu moga2 mengundang redha Tuhan.sokongan kamu mungkin mampu membebaskan seorang pakcik tua yg teraniaya dr penjara.sokongan kamu mungkin mampu melahirkan senyum seorang isteri yg saban hari menanggung derita.
kalau suatu hari nanti,cita2 besarku ini mati,terserahlah.itu kelemahanku.tetapi saat dan tika ini,sewaktu aku masih punya impian& cita2 seperti itu,aku mengharapkan kamu menjadi penyumbang terlaksananya impian itu..sudikah kamu menjadi penyokong paling setia????jangan risau,kerelaan kamu menyokong aku pasti buat aku sedar diri untuk menjadi isteri & ibu yg mithali.insya ALLAH.(kerana aku juga mahu menjadi penyokong setia cita2mu.apa shj.cita2 itu adalah hak seorang insan yg hidup di bumi Tuhan).

wahai kamu bakal pelengkap separuh agamaku,
kalau saat ini,ramai yg memuji rupa parasmu.suatu masa aku sedar rupa paras yg mempesona itu bakal hilang.hlang ditelan kedut usia.hilang disapa uban putih di kepala. yg kekal pada kamu hanyalah 'kamu'..sikap kamu yg baik.akhlak kamu yg mulia..cinta kamu yg tulus dan setia krn DIA..kerenah kamu yg menyenangkan..karisma kamu mendepani kehidupan..toleransi kamu yg tinggi dlm memenuhi tuntutan anak & isteri.kamu yg begitu..hanya itu yg kekal..
maka,biarlah rupa kamu yg begitu..aku terima..perindahkanlah dgn pesona akhlak yg mulia..sempoi,gila2 xmengapa..romantik,jiwang karat kadang2 xmengapa..yg penting kamu tahu agama itu letaknya di mana.
kerana aku juga sama..tiada indahnya rupa ini..maka sudilah menerima yg biasa2..insya ALLAH aku bakal memperbaiki diri ke tahap yg lebih baik.kerana aku & kamu-bakal bertemu DIA jua akhirnya.

kamu bakal pelengkap separuh agamaku,
jujur & ikhlaslah.
berlapang dada.
[relax,cool,macho.hahaha.]
jujur dan ikhlas itu lambang takwa.aku bukan mengarang madah pujangga.ini harapan yg terluah saat ketakutan..hari demi hari bakal berlalu.dan saat 'menimang' amanah itu makin hampir.(kecuali jika nyawaku diambil Tuhan lebih awal)..
ini harapanku.sukar dan berat untuk kunyatakan..seberat membuat pilihan memilih kamu..maaf andai keterlaluan..kalau seorang lelaki punya pelbagai hak dlm hidupnya,masakan seorang perempuan hanya 'dipaksa' menerima tanpa diberi penghormatan terhadap hak2nya juga..

perkahwinan itu kehidupan,
maka biarlah ia bahagia...

kamu,cukuplah kamu yg begitu.
bakal pelengkap separuh agamaku.
bakal memperoleh ketaatan dariku.
bakal menjadi teman utk tua ber-sama2ku,
cukuplah kamu yg begitu.
yg membahagiakanku.
dan aku membahagakan kamu.
untuk itu-jujur dan ikhlaslah.
hati jangan belok2.
jangan khianat,jangan jahat.
jujur dan ikhlaslah.
kerana itu lambang takwa.
yg menghasilkan bahagia.

kamu,walau siapa pun kamu,
moga2 sempurnalah separuh agamaku.amin.






.....................................................................................................

buat:
keyna:semoga berbahagia.impian sekian lama dah terlaksana.bersyukurlah.
izzah shaha: jgn bersedih.anda juga pasti bakal disunting.insya ALLAH.
syida: sy masih ter-tanya2 mcm mana la ciri2 lelaki idaman syida???haha.
najwa: dah berlatih jd ibu kan?mcm mana?senang x?
izzah hafizah: i pray 4 ur happiness.really pray..hope 4 a happy ending story.**wink2**.
nani: bila nak stop mengharap??ada yg lebih baik menanti.ameklah yg 'lbh baik' tu.:-)
hanim: simpan duit dr skang.nanti bg tiket flight nak gi tengganu makan nasi minyak.
k.not:dikyah nak anak sedara..risau memikirkan anda.
cik: geng,prepare utk jd my agent one day.

wassalam.








Thursday, October 14, 2010

saya update blog.

Bismillah. Dengan nama ALLAH Yang Maha Penyayang dari segala yg penyayang.

seperti biasa saya akan memulakan coretan blog ini dengan ayat standard "sudah lama tidak berkesempatan meng'update' blog dek kerana kesibukan yg tidak henti2."

sekarang sudah menghampiri penghujung semester.lebih kurang sebulan lagi semester akan berakhir.setelah itu saya bakal bergelar final year student. hmmm,xtaulah nak takut ke,nak gembira ke, atau nak menangis. tunggulah sem depan baru tau nak rasa ape.

oh ye,sesiapa yg blom makan,pegi makan dulu sebelum continue baca blog ni.

saya berasa kurang selesa menatap berita2 terkini di surat khabar. membaca satu demi satu fitnah ke atas Anwar Ibrahim oleh bekas pembantu2 beliau. [perhatian:sy bukan penyokong mahupun pengkagum Anwar Ibrahim.pandangan ini atas kapasiti manusia biasa] mungkin ada yg telah mempercayai segala cerita ini. namun saya percaya bahawa ini adalah cubaan memfitnah seorang muslim yg entah siapa dalangnya. kadang2 teringin melihat ahli politik berentap di tanah yg lapang, lawan secara gentleman, tanpa perlu ada unsur2 konkongan media secara total, penguasaan institusi mahkamah yg jelas terzahir ketidak adilannya. mungkin sudah tiba masanya kita belajar style berpolitik 'orang dewasa' negara2 barat. negara2 kat asia ni masih nampak kebudak-budakan. contoh:sumbat pihak lawan dlm penjara.

sewaktu berbual dengan Crystal,seorang mahasiswi sebuah universiti di US, berasal dari washington yg datang ke uia utk tujuan research master beliau, saya membangkitkan ketidak selesaan dan penentangan saya terhadap Akta drakonian ISA. rasanya sudah banyak kali saya menulis tentang ISA di blog ini.[saya Anti ISA!saya anti kezaliman!sekian] . Crystal agak terkejut mengetahui bahawa masih ada undang2 seperti itu di malaysia. dia cakap :"I knew that 100 thousands protestors gathered at the demonstration to oppose ISA" dan saya tanpa berselindung berkata "and I was one of them."

habis cerita pasal politik. sekarang masuk cerita pembunuh sosilawati..eh takut la nak cakap pasal ni.tambah2 ngah sorg2 kat bilik ni..

ok,proceed cerita lain plak. sekarang ni memang musim orang kawen & bertunang ke? banyak sangat dapat jemputan ni..bahang2 seakan mendesak saya menurut jejak langkah mereka mulai terasa.hahaha..

oklah,nak siapkan assignments usul fiqh dan method of dakwah.
saya rindu keluarga saya. saya suka kawan2 saya. cuma saya penat dengan life saya. Tuhan,kirimkan aku ketabahan.moga mampu berjalan meredah duri2 tajam di jalanan. biar kaki ini merekah berdarah,tapi hati masih tetap bahagia melafaz zikrullah.

chow sin ci~wassalam.
p/s: check kamus dewan bahasa & pustaka page 45,ape maksud chow sin ci.

Thursday, September 23, 2010

apa jadi dgn raya??????

hari ni sudah syawal yg ke berapa ek?jap nak kira..oh,yang ke- 14..hmm..masih kedengaran ucapan slamat hari raya diucapkan bila bertemu rakan2.masih juga menerima jemputan ke rumah terbuka mahupun yg tidak terbuka:sudah pasti utk beraya.

hmm..rasenye sy dah puas beraya 10 hari kat rumah.raya kali ni ada beberapa kelainan seperti:
1)kuantiti rendang dikurangkan kpd 3kilo shj dr 5kilo seblom2 ni..ayah kata sebab kegawatan ekonomi.hmmm,taraf ekonomi tokey lembu mesti naik kan time2 raya ni.

2)duit raya yg sy dapat sgtlah sedikit.hanya RM13..orang lain mengeluh "ala,duit raya aku xsampai 2ratus pun"..saya cuma mampu cakap "duit raya saya xsampai pun 13hengget seposen.":-(

3)ada budak yg dtg beraya bersama konco2nya menumpahkan air bergula atas karpet..maka tuan rumah terpaksa membersihkannya dgn hati yg tabah(+sumpah seranah sikit2 la dlm hati).

4)pencapaian target ramadhan kali ini agak memuaskan,Alhamdulillah.inilah kejayaan sebenar.

hmmm...bila balik uia ni,ramai peminat yg menanti..huhuhu..peminat2 yg bernama mohd assignments,tengku muhammad test,dan putera final exams...,mari kita sama2 bersabar secara berjemaah..hehehe.

~hati yg berusaha disucikan sepanjang ramadhan,masihkah terus disucikan?atau sudah berhenti seiring berlalunya tarbiah ramadhan? nikmat melazimi ibadah sepnajang ramadhan,adakah sudah tiada lg rasa kenikmatan???mari bersama2 istiqomah dlm memperbaiki diri di sisi ALLAH.

sekian.

Tuesday, September 14, 2010

SAYA...

Bismillahirrahmanirrahim...

atas faktor tertentu,saya terpaksa menulis blog -bermula kali ini dan seterusnya menggunakan kata ganti diri 'saya'..kenapa???uhuk3,rahsia.....lgpun lebih sopan utk bacaan umum.
harap pada pihak2 tertentu, kalian tidak kesah utk membaca post2 sebelum ini dgn kata ganti diri 'aku'....
sejarah kenapa saya menggunakan word 'aku' adalah kerana niat blog ini ditulis pada asalnya hanyalah utk diri sendiri..daripada lepas idea kat dinding asrama,menconteng buku2 tulis@teks,lebih baik tulis kat blog kan...tapi xlama lepas tu,rupa2nya ada orang sudi baca blog saya yg berkasta rendah ini,sama ada orang tersebut menjadi follower atau tidak-maka saya menjadi serba salah apabila mengetahuinya..dan ada pendapat2 yg diberi amat saya hargai dan akan take into consideration lah..

hari ni dah raya ke-6..aktiviti hari ini adalah menolong kakak membuat kek coklat.baru je buat petang ni sebab pagi tadi sibuk melayan tetamu.menu untuk tetamu pada hari ini ialah: kueh raya,air teh,air anggur,nasi berlauk ikan,sambal,telur goreng dan sayur kacang.oh ya,tambahan pisang kuning yg masih segar dn cantik.harap tetamu berpuas hati dgn hasil hidangan itu ye..(kalau xpuas hati pun,xbaik complaint..diam2 dah la.)

oh ye,saya baru mendapat khabar drpd kakak bahawa kek yg kami buat tidak menjadi..saya hanya tersenyum kerana saya memang suka makan menda2 yg xjadi..hehehehe..mungkin lebih sedap,siapa tahu..

sekarang ini saya dalam proses merancang masa hadapan...agak tertekan sebenarnya..saya harap tidak ada yg salah faham dgn menuduh saya mahu berkahwin awal tetapi belum ada calon lagi..agak berat tuduhan itu..
saya sedang merancang masa hadapan selepas grade..kahwin itu adalah isu yg lain yang perlu difikirkan secara berasingan...hehehe

apa2pun,selamat hari raya.maaf zahir dan batin..moga kita akan terus menjadi hamba yg setia hasil tarbiah ramadhan..

"seburuk-buruk umat adalah yg tidak mengenali ALLAH kecuali pada bulan ramadhan."-adaptasi kata2 ulama'.

Saturday, September 11, 2010

hilang...

hadirnya entah bila,
entah bagaimana,
begitu saja datangnya,
cukup membuat sendi-sendiku terkesima teruja.

saat ini dia jauh sekali...

hati ini sakit terdera,
dibuai-buai duka,
lara sekali terasa,
jiwa kosong hampa,
terpencil,sendiri,sepi...

ke manakah dia menghilang?
kembalilah,
mari dengar bisik hatiku yg merekah kecewa,
simpatilah dengan titis air mataku,yg turun laju menderu..
ke manakah dia menghilang??
kembalilah,nyanyikan aku lagu2 indah sang pujangga,
moga2 air mataku mampu tersenyum gembira,
di celah rawan luka yg x ketemu penawarnya...

ke manakah agaknya dia menghilang??
biarkan aku terus mengharapkan kepulangan,
biar aku terdampar.
biar aku terkapar.
kalau hanya itu yg aku mampu.........




mar
11.46pm
sabtu.
11/9/2010

Sunday, September 5, 2010

cerita cuti...

masa yang banyak terluang memberi ruang untuk masa itu banyak dibuang...hish..

aku isi masa senggang yg jarang aku perolehi ini dgn membaca surat khabar dan majalah2..banyak gak menda baru yg aku terlepas pandang rupanya..ada beberapa perkara yg menarik perhatian aku: ada seorang tahanan ISA dibebaskan setelah 8tahun meringkuk dlm jeriji besi tanpa diberi hak untuk diadili di muka pengadilan...bagi orang yg 'xkesah' mungkin berkata "baguslah dah bebas..syukurlah"...tapi bagi aku,bagaimana dgn 8tahun masanya bersama keluarga yg dibazirkan???bagaimana dgn 8tahunnya yg sia2-xdibuktikan bersalah,tapi dihukum seperti penjenayah...8tahun isteri dan anak2nya menderita kerinduan dan terpaksa mencari nafkah sendirian...adakah anda fikir perbuatan ini x akan dipersoalkandi sisi Tuhan...
-aku secara konsistennya membantah kezaliman ISA!-(ini adalah usaha kecil dlm menentang kezaliman..membenci dan mencegah kezaliman adalah tanggungjawab seorang muslim)..cukuplah fikir2kan kalau situasi yg sama menimpa keluarga sendiri...

dalam pada geram melihat kezaliman akta drakonian,aku menggeleng2 kepala pula membaca kisah buang bayi yg makin menjadi2..dan akhirnya tersenyum melihat cadangan menteri yg melucukan :menubuhkan sekolah khas untuk remaja hamil...macam2..
ada menariknya cadangan seorang ustaz supaya digalakkan mereka ini bernikah gantung..rupa2nya nikah gantung sudah lama ada dlm amalan islam tetapi disebut "nikah kitbah"...ok jugak cadangan ni...bernas..cuma susah nak apply kat malaysia yg belum terbuka dgn suasana memudahkan pernikahan..nikah mesti nak gempak abes...hmm...

akhir sekali,kisah yg menyentuh hati aku baca dlm sebuah majalah:kisah seorang pendakwah yg bersusah payah berdakwah pada orang2 yg kaki botol,samseng dan seangkatan dgn nya...dakwahnya dgn izin ALLAH menyentuh hati mereka2 ini sehingga ramai yg bertaubat,join pengajian agama dan mencari rezeki yg halal...tapi dakwahnya itu bukan mengambil masa yg singkat-tetapi berpuluh tahun...
sekarang ni ramai pendakwah yg berdakwah pada org2 yg baik...ustaz ustazah lebih selesa memilih mengajar agama pada org2 yg mmg beragama-kaki masjid,solat x tinggal..jarang ada yg berani mendekati golongan yg hanyut dan tenggelam dgn dosa dan kemaksiatan ini....ini bukanlah kritikan,tetapi lebih kepada pemerhatian aku la...(jgn lupa,aku pun ada tanggungjawab pd mereka..hmmm.)
bila ditanya motivasi beliau dlm melakukan kerja2 mencabar ni,jawabnya simple shj:"semua manusia ada kemahuan beragama.cuma persolannya siapa yg mahu menumbuhkan/menghidupkan kemahuan beragama itu?"..

hidup itu sekali,
mahu di'bagaimanakan'kah hidup yg sekali itu?

p/s:mak ajak buat bahulu.kakak ajak shopping raya.adik ajak dengar lagu raya.ayah ajak pergi bazar ramadhan....aku???aku ajak diri aku sendiri menghayati hari2 terakhir ramadhan..(opsssssss)

Monday, August 30, 2010

aduhhhhh..............

aku sedang terpaksa meneruskan saki baki perjalanan yg masih bersisa 3 hari sebelum pulang utk beraya dan bercuti di rumah. apa yg menyebabkan aku menjadi begitu ralat dan keterpaksaan ialah 2tugasan yg tersengih2 di hadapanku minta dilayan,diberi perhatian,dan dilaksanakan.:test PIL dan presentation trust..aduhhhh....

mood aku yg baru nak terloncat-loncat gembira menghampiri cuti raya jadi lemah xbermaya dgn tuntutan alam ni..aduhhhhh sekali lagi..

xtermasuk longgokan kerja dan test bertimbun-timbun lepas raya lagi..(boleh x nak harap uia tutup je lepas raya..??hehehe..)

apa2 pun,amanah mesti ditunaikan..mustahil aku boleh cakap kat Dr.Mohsin,"Sorry Sir,i'm x going to present today because i am so lazy..asyik teringat nak masak ketupat je sir"
dan mustahil aku bleh tulis kat paper PIL:"sorry sir,i cant answer this question because i'm x really prepared..what to do,i love holiday more than this test!"

boleh je nak buat mcm tu,tapi aku rasa macam memalukan nama kodiang plak...

oh ye,ni dah masuk 10 malam terakhir..jom lipat gandakan ibadah dan ikhlaskan hati kita dgn ALLAH...moga2 naik darjat kita di sisiNYA.amin..

..........sambung buat keja............

Thursday, August 26, 2010

bicara malam ke -17 ramadhan..

Dengan lafaz Bismillah.

agak lama xmeng'update' blog.mungkin kerana kesibukan,mungkin juga kerana tiada apa2 yg menarik utk di'update'kan,atau mungkin juga kerana roh ramadhan membuat aku hilang selera mengadap laptop berjam2 seperti kebiasaan.

walau apa sekalipun,malam ini aku terasa mahu mencoret sesuatu.

sudah malam ke-17 ramadhan.apakah pencapaian kita setakat ini memberansangkan...atau hambar? apa khabar hati yg hitam,sudah berjaya diputihkan?perjalanan mendekati Tuhan,masih berterusan atau terhenti di persimpangan?

walau di tahap mana sekalipun kita sekarang,masih belum terlambat untuk memulakan/meneruskan langkah mencari hidayah.semoga ALLAH sudi melorongkan jalan2NYA buat kita semua.amin.

sahabat2,saudara2 mara,sepupu-sepapat,jiran2ku yg disayangi lillah,
"Jika harapanmu hancur berkeping-keping,
Aku akan menjadi bulan yang menerangi jalanmu,
Matahari bisa membutakan matamu,
Aku akan berdoa pada Ilahi,
agar salji berderai di sahara."
(aku petik dari tulisan Andrea Hirata)

sekian.selamat berpuasa.

Friday, August 6, 2010

mencari kemuliaan di bulan yg sebulan.

kalau selalu kita bangun-paling awal-setelah azan subuh kedengaran..kali ini kita perlu bangun lebih awal utk mengisi perut dgn sedikit makanan.

kalau selalu kita ke cafe-paling sikit-3kali sehari. breakfeast,lunch,dinner. kali ini kita hanya ke kedai membeli santapan 1 kali sehari.





kalau selalu kita buat amalan yg wajib sahaja se-hari2,kali ini kita bakal termotivasi membuat sebanyak mungkin amalan sunat.

kalau selalu kotak2 derma terasa amat ringan dipegang,kali ini kotak2 itu bakal berat x terangkat.

banyak lagi kalau nak bezakan hari2 yg selalu dilalui dgn bulan yg 1 ini.

hati aku terasa kosong..getar dan takut..takut kalau xmampu menempuh bulan ini dgn kekuatan luar biasa..sayangnya kalau sebulan hadiah dr Tuhan ini berlalu biasa2 shj..dah terbiasa menjadi hamba yg biasa,amat sukar dan berat rasanya nak mengubah zahir batin yg biasa ini menjadi luar biasa..

kenapa kalau datang bulan ni shj mulalah semua org nak jadi baik??habis bulan2 lain boleh buat sesuka hati kah??
tidak...tapi bulan ini istimewa sekali..kalau selama ini kita berada di level 0,maka bulan ini boleh jadi platform utk kita start enjin dan seterusnya melangkah ke level 1..begitulah seterusnya..memang x sepatutnya bila habis shj bulan ini,kita jatuh ke level yg bawah semula,tetapi cubalah sedaya yg termampu utk konsisten di level itu, atau mendaki ke level yg jauh lebih baik.




(tangga yg beribu dan ber-liku2-naiklah satu persatu.)

bulan ini masa utk lebih banyak bercakap2 dgn Tuhan..tiada syaitan,jadi kurang gangguan.
bulan ini doa yg dipohon lebih banyak dr biasa..meminta itu ini...tabiat manusia,permohonan utk dunia lebih banyak dr akhiratnya...sedang akhirat itu kekal abadan abada..hmmm..

Ya ALLAH berilah aku kekuatan utk ditarbiah sebulan di madrasah ramadhan.moga aku jadi hamba yg lebih dekat dgnMU setelah itu..moga aku jadi budak baik setelah itu..moga aku xberani buat jahat setelah itu..moga Kau sayang padaku...Ya ALLAH,ampunkan aku.

Ya ALLAH, tolong aku dan saudara2ku utk mencari kemuliaan di sisiMU,di bulan mulia yg sebulan ini...

ramadhan kareem..Allahu akram!



Thursday, August 5, 2010

bajet sastera..heh!

wahai segala yg menjadi kecintaan nafsuku,
pergilah berlalu...
aku mulai bosan dgn jijiknya dosa,
xdaya kuelak,
walau ku sepak2,
supaya menjauh,
namun masih juga aku di situ,
kelemasan....

yang muluk2 di dunia,
aku mahu semua...
setiap kudapat xpernah puas,
setiap kugenggam seringkali terlepas,
sudah tiada lagi manis-manisnya..
lebih banyak sakit perit dari nikmat yg dirasa...

sekali sekala bertapa di lembah para wali mungkin ada indahnya...
berikan aku secangkir kasih Tuhan...
moga dapat kuhirup damai tenang perasaan,
dalam pengabdian...

mar.
6/8/2010
[buat pertama kalinya aku mencoret sajak murahan aku di blog.sudah malas mengguna cara konservatifl =menulis di buku...]


"baca karya pramoedya?"
soalan itu keluar dari mulut penulis imaen sewaktu aku bertandang ke booth JS sebentar tadi..aku xingat apa isi perbualan kami sebelum itu...mcm mana ntah soalan tu boleh terkeluar..

"pramoedya ananta toer?" aku bertanya semula meminta kepastian.
"ye." imaen tersenyum bila melihat aku tahu penulis yg dia maksudkan.
"baca.."
"buku apa?"
aku diam..cuba mengingat tajuk buku itu..
"perburuan.."
"arghhhh..buku tu xbest!.baca tetralogi bumi manusia..bla bla bla.."
aku tertarik mendengar cadangan imaen tu..
"tapi buku2 dia susah nak cari kat sini.."
"memanglah..buku2 dia dulu dibakar semasa pemerintahan sukarno.yg masih ada sekarang ni adalah buku2 yg diselamatkan oleh tentera yg secara diam2 tidak mematuhi arahan utk membakar karya2 pramoedya tu.."
"ohhh..." aku segan mahu semakin ramah berborak..tetapi aku paksakan juga mulut ni utk bersuara..
"kat mana ye sy nak dapatkan buku2 pramoedya?"
"cuba dapatkan di gerakan budaya..dia ada buka gerai di pameran buku yg besar2..."
"gerakan budaya??"
"aah,gerakan budaya..suka baca karya chairil anwar?"
aku senyum.."ye suke.."
imaen senyum juga.."sy ada koleksinya.."
"kenapa xletak kat sini?jual la murah2.."
"hahahaha...sy xakan jual.."

melihat keyna dan izzah sudah penat menunggu, aku memberi tanda2 mahu mengundur diri dr borak yg semakin panjang..
"ambil kos apa?" dia bertanya lagi.
"law"
"hebat"...
(aku pelik,apa yg hebatnya...sebelum ni aku dah pernah datang booth dia+dia tanya soalan yg sama+aku jawab law juga+dia xkata hebat pun..)
"apa yg hebatnya?"aku bertanya-slow shj..lebih pada bercakap dgn diri sendiri.
"sy bangga masih ada anak muda baca karya pramoedya.."
(ceh!ceh!ceh! mentang2lah jumpa orang yg meminati sesuatu yg dia juga minat-maka org tu dikira hebat...kayu ukur apakah ini..hmmm)

pramoedya itu pejuang kemerdekaan..karya yg dihasilkan oleh seorang pejuang yg merana terseksa di penjara semestinya lebih indah dibandingkan tulisan orang yg menulis tanpa jiwa...membaca karya org2 sebegini memang menusuk kalbu...dan kita mampu hanyut dalam idea pemikiran dan kehebatan mereka mempertahankan ideologi dlm dasyatnya mehnah dan tribulasi...

oh,kenapa tiba2 aku menjadi sebegini sastera??? dari manakah datangnya ilham2 utk menjadi poyo sebegini???hahaha.
nak pergi kelas..selamat tinggal..

Monday, July 19, 2010

hai selamat malam!

salam...

pulang ke bilik setelah jam hampir melewati pukul 12 malam..badan sudah lembik xberdaya..sebelum tidur aku sempat melayari newspaper online,update perkembangan semasa...xde ape2 yg betul2 terkini pun..yg ada cuma isu2 lama yg dikitar semula..membosankan..

hmm...awal semester yg sibuk...aku xsedar sejak bila aku merelakan diri aku (yg hakikatnya suka berehat ni) tenggelam dlm kesibukan..kesibukan yg xpunya pilihan...redah ajelah~

tadi aku dipaksa mendaftarkan diri untuk main futsal..rasa nak menyorok di sebalik pokok je masa dorg suruh tu...memang aku dah menyorok pun..tapi dorg nampak..hmm...dah bertahun xbersukan,mcm mana niiiiiiiiii....buntu!

oklah,sudah mau tidur..penat...mengantuk..xgembira...apa pun hati mesti ikhlas sentiasa..baru setiap amal berbuah pahala..

Bismikallahumma ahya waamut...zzzzzzzzzzz~

Wednesday, July 7, 2010

jalan yg susah itu......

Dimulakan dgn Bismillah...

kadang2 aku xfaham melihat manusia yg suka memilih jalan yg susah,sedangkan ada pilihan yg lebih mudah tersedia di hadapan mata.


PenangBridge.jpg
(jambatan ialah contoh jalan yg mudah.hehe..)

seperti mana aku kurang faham dan tidak mengerti sewaktu seorang kenalan aku memesan "salted fish fried rice" secara tersekat-sekat semasa makan di restoran berstandard tinggi, sedangkan beliau boleh shj memesan "nasi goreng ikan masin" dgn lancar dan mantap..

kadang2 aku terlupa bahawa hak utk memilih jalan yg sukar atau jalan yg mudah itu hakikatnya bukanlah pilihan mutlak manusia,bahkan ketentuan Khaliknya.
hal ini berlaku pada diri aku sendiri..di luar kemahuan aku,kereta volvo lama kepunyaan ayah rosak teruk sewaktu aku pulang ke kedah baru2 ini.akibatnya,aku terpaksa menaiki bas utk pulang ke rumah dr stesen kereta api alor star.utk pergi ke stesen bas,aku terpaksa pula berjalan kaki melalui jarak yg agak jauh..pilu jugak hati aku ni mengenangkan seolah-olah kepulangan aku dr perantauan xbersambut..isk3..tapi aku rasa memalukan pula kalau aku menangis utk perkara2 kecil spt itu..jadi aku pilih utk menabahkan hati menempuh ujian sukar kurniaan Tuhan itu..semasa berjalan penuh kesabaran menuju ke stesen bas,mood aku dirosakkan lg dgn hon pakcik teksi yg kuat..'jemputan' menaiki teksi dgn cara yg kurang sopan itu aku balas dgn gelengan kepala dan muka yg berkerut..sabar.sabar.

kenapa tiba2 aku bercakap tentang susah musah ni???
kerana aku meluangkan masa meneliti kisah2 hidup pejuang2 dunia,sama ada islam ataupun tidak-mereka melalui hidup yg susah..sedangkan dgn kelebihan yg mereka miliki,mereka boleh shj hidup senang lenang..
contohnya kehidupan pemimpin2 Hamas yg mewakafkan seluruh hidup mereka utk pembebasan palestin,aku sedih melihat kesusahan yg terpaksa mereka tanggung dlm jihad fisabilillah menentang zionis..aku belum pernah melihat@mendengar tentera Hamas hidup kaya raya,berseronok riang gembira..'ganjaran' yg mereka dapat hasil susah payah mereka 'hanyalah' terkorban dirodok peluru.sedangkan bila membaca biografi pemimpin@pejuang Hamas, bukanlah calang2 latar belakang akademik mereka mahupun status dlm masyarakat.

Hamka yg masyhur namanya seantero asia,memilih penjara bertahun-tahun natijah ketegasannya dalam berdakwah kpd masyarakat indonesia & juga dunia..penjara itu sudah pasti bukan suatu tempat yg membahagiakan..

hamka - tenggelamnya
(antara karya hebat Hamka)

di malaysia sendiri,tidakkah kita tertanya-tanya,kenapa MB kelantan memilih cara hidup yg terlalu sederhana,walhal dia boleh memilih utk hidup dalam limpahan kemewahan menggunakan duit elaun menteri besar+ keuntungan pelbagai projek berniali jutaan ringgit.

aku masih sukar memahami kenapa Burhanuddin al-Helmy memilih meringkuk terseksa dlm penjara angkara kezaliman ISA-drpd menikmati hidup bahagia bersama anak isteri tercinta..sedangkan dgn pendapatan sbg seorang doktor homeopathi ketika itu,beliau mampu hidup mewah.

cukuplah utk aku terus terkedu melihat sejarah Ibrahim Libya rela menjadikan dirinya sasaran hujan peluru tembakan polis drpd membiarkan dirinya tunduk pada akta yg zalim(ISA)..sebab serangan itu adalah kerana beliau dituduh sebagai penjenayah..agak mengkagumkan bila mana seorang 'penjenayah' menghabiskan masa beliau memberi kuliah2 agama kpd masyarakat kampung.dan faktanya,beliau baru shj selesai memberi kuliah subuh sebelum ditembak polis pd hari kejadian.

seorang bukan islam-nelson mandela rela menjadi penghuni penjara selama 27 tahun gara2 menentang dasar apatheid yg menindas bangsanya.

aku terfikir soalan2 ini apabila berhadapan dgn kenyataan yg ditimbulkan seorang manusia yg aku kira sgt close-minded..yg tidak tahu menghormati freedom orang lain dlm mengamalkan keyakinannya..seorang insan yg tergamak mengkritik golongan yg hidup mereka dihabiskan utk perjuangan menegakkan agama ALLAH..sejujurnya aku tidak marah dgn mereka yg masih belum tebuka pintu hatinya menerima islam secara keseluruhan..aku hanya mampu berdoa supaya hidayah itu milik mereka akhirnya..tetapi aku tidak dapat menahan sabar dgn org yg menghina2 dan merendah2kan pejuang2 kebenaran yg menolak keseronokan dunia demi kelansungan survival ummah.kalau diri anda memang buta melihat kebenaran,maka jgnlah dihalang org yg celik itu terus berjalan

cubalah fikirkan,betapa hidup kita bertuah kerana ALLAH menganugerahkan dunia dgn mereka2 yg sanggup memilih jalan yg susah ini,sedangkan mereka mampu memilih jalan yg lebih mudah dan selesa..kalau tidak ada mereka yg sudi bersusah-payah sebegini,agaknya di mana letaknya kita sekarang ini?sudah pasti istiqomah di takuk kejahilan..jika anda merasakan bahawa perjuangan mereka salah,maka kemukakanlah dalil2 dan bukti2nya..jgn hanya memberikan kecaman setelah xmampu membela kejumudan yg dipertahankan.

seperti Britain yg menghalang kemasukan Dr Zakir Naik (pakar perbandingan agama) ke negara mereka kerana mendakwa Dr Zakir Naik membawa pemikiran pengganas.hakikatnya mereka tidak mampu membalas hujah2 kebenaran Dr Zakir tentang perbandingan islam dan kristian.

hmmm..aku sedar aku belum mampu sampai ke tahap memilih kesusahan sbg harga perjuangan,maka buat masa ini sekurang2nya aku mahu menjadi penyokong pejuang2 ini..mendoakan kejayaan mereka.

kesusahan yg kita lihat ditanggung mereka,sebenarnya adalah kemanisan buat mereka..hidup ini tidaklah sesusah mana,bila kita tahu memilih jalannya.



(hidup yg payah itu sebenarnya indah..)

Friday, June 25, 2010

kanak2...

aku sukakan kanak2..wajah kanak2 comel dan bersih sebab belum dipalit dosa..kanak2,insan yg naif,lurus. menjawab dr hati.tidak hipokrit.tiada niat tersembunyi..kata2 yg keluar dr mulut kanak2 boleh mencetuskan tawa..kelakar. melihat bayi dan kanak2 boleh menenangkan jiwa.

1)soal jawab dgn amir asyraf-darjah 5.(adik2 aku merupakan anak angkat kpd keluarganya).mukanya seiras mohamad sabu,pemimpin sebuah gerakan Islam.

adik aku:"amir,pergi solat!"
amir asyraf: "ala,amir kecik lg.xpayah solat."
adik aku:"mcm mana nak jd mohamad sabu ni kalau xsolat!"
amir asyraf:" ala,mohamad sabu waktu dia kecik2 pun xsolat juga.."

2)jawapan yusrina-5 tahun.(sepupu)
keluarga dr johor asyik telefon,bertanya direction ke rumah..yusrina mendengar perbualan kami.

telefon berdering,mak angkat.
mak:"rumah kami depan bukit.."

telefon berdering lg,kakak angkat.
kakak:"aah,tengah2 sawah padi."

telefon berdering lg.
mak:"jalan terus shj..ada kereta volvo depan rumah."

Yusrina:"ala,apa susah2..cakap kat dorg,tengok aje kasut Yus kaler pink depan rumah..tulah rumah maklong.."

3)perbualan kak nurul(staff di tempat aku praktikal) dgn anaknya,amin-5 tahun. suami kak nurul baru shj membeli kereta baru,Perdana.mereka dah ada 2 buah kereta-kelisa dan satria.

amin:"kereta perdana amin punya.kereta kelisa ayah punya. kereta satria abang punya."
KN:" habis ibu nak pakai kereta apa pegi keja?"
amin:"ibu jalan kaki".

4)amin lagi.

KN:"besar nanti amin nak jd apa?"
amin:" perompak."
KN:marah.."kenape amin nak jd perompak?!!perompak kan jahat!nanti kena tangkap polis!"
amin:"alah,(sebenarnya) polis lg jahat dr perompak."




5)perbualan aku dgn seorang kanak2 kelantan-baru 5 tahun(keluarga dia yg bgtau umur dia 5 tahun)..x ingat nama.sesaje berborak.

aku:"adik,cuti sekolah hujung tahun ni kan? x pg jalan2 ke?"
kanak2:"korg org kedah boleh la jalan2.sy kat kelantan ni,bila hujung tahun je musim banjir..susah la nak berjalan."(dlm loghat kelantan).
aku:(dlm hati:uish budak ni,jawapan mcm org dewasa la plak.)-hanya mampu senyum.

6)dan kanak2 yg sama berkata pd aku bila aku dah nak pergi dr tempat tu,

kanak2:"kalau ade ape2 hal,telefonlah bgtau."
aku:terdiam.(dlm hati:ni budak 5 tahun ke ke 55 tahun?)..

inilah antara kisah dgn kanak2 yg aku ingat sampai sekarang..hahaha.sgt comel dan kelakar...teringat kisah sendiri sewaktu berusia 6 tahun.

cikgu:"kenapa waktu solat kita pakai telekung?"
aku:"sebab xnak kena gigit nyamuk."




kanak2 itu doanya makbul..kanak2 itu tiada dosa..kanak2 itu-sayangilah mereka.

Thursday, June 24, 2010

doa.

sedang berdoa supaya urusan itu dimudahkan.
sedang mengharap supaya harapan biasa2 tetapi cukup bermakna itu akan jadi nyata.
sedang menagih belas kasihan supaya sudi diberikan yg sempurna di jiwa.
sedang menanti penuh sabar jua resah bakal realiti sebuah mimpi.
sedang menenangkan diri melalui hari yg lukisan takdir itu sebuah destinasi.
dalam segala sedang yg berjalan,semua itu kuserahkan pada TUHAN.
pada ALLAH yg mendengar desis doa sekian lama.
pada ALLAH yg kuyakini xkan biar sengsara kecewa.
aku akan terus tersenyum dalam bisikan padaMU,
tanpa jemu.
tidak sabar mahu menangis terharu,
menemui janji firmanMU-"Berdoalah kepadaKU,nescaya akan kuperkenankan bagimu".
insya ALLAH.
amin Ya ALLAH.

Saturday, June 12, 2010

analisis xrasmi cerita korea....

sejak beberapa minggu kebelakangan ni,disebabkan ada waktu terluang,aku mula layan cerita2 korea(ini bukan promotion)..walaupun sebelum ni,aku xberminat menonton cerita bersiri,tapi sekarang aku sanggup bersabar utk menghabiskan kompilasi cd setebal buku teks..

aku rasa ini bukanlah 1 amalan yg baik,sebab itu aku pastikan amalan ini xkan sampai menjadi 1 habit...addicted sampai susah nak buang..Alhamdulillah,sekarang masih lg di tahap yg terkawal,sekadar mengisi kebosanan...sesuatu yg merugikan apabila kita fanatik pd sesuatu perkara yg x menguntungkan Islam..maka,melakukan sesuatu itu biarlah sekadarnya shj...

apa yg aku perhatikan,dlm cerita2 yg aku tonton,mereka seboleh-bolehnya cuba mempromosi agama mereka-kristian...heroin/hero sentiasa memakai rantai salib..hingga seringkali mengganggu tumpuan aku pd cerita yg ditayang...aku mmg x suka melihat tanda salib-terlalu benci pd lambang menyekutukan TUHAN!
dapat dilihat di sini bahawa golongan bukan Islam seboleh mungkin menggunakan peluang yg mereka ada hatta di dlm drama & filem utk mempromosi agama mereka...dan langkah ini aku khuatirkan sgt berkesan kerana golongan muda mmg xdapat lari dr menjadi peminat drama & filem yg berlambak di pasaran....

apa yg menyedihkan aku ialah usaha yg sama tidak dilakukan oleh orang2 Islam yg seringkali menyatakan mereka yakin dgn kesyumulan Islam...
pelakon2 islam yg berlakon drama menunjukkan contoh cara hidup sosial yg begitu membimbangkan..bukan sekadar di luar cerita,malah di dlm cerita pun kisah hidup yg bukan2 ditonjolkan..cerita gubra,sepet & sewaktu dengannya-diakui memiliki nilai seni yg baik..aku sendiri mengakui bahawa cerita yg dibuat yasmin ahmad ini sgt berkualiti berbanding filem2 melayu picisan yg lain..tetapi malangnya,tiada lansung unsur kebenaran Islam cuba ditonjolkan,sebaliknya cuba pula membawakan imej yg tidak tepat malah menyimpang dr ajaran Islam...

mungkin agak pelik bila aku baru nak mempersoalkan sesuatu yg dah lama org persoalkan..dan lebih2 lg,apalah nak diharapkan pada golongan artis dan seniman yg sememangnya x islamik tu..hmmm,ya aku akui itu...cuma kekesalan aku menjadi bertimpa-timpa melihat kesungguhan org bukan Islam dari peringkat profesional hingga artis biasa 'berdakwah' dgn cara mereka,mengikut kebolehan masing2..tetapi bg kita org2 Islam,berdakwah itu diletakkan sepenuhnya di bahu para ustaz...dan ustaz2 yg berani melaksanakan amar makruf & NAHI MUNGKAR hanya segelintir...rancangan2 agama di kaca televisyen selalu memilih tajuk2 yg 'selamat' shj..contohnya tentang menghormati ibu bapa,puasa,solat,zakat,menunaikan haji dsbg...itulah tajuk2 yg diulang saban waktu..tajuk2 yg 'berbahaya' seperti lesen judi dan arak perlu dihapuskan(kecuali utk non-Muslims) kerana ia punca kerosakan berterusan dlm masyarakat,aqidah kita perlu dibetulkan,rancangan2 hiburan terlampau perlu dibatalkan,pemimpin perlu melaksanakan cara hidup Islam sebagai role-model pada rakyat-jangan harap akan disiarkan..ha,tengok!aku dah bg suggestion utk tajuk2 al-kulliyyah plak.hahaha..

menteri2 agama pun selalu mengelak utk membuat sesuatu yg bakal merosakkan periuk nasi mereka..apa penasihat agama PM buat bila kerajaan meluluskan lesen judi sempena piala dunia???apa menteri di JPM(bahagian hal ehwal Islam) buat bila rancangan2 realiti TV yg tiada lansung nilai2 Islam semakin bertambah???
oh,mana boleh buat apa2..judi,rancangan realiti TV,kelab2 malam,rumah pelacuran org2 kelas atasan atau bawahan-semua itu menyumbang pada pendapatan negara....aiyo,tolonglah!

aku pun xtaulah..teringat aku kata2 Saidina Umar r.a(adaptasi): "kebenaran yg x berperancangan,akan dikalahkan oleh kejahilan yg berperancangan".

dan 1 lg kata2 Saidina Umar r.a(adaptasi): "aku risau dgn kerajinan org2 kafir,dan kemalasan org2 Islam"..maksudnya,org2 kafir walaupun apa yg diperjuangkan itu salah,tetapi mereka rajin..tetapi org2 Islam walaupun memperjuangkan yg hak,malangnya malas menyusun strategi dsbg..

hmmm....aku akan menyambung aktiviti menonton cerita2 korea, indon/melayu dan pelbagai lg cerita yg aku rasa seronok dan ada pengajaran...dan aku akan terus membuat penilaian...walaupun penilaian aku xkan terpakai pun utk analisis JAKIM,JAIS,JAWI dan segala mcm JA lg utk melakukan perubahan..kerana semua kita terikat kaki dan tangan utk bergerak apabila dasar negara awal2 lg x mengizinkan kita utk bebas bersuara demi agama..sesiapa yg berani,maka anda mujahid sejati..sesiapa yg x berani,tolonglah sekadar kemampuan dlm ruangan keterbatasan..kerana suatu masa nanti,anda bakal dipersoalkan TUHAN...

pada waktu itu,anda xboleh menjawab:"sorry,sy bukan ustaz/ustazah"...mahupun menjawab;"kenapa nak banyak komen,negara ini sudah aman harmoni,berbilang kaum dan bangsa,x perlu menegakkan hak agama kerana ia ancaman kpd kedaulatan negara"...
ada berani cakap mcm ni?

"Dan berilah peringatan(Muhammad) kpd manusia pd hari (ketika) azab datang kepada mereka,maka org yg zalim berkata,"Ya Tuhan kami,berilah kami kesempatan(kembali ke dunia) walaupun sebentar,nescaya kami akan mematuhi seruan Engkau dan akan mengikuti Rasul-Rasul".(kepada mereka dikatakan),"Bukankah dahulu (di dunia) kamu telah bersumpah bahawa sekali-kali kamu tidak akan binasa?"- surah Ibrahim:44.


Love Story In Harvard

p/s:mereka pendakwah agama mereka...bagaimana dgn kita????

survivor of life.....

semalam sewaktu keluar utk lunch,aku melihat seorang budak (aku agak dalam darjah 2/3) sedang bersusah payah membasuh pinggan mangkuk di sebuah kedai makan..disebabkan singki itu terlalu tinggi(sebab dia rendah),dia terpaksa berdiri di atas kerusi utk membasuh pinggan..muka dia berkerut-kerut..agaknya pekerjaan itu terlalu mencabar utk dia...lama aku perhatikan dia,sambil tersenyum sendiri-kagum...

semalam jugak, sewaktu singgah di pasar malam pd waktu petang,aku lihat seorang kanak2 cacat sedang menadah bekas kecil-meminta sedekah... baju hijau yg dipakai dah makin kehitaman,badan xterurus. dia tersenyum mohon simpati di tengah kesibukan org lalu-lalang dan hujan yg turun rintik2..

aku cuba membandingkan kehidupan mereka dgn kehidupanku...sewaktu menyantap nasi dagang berlauk ayam masak gulai,terfikir apa agaknya si peminta sedekah itu makan sehari-hari???..sewaktu menarik selimut utk tidur di siang har(hari ni cuti)i,terfikir budak lelaki yg terpaksa berdiri di atas kerusi lg hari ini utk membasuh pinggan2 kotor di kedai makan...

jika mampu memilih,aku percaya mereka pasti memilih hidup selesa di rumah,bermain barang permainan,bermanja dgn ibu ayah- dan xperlu memikirkan tanggungjawab bekerja di usia yg terlalu mentah...jika mampu memilih mereka mesti nak makan ayam goreng,fries,nugget,gula2,keropok etc etc..dibeli ibu dan ayah tanpa perlu mengerah tenaga sendiri utk bekerja...tapi apakan daya,lukisan hidup semua org mmg xsama...

semoga manusia yg senang lenang lebih tahu mensyukuri nikmat TUHAN,dan x perlu merungut itu dan ini(sofa dah lama xberganti,rumah x cukup besar berbanding jiran sebelah-kena renovate ni,tahun ni xcukup duit utk holiday ke Bali..)..semoga survival budak berdua ini(dan ramai lg yg senasib mereka) mampu membuahkan insaf bahawa kita hakikatnya kaya dan hidup dlm kecukupan...kalau kita rasa kita susah,maka lebih ramai lg yg menanggung kesusahan di luar jangkaan..




1 perkara yg mampu membuatkan seorang survivor tetap berdiri walaupun lemah dan xberdaya,ialah HARAPAN...harapan supaya kesusahan itu x selamanya..harapan supaya warna suram hidup mereka,akan bertukar menjadi pelangi suatu masa nanti..berharaplah saudaraku,kerana takdir tidak akan pernah kejam pada penghuninya..hidup ibarat roda itu falsafah takdir yg tepat...:-)

apa yg dilalui pd waktu dulu dan sekarang kadang2 keterlaluan perbezaannya..sgt bertentangan...mcm aku,waktu tadika dulu aku penakut(4tahun)..x berani lansung nak buka mulut bercakap..sampai nak minta izin ke tandas pun malu nak minta izin cikgu..hasilnya,aku terkencing dalam kelas+cikgu jugak yg kena basuh kain yg basah dan berbau hancing tu..kesian cikgu tu..bukan dapat elaun tambahan pun..hehehe..sekarang aku amek law,di mana mahu xmahu aku terpaksa bercakap jugak..tambah2 kalau buat pilihan nak jadi lawyer,semestinya kena bercakap di mahkamah..hmmm,kontra kan????persepsi masyarakat pulak adalah lawyer mesti pandai bercakap..(sebenarnya persepsi tu silap..lawyer yg hebat bukan semua pandai bercakap..e.g:zaid ibrahim dan karpal singh,ada yg komen bahawa dengar mereka bercakap boleh tertidur...tidak berdegar-degar dan tidak membuat org ramai teruja pun..yg pandai bercakap sebenarnya adalah politicians...lawyers kena pandai berfikir..itu penilaian aku je lah..hehehehe)

p/s:kalau aku malu2 nak bercakap dlm mahkamah,agak2 apa hakim tu nak buat ek?????mungkin tuan hakim akan memuji2 aku kerana dianggap terlalu sopan..mungkinkah????



"Redhalah atas bahagian yg telah diberikan ALLAH kepadamu,maka engkau akan menjadi orang terkaya" (hadith)

Friday, June 11, 2010

harta kesayangan..

Bismillahirrahmanirrahim...
"Dan sekiranya ada suatu bacaan (kitab suci) yang dengan itu gunung2 dapat digoncangkan,atau bumi jadi terbelah,atau orang yg sudah mati dapat berbicara,(itulah al-Quran)."-Ar-Ra'd:31

1) sewaktu presentation dlm kelas land,seorang student cuba bergurau setelah tersekat2 membaca al-quran(berkaitan ihya al-mawat)...kata student tersebut:"maaflah,dah lama x baca al-quran"...kata2nya disambut gelak tawa seisi kelas..

di luar jangkaan,madam memberi sedikit nasihat berguna sewaktu memberi penilaian mengenai presentation tersebut.."ada seorg tu,bila dia meninggal dunia,dia lihat dlm kubur dia ada makhluk yg cantik/tampan menemani dia..dia pun bertanya,siapakah kamu?..jawab makhluk tersebut:aku adalah al-Quran yg selalu kamu baca sewaktu di dunia..jadi,rajin2lah membaca al-Quran"..(aku ringkaskan cerita madam)..

2) hmmm....aku teringat sewaktu ditanya seorang sahabat beberapa tahun yg lalu..(sahabat= s, aku= a)
s: "nape nampak resah gelisah je ni?"
a: "entahla....xtau kenape...rase nak menangis je"
s: "menangis je lah...xpayah nak tunjuk tough sgt..."
a: "(senyum).."
s: "kalau sy jd mcm awk ni,sy akan baca al-Quran sampai hilang suara...insya ALLAH resah gelisah tu hilang.."
a: "(mengangguk...)"

3) dalam sebuah novel andrea hirata,aku tertarik dgn 1 ayat dlm novel tu..."ada 3 cara utk memulakan perubahan/penghijrahan..1-bermusafir.2-menuntut ilmu. 3-membaca al-Quran.."
betullah,kalau nak mulakan perubahan tp xtau di mana nak mula...maka setelah menjaga solat,melazimi al-Quran adalah langkah terbaik seterusnya..

4) al-Quran itu ayat-ayat ALLAH...bukan kalam biasa...bukan naskhah sembarangan..peluklah,ciumlah,bacalah sebanyak-banyaknya mengikut kemampuan kita,hayati dan jiwailah maksudnya..dan yg paling penting,laksanakanlah seruannya...moga2 kita menemui cinta TUHAN di situ..

hmmmm....aku tengok harta2 yg aku ada..handphone,pakaian2 yg x seberapa,kasut,cermin mata,laptop+mouse,beg,buku-buku, baldi+gayung, mug+tupperware, bedak+lotion+sikat+adik beradiknya....eh tertinggal:sabun basuh baju dynamo...rasa mcm miskin plak...hehehe..
kemudian mata aku meliar-liar,dan terhenti pada senaskhah tafsir al-Quran berwarna merah...secara automatik aku terasa kaya secara tiba2...inilah harta yg paling aku sayang..aku xkan meninggalkanmu sayang walau apapun yg berlaku,insya ALLAH...temanilah aku di sini.waktu aku sunyi,waktu aku sedih,waktu aku bahagia,waktu aku derita,waktu aku menagih perhatian TUHAN...dan sudilah menemani aku waktu aku sendiri di alam berbeza di sana...jadi harta aku paling beharga,teman paling setia.....ALLAHumma amin..~

Wednesday, June 9, 2010

mulut vs hati

ini kisah mulut dan hati yg xsependapat..sebab kat dunia ni bukan semua manusia sama..ada yg mulut dan hati sehaluan,sejiwa-itu jenis manusia ekstrovert.(betul ke?)..tapi ada manusia yg pilih utk menjadi yg sebaliknya..maka:

mulut:jangan halang sy.sy tau ape yg sy buat..sy x sebodoh yg anda sangkakan.
hati:kadang2 sy pun xpasti dgn apa yg sy buat..boleh tolong tunjukkan?

mulut:argh,masih banyak perkara yg perlu difikirkan..kenapa bangkitkan soal yg xpenting mcm ni?!
hati:sebenarnya,hal itulah yg sy selalu fikirkan sampai mampu menghilangkan senyum sy yg xberapa manis ni...hmmm,penting sgt kah??...entahla..

mulut:do u think i care?!
hati:yes,i really2 care..:-(

mulut:buat apa yg anda nak buat..malaslah nak amek peduli..huhu..actually,xperasan pun pasal tu..
hati:jgn cari pasal dgn sy..anda xtau ape yg sy boleh buat!

mulut:sy dah cukup besar utk diajar tentang perkara2 remeh mcm tu..biar sy urus hal sy sendiri..
hati:betul ke sy dah cukup besar???sy masih perlukan sokongan dan bimbingan...menda2 remeh pun kdg2 sy fail..isk3

mulut:(diam)...mmmm,sy xmarah..sy xberminat nak marah org..
hati:kurang ajar punye budak.bg penampar sedap btol ni..

jasad yg berdepan kehidupan dunia sehari-hari,tp mulut dan hati yg bergaduh:pergolakan diri yg mmg sering terjadi....agrhhhhh,adakah terlalu hipokrit????
TIDAK,sebab bukan semua perkara akan jadi baik bila dilafazkan di mulut...dan kejujuran tu kadang2 boleh merosakkan kalau xkena tempatnya..hipokrit kadang2 baik utk menyelamatkan sesuatu keadaan..hipokrit dgn diri sendiri bukan satu penipuan..hipokrit dgn masyarakat itu 1 kezaliman..

hmm,teruskanlah bergaduh mulut dan hati,sebab setiap tindakan tu punya alasan..dan aku juga punya alasan untuk merahsiakan...mungkin kalau ada yg tahu cerita belakang tabir ni,akan mula jd takut dan x percaya lg dgn senyuman seseorang..

mulut:lantaklah...
hati:jgnlah mcm tu..pleaseeeee..:-)

p/s:kadang2 teringin nak lafazkan apa yg terbungkam di hati..tapi hati jugak yg sering menghalang...

Saturday, June 5, 2010

kepenatan.....

sebenarnya aku sibuk...kerja dekat firm tu bukan setakat kerja2 lawyer shj,tp jugak kerja2 despatch,kerani+combination semuanya...

terpaksa cari cases sampai pening2..belum selesai 1 fail,buka lg fail yg lain...yelah,nak cari autoriti kenalah fahamkan dulu kes yg berada di depan mata..ni real punya case,melibatkan client..bukannya setakat mooting..kalau salah,abeslah kena dgn bos..

yg bestnya, ada 1 kes ni...aku (dan keyna) kena cari autoriti,then summarize...kemudian bos amek dan copy paste summary kami utk buat penghujahan bertulis..kemudian kami siapkan indeks...bukankah seperti kami yg siapkan keseluruhan bundle of authorities tersebut????hahaha..Alhamdulillah,x marahkan bos lansung..sebaliknya bersyukur krn dapat belajar perkara baru...

cuma masalah yg agak berat bila hampir kesemua autoriti(cases lah) yg nak dicari berkaitan dgn perkara yg aku belum belajar..(subject 4th year nanti)...jadi,kena buka buku dan study dulu mcm nak mati-fahamkan..baru boleh start cari...huhuhu....penattttttt...yg aku agak lemah bila setiap kali melaksanakan tugasan ni,aku akan sakit kepala...sabar je la..

sebab tu aku lebih suka buat keja despatch...aku (+keyna) suka minta personal assistant(PA) boss untuk bawa kami bila dia perlu ke sana ke mari settlekan keja dia...(akak ni menguruskan semua hal penting boss+hantar dokumen-thats why jawatannya ialah PA boss..huhu)
aku suka jalan2..duduk dlm keta senyap2,tengok pemandangan kat luar...huhu..mmg suka sangat...bila sampai ke destinasi,akak tu jaga kereta-supaya xpayah bayar parking..aku dan keyna akan berpecah untuk hantarkan dokumen....
sepanjang menemani akak ni,aku dah berpeluang jumpa dgn setiausaha hakim,polis yg berjawatan tinggi,hantar surat saman pd defendan...tu xmasuk hantar dokumen kat mahkamah dan firm..dah x terkira jumlahnya...aku seronok berpeluang menjelajah ke mahkamah putrajaya,jalan duta,shah alam,firm kat damansara,rumah defendan kat sungai buloh...huhuhu..memang best!!!

dan kami kami jugak pernah(selalu) filing kan case,yg mana keja tu selalunya lawyer dan chambering student yg buat..buktinya kat kaunter mahkamah,kami beratur bersama2 lawyer..heheheh..

setakat ni aku berpeluang membaca fail kes2 penting Malaysia...mcm kes YB nizar jamaluddin(krisis perak),YB khalid samad(saman fitnah),Mohammad Shawwaal(saman kerajaan malaysia pasal PPSMI),kes yusof rahmat(kes rogol budak kecik-aku pernah baca kes ni kat paper zaman skolah.aku amek masa 2 hari utk hadam fail kes ni)..dan sekarang bos sedang handle kes anwar ibrahim(sodomy)...dan xlupa juga kes mahasiswa uiam saman uiam..kes pelajar uitm dicabul(attempt to commit rape-pelajar tu skang mengalami gangguan mental....)banyak lg kalau nak disebut..

dan aku juga berpeluang menghadiri kes protes membantah kenaikan harga minya dan barang2 keperluan...kes tu melibatkan ramai org2 awam dan ahli politik negara..
antaranya:mohamad sabu(mantan naib presiden PAS),Dr Hatta Ramli(mantan bendahari PAS),Dr Dzulkifli Ahmad(ajk PAS pusat),Tian Chua(naib presiden keadilan kalau xsilap),Badrul Amin(MT keadilan),aiman athirah(muslimat PAS) dan ramai lg..berada bersama mereka dlm bilik perbicaraan mmg pengalaman yg membuat aku teruja..apatah lg melihat polis 'diaibkan' sewaktu sesi perbicaraan...mereka menagkap org awam tanpa perikemanusiaan,sekarang mereka disoal secara xberperikemanusiaan jugak...
ada pengalaman kelakar:ada saksi berdengkur kuat ketika perbicaraan sehingga hakim memberi rehat selama 10 minit..hahahahaha...

hmmm....1 perkara yg aku perasan ialah,aku semakin menyukai bidang guaman ini-undang2 khususnya...aku mulai nampak matlamat utk aku berkecimpung dlm bidang ini..kalau dulu masih kabur,sekarang boleh dikatakan lebih jelas berbanding dulu...

memang aku akui terlalu penat dgn kerja2 di sini...tapi aku xdapat nafikan yg aku sukakan banyak perkara di firm ni..walaupun ada juga yg xbrape suka-fitrahla...mana ada perkara yg sempurna..aku bukannya berbangga dgn apa yg aku lalui,tetapi lebih kpd meng'express'kan keseronokan aku bila dapat bua apa yg aku minat+suka..itu sahaja.
atas segala yg ku tempuhi,yg ALLAH izinkan utk aku diberi peluang merasai cabaran dan pahit manis bekerja-aku ucapkan ALHAMDULILLAH,puji-pujian hanya layak bg ALLAH....

hmmm...actually i'm thingking of writing this blog in english..(hahahaha...tp rasanya better create another blog kot 4 that purpose...)..

itu shj lah luahan aku-yg aku rasa nak lepaskan!!terima kaseh...selamat malam..dah dekat pukul 2pagi...

Friday, June 4, 2010

mencemburui para syuhada'.

salam..

aku meluangkan sedikit masa mengikuti perkembangan palestin..aku terjumpa 1 blog yg meletakkan gambar para syuhada' palestin yg terkorban di jalan ALLAH...

aku terkedu+kagum+cemburu melihat gambar mereka tersenyum,bukan senyuman biasa...mereka tersengih hingga kelihatan gigi mereka yg putih bersih...muka yg memancarkan cahaya..seolah-olah mereka sedang melihat sesuatu yg terlalu membahagiakan..(aku mmg yakin mereka mmg melihat apa yg telah dijanjikan ALLAH di dlm al-Quran)..

aku merasa bersalah dgn ALLAH...terlalu merasa bersalah...sebab di saat ramai bakal mujahidin yg berani meredah laut bg menyertai konvoi bantuan ke Gaza,mempertaruhkan nyawa demi menolong saudara seIslam mereka,aku masih belum melakukan sebesar zarah pun sumbangan dlm jihad fisabilillah..apakah mungkin aku mampu tersenyum ketika dipanggil mengadap Ilahi dlm keadaan 'miskin' seperti ini..

aku merasa malu yg amat kpd ALLAH,kerana belum memiliki keberanian sehingga sampai ke tahap tidak gentar dgn serangan peluru bertalu-talu dr musuh2 Islam...bukan setakat tiada keberanian utk berhadapan scara realiti dgn situasi itu,bermimpi utk memiliki keberanian itu pun aku belum mampu...sebab itu seperti yg aku tulis dlm post sebelum ni,aku malu nak mengaku aku cintakan palestin,aku cintakan islam dlm keadaan aku xberani pun utk membuktikan lafaz cinta itu...

aku sedar aku bakal mati...siapa tidak rindu utk kembali ke pangkuan Penciptanya...siapa tidak ingin tersenyum mengadap TUHANnya..siapa tidak mahu ALLAH sudi menerima kepulangannya....siapa yg xmahu anugerah semahal itu??????

kata pejuang Hamas:Abdul Aziz Rantisi:"semua orang menunggu kematian masing2..tidak ada beza sama ada mati kerana apatche(ditembak) atau mati kerana sakit jantung..saya memilih utk mati ditembak apatche"..ALLAHU AKBAR!

aku mahu membuka pintu hati ini kpd apa2 shj ajakan kpd perjuangan yg lebih serius demi menegakkan islam..aku cuba utk berani..kalau xmampu banyak,sekurang2nya satu dahulu...moga2 pintu kalbu yg dibuka sedikit demi sedikit ini,lama kelamaan akan terbuka luas untuk menegejar ganjaran TUHANnya..aku akan cuba bermujahadah membuang rasa malas,sikap suka berehat shj dan banyak membuang masa...berkorban keseronokan melepak-x buat apa2 demi menghadiri aktiviti2 yg mendekatkan diri kepadaNYA dan bergaul dgn mereka2 yg cintakan perjuangan menegakkan agama ALLAH...insya ALLAH..Ya ALLAH,jayakan hasratku..

susah???memang susah membuang tabiat hidup yg suka enjoy dan bersenang lenang..dan memilih utk melangkah ke frasa seterusnya dlm penambah baikan rohani&spiritual...tapi kerana hidup ini bukan abadi-aku mesti berani..motivasi aku hanya 1:mardhatillah!

Monday, May 17, 2010

kalaulah.....

kalaulah aku mampu menulis skrip hidup aku sendiri,mesti aku akan menulis lebih indah dari cerita cinta drama2 korea...

kalaulah aku mampu menjangka apa yg bakal tersurat di masa depan,mesti aku akan mengelak dari buat kesilapan..

dan kalaulah aku punya keajaiban untuk melihat lubuk hati seseorang insan,mesti aku jauhi setiap orang yg jahat x berperikemanusiaan..

tapi,ALLAH yg Maha sempurna menganugerahkan makhlukNYA kelebihan yg tidak sempurna...aku xmampu memiliki semua kehebatan...hanya milik DIA lah segalanya...

maafkan aku kerana aku sukar menerima yg datang dgn mudah,aku masih mencari yg sukar2...

maafkan aku kerana membawa persepsi masa lalu ke realiti hidupku yg sekarang..

maafkanlah kerana aku masih mencari2 sesuatu yg aku x pasti...aku ragu2 menerima sesuatu yg melutut di kaki...

kalau ini semua satu kelemahan,maka aku mohon kemaafan..kemaafan yg x mengharapkan belas kasihan untk dimaafi..kerana aku masih berdiri di atas sisa2 kepercayaan,bahawa aku berhak untuk memilih kemuliaan..

selagi mampu,maka inilah usahaku...~
(mohon petunjukMU pada hatiku...maafkan aku Ya ALLAH,kerana aku jahat,tetapi sering meminta yg baik2...)

Sunday, May 16, 2010

cerita aku&selamat hari guru...

selamat hari guru,ucapan setulusnya dari hati aku buat semua insan yg pernah mencurahkan ilmu walaupun satu ayat kpd aku..semoga ALLAH mengganjarinya dgn sebaik-baik ganjaran.

kita ada ramai guru.tetapi guru yg mampu membuatkan kita ingat sampai sekarang biasanya adalah guru yg garang dan ada sejarah dgn kita..yg baik2 kita kenang,kita sayang..yg kurang baik terkenang sebab blom mampu terhakis dr ingatan..hehehe

aku terkenang kisah manis dgn beberapa guru.ada di antaranya telah pergi menghadap Ilahi,ada yg masih hidup meneruskan perjuangan,tetapi aku kehilangan jejak mereka,entah ke mana.

1)sir Tajul Arif:
sir ni cikgu bahasa inggeris waktu aku skolah rendah..dia sudah tua tp masih mampu mengajar..murid2 sukakan dia sebab kelakar...dia pernah jolokkan garfu ke dlm hidung sorg budak yg tertidur dlm kelas..garfu tu dibawa utk proses pembelajaran la..
dia paling marah org bercakap time dia mengajar..dia sorg je boleh bercakap..dialog di bawah ni adalah kebiasaan sir tajul.
sir:hisyam,bagitau sir siapa yg bercakap?sir nak tibai(pukul)."
hisyam:"syahinudin bercakap"(sambil menuding jari pd syahinudin).
piap!!! hisyam dipukul dgn pembaris..
hisyam:"awat sir tibai sy plak?aduhhhh"..
sir:"sebab kamu yg bercakap.sy tanya kamu jawab sapa suruh,jawab tu bercakap lah"...

aku sendiri pernah dipanggil ke depan..sebab bercakap dlm kelas(padahal ramai lg yg bercakap time tu)...kerana mulut aku yg bercakap,maka aku ditampar di mulut..aduhhhh....terbayang2 lg kesakitan tu...
namun kerana zaman itu adalah zaman manusia masih menghormati guru2,maka tak ada siapa pun terasa nak saman sir tajul..
aku berpendapat kenapa xde sape pun yg marah/bencikan sir,kerana tindakan dia terhadap anak muridnya didorong rasa ingin mendidik,bukan kerana tersimpan perasaan xpuas hati kat pelajar atas apa2 sebab pun..

buktinya,sir Tajul pernah minta kerja sekolah aku untuk dijadikan contoh pada budak2 darjah3 (waktu tu aku darjah2)..kalau diikutkan,setelah menampar aku,sepatutnya aku di'black list'kan dr menerima sebarang pujian..tapi hal itu x berlaku..

sir tajul mendapat banyak kad raya atau kad hari guru dr murid2nya...yg bestnya,dia tidak membalas dgn kad juga,sebaliknya memberi sos atau kicap sbg ucapan terima kasih..

dan kadang2 bila ada pelajar memberi salam kpdnya di luar kawasan skolah,dia akan memberikan duit RM1 sbg galakan utk meneruskan amalan menghormati guru tersebut..

kali terakhir aku berjumpa sir sewaktu perhimpunan skolah,dan sir mengucapkan tahniah kerana aku dilantik menjadi ketua pengawas.

~berita terakhir aku peroleh tentang sir:Sir Tajul Arif meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.Innalillahi wainna ilaihi rajiun...

2)ustaz Taib.

ustaz Taib kurus kering,nampak urat tangannya..dia satu2nya guru lelaki utk kelas agama di waktu petang yg kami panggil 'kelas quran tajwid'..sebetulnya,ustaz adalah penyelia/guru besar utk sesi petang.

dia mengajar aku sewaktu darjah 6..aku mencapai peringkat tertinggi kenakalan pada waktu skolah rendah..aku selalu mengenakan ustaz dgn pelbagai soalan perangkap,yg akan membuatkan kwn2ku ketawa,dan ustaz hanya tersenyum bila terkena..lama kelamaan ustaz sudah tahu cara mengenakan aku semula,dan aku pula diketawakan rakan2 sekelas.padan muka!hehe..aku masih ingat dialog ni,sewaktu belajar tentang makanan yg halal dan haram..

aku:"ustaz,tupai boleh makan x?"
ustaz:"boleh".
aku:"haaa?awat pulak boleh?"(mcm x logik makanan pelik camtu halal.hehehe)
ustaz::yelah,kamu tanya tupai boleh makan ke tak,memanglah tupai boleh makan..kalau x,matilah dia"...
aku:(tersengih..aduhhh,kena balik).
1kelas:hahahahahaha!!!

ustaz bertanggungjawab menggilap bakat aku untuk mewakili skolah dlm bidang hafazan sehingga menjadi juara dlm satu pertandingan..bakat hafazan ini diteruskan hingga ke sekolah menengah dan mengekalkan kejuaraan 3 kali berturut-turut peringkat daerah..Alhamdulillah,dan terima kasih ustaz..

ustaz gemar melihat kami bermain pada waktu petang,dia melayan kami seperti atuk melayan cucu2nya,dimanjakan..ustaz selalu berpesan supaya menjaga aurat kami dan jgn bergaduh..
ustaz menyatakan kegembiraannya sewaktu aku beritahu aku akan melanjutkan pelajaran ke sekolah berasrama penuh...

hmmm...3 tahun setelah itu,aku berpindah skolah ke jitra,kedah..aku bertemu dgn rakan sebayaku yg merupakan anak Ustaz-Shakirah namanya.dia menyatakan ustaz sering bercerita tentang aku dan rakan2 lain kpd nya..dan nama aku paling kerap meniti di bibir Ustaz...

dan aku juga mendapat tahu bahawa Ustaz telah meninggal dunia...Innalillahi wainna ilaihi rajiun~
satu masa tu,ayah singgah di sebuah masjid utk menunaikan solat.aku ke kubur,dan menyedekahkan al-fatihah dan doa untuk penghuninya,dalam sebak dan air mata..kerana di situ terkuburnya jasad guruku,Ustaz Taib.

3)Ustazah Zita Suhana
ustazah ni mengajar kelas aku sewaktu darjah 6 bagi menggantikan ustazah Zabedah yg mengerjakan haji..dia baru graduate dr universiti al-Azhar..ustazah ni cantik,pakai tudung labuh,sempoi...

dia pergi dan dihantar ke sekolah oleh ayahnya dgn menaiki motorsikal..bila aku dan kawan aku mengejar motorsikal utk bersalam dgn ustazah sewaktu diambil ayahnya,ustazah sengaja xnak sambut huluran salam kami..tapi ayahnya akan menegur"zita,salam dgn anak murid tu"..dan dia pun mematuhi arahan ayahnya itu..hehehe,padan muka...

sewaktu mengenalkan dirinya kpd kami,dikatakan nama beliau ialah"no name"..tetapi maklum lah,budak kampung mcm kami2 ni ramai yg xtahu bahasa org puteh,jadi ramai jugak yg hanya menerima bulat2 nama ustazah sebagai "ustazah nonim"...hanya beberapa org (termasuk aku,keh3) yg perasan ustazah cuba memainkan kami,mendesak ustazah memberitahu nama sebenar-dan terkeluarlah dr mulut ustazah"nama saya Zita Suhana Muhammad".

selain sikap sempoinya yg aku sgt suka,aku juga sgt sukakan pendekatan baru dlm proses pembelajaran yg dia sampaikan..dia tidak menyuruh kami menghafal itu ini atau membuat kerja skolah itu dan ini..tetapi dia membuka tafsir al-Quran,membaca ayat2 dr juz amma beserta maksudnya...dan ayat yg dibacakan beserta maksud memang lebih mudah dihafal,menambahkan koleksi ayat utk dibaca sewaktu solat..

sura al-Fajr,surah beserta maksud yg menyentuh hati aku sewaktu pertama kali ustazah bacakan..menceritakan tentang kehebatan org2 terdahulu yg dibinasakan ALLAH kerana kekufuran mereka...tapi mungkin kerana hati aku ni dah tersangat gelap,sukar untuk menitiskan air mata bila menghayati maknanya sekarang berbanding sewaktu skolah rendah dahulu...

sampai sekarang,bila aku baca surah ni,aku teringat kat ustazah..moga ALLAH ganjarimu,ustazah...

aku sedih sewaktu tempoh mengajar ustazah telah tamat kerana Ustazah Zabedah sudah pulang dr mengerjakan haji.tapi,cool la beb!mana boleh tunjuk sedih..ustazah tangkap gambar dgn aku sebelum pergi..

hmmm...bila dapat 5A Upsr,aku call ustazah..ustazah baru je menamatkan zaman bujangnya..(patutlah dia marah bila aku gossipkan dia dgn seorang ustaz practical-dah berpunya rupanya.keh3)

aku:"ustazah,kenal sy lg?"
ustazah:"mestilah kenal!"
aku:"ustazah,sy dapat 5A"
ustazah:"iye?! Alhamdulillah..tahniah2..kena buat kendurilah".
aku:"ish xlah..ustazah buat ape tu?"
ustazah:"cakap dgn kamu lah...suami ustazah tengah masak."
aku:"ha,ustazah dah kawen?! hmm,sape nama suami ustazah?"
ustazah:"Abdullah"..
aku:"bin?"
ustazah:"ish,buat apa nak tahu nama ayah dia,ustazah kawin dgn dia la,bukan ayah dia"..
aku:"hahahaha!"

itu perbualan terakhir...selepas tu kalau aku contac(telefon rumah-zaman tu bukan zaman handphone),asyik cakap dgn ayah dia yg baik tu..sebab ustazah dah pindah rumah suami dia,dan rumah dia xde telefon..

hingga sekarang aku masih mengharapkan pertemuan semula dgn ustazah..semoga ALLAH meredhaimu ustazah Zita Suhana..

~nama ustazah ni aku gunakan dlm cerpen yg aku hantar utk majalah skolah(waktu form1),dan terpilih..maka kalau ustazah tu terbaca cerpen tu,mungkin dia terkejut bila mendapati nama watak utama cerita tu sebijik dgn nama dia..hehehe...

setakat ini dulu cerita aku..banyak sgt kalau nak cerita tentang semua guru2 yg berbakti..ni baru skolah rendah-x abes lg cerita semua cikgu,apatah lg kalau tambah skolah menengah..

apapun,al-Fatihah buat guru2 yg sudah pergi menghadap ILAHI,dan sekalung doa buat yg masih hidup agar tabah meneruskan perjuangan...sy sayang pendidik2 sy...

Followers

About Me

My photo
penuntut institut pemikiran politik Ibnu Hussian.